RSS Subscribe

Thursday 27 January 2011

Mengapa kau berubah?

Assalamulaikum,buat para pembaca.
Apa khabar sekalian?sudah lama blog ini tidak diisi dengan ilmu-ilmu dan nasihat-nasihat yang berguna untuk kita sebagai umat islam.
Ada ulama' menybut lebih 3 hari jika hati kita tidak diisi dengan majlis ilmu (ketuhanan).Nauzubillah semoga diri kita dijauhkan daripada hati yang mati.

Dalam kesibukan menuntut ilmu medik memang tidak dinafikan sungguh masa itu sangatlah singkat rasanya.Manakan tidak,kita hanya ada masa 6 tahun untuk memahami tentang makhluk ciptaan Allah paling sempurna.Hanya 6 tahun sahaja untuk mengetahui dan mendalami tentang anggota badan kita yang Allah ciptakan.
Tetapi,walaupun sibuk menuntut ilmu medik,jangan lupa kita ada tanggungjawab untuk menuntut ilmu akhirat,dimana kita akan menduduki satu peperiksaan besar.Dan peperiksaan itu rasanya lebih takut dan risau daripada final exam.

Jika kita hanya belajar ilmu medik tetapi tidak mempraktikan semasa kita menjadi doktor,kita akan jadi doktor yang gagal.Sama juga jika kita menuntut ilmu akhirat(ibadat,tauhid,dll)tetapi tidak menyibarjannya dan tidak pula mempraktikkan dalam kehidupan seharian,maka kita akan jadi muslim yang gagal.Renungkan..

Berbalik kepada tajuk,'Mengapa berubah?'
Saya ingin mengajak anda merenung,memikirkan mengapa diri kita sering berubah apabila exam.

Perubahan PERTAMA:Lebih banyak beribadah

Sering diperhatikan kebanyakkan pelajar akan berubah sikap apabila hampir tiba saat peperiksaan.Berubah sikap menjadi pendiam,banyak berdoa, dan bertahajud.
Sungguh baik akhlak ini,tetapi alangkah rugi dan sayang jika akhlak dan sikap ini hanya ada semasa exam semakin hampir.

Selepas exam :
  • tahajud diganti dengan movie(lebih2 lagi cerita korea)
  • tadarrus diganti dengan nyanyian2 (seperti 'crush' nyanyian david archuleta)
  • doa diganti dengan mengumpa dan berbual-bual kosong (mengumpat)
MasyaAllah...
Nauzubillah minta dijauhkan
Ya Allah kau kuatkanlah hati kami,jauhkan kami daripada lalai mengingatiMu.



Perubahan KEDUA:Sangat menghargai masa

Allah berfirman:
Demi masa.
Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. ~surah al-asr~


Ya,tidak dinafikan lagi semua akan lebih menghargai masa.Setiap masa di mana jua,buku sentiasa bersama.(Kadang2 dalam tandas pun nak bawa buku) (*~*)
Alangkah cantiknya jika kita mempraktikan sikap ini setiap masa.
Sentiasa membajai dada kita dengan ilmu.
Ambillah dan hayatilah surah al-asr.Surah yang pendek,tetapi mempunyai maksud dan pengajaran yang besar.



Perubahan KETIGA:Pentingkan diri

Ini juga sering berlaku.Apabila menjelang musim peperiksaan, mereka
akan lebih suka mengurungkan diri di bilik,tidak membuat tugasan rumah dan tidak mengambil kisah apa yang berlaku dipersekitaran.Dan yang sering sangat berlaku,kalau masa exam kita akan masak benda yang paling simple sekali untuk ahli rumah.Kalau boleh nak goreng telur jek.Jangan begitu.Cuba kita tukar.Lepas ni,masa nak exam lah aku akan masak sedap-sedap.Aku nak gembirakan hati housemate aku.(nasihat pada diri sendiri juga T_T)

Allah berfirman;

"Sesungguhnya (hanyalah) orang-orang mu'min itu bersaudara” (Al-Hujuraat :10)


Rasulullah s.a.w ada juga bersabda 'tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi diri mereka sendiri'

Perubahan KEEMPAT:Hindari dosa

Contoh:

Siti:Nur,jom tengok cerita Boys Over Flower.Best cerita ni.Hensem tau pakwe dia.

Nur:Ish,x nak lah.Exam dah nak dekat.Aku tak nak kotorkan hatiku ni.Nanti lupa pulak apa yang aku hafal.Lepas exam kau ajak aku ye.

Kenapa masa nak exam jek kita nak bersihkan hati??

Rasa sampai di sini sahaja post kali ini.Sama-sama kita mujahadah diri kita.Apakah pandangan Allah terhadap diri kita.

wassalam...

Friday 14 January 2011

Penyakit 'M' Melanda


Assalamualaikum,buat para pembaca dikasihi Allah.

Penyakit 'M' yang disebarkan oleh virus 'MALAS' sering melanda ramai manusia.Sehinggakan boleh menjadi severe dan menyebabkan fatigue.

(Untuk pengetahuan,penulis tengah berasa malas)

Malas boleh dijangkiti oleh semua orang.Tidak kira muda,tua,kanak2 dan sebagainya.
Apa-apa pun tanya diri dulu kita malas apa.Biasanya perkara yang kita malas ialah perkara yang wajib kita lakukan atau sering kita lakukan.Contonya,sebagai seorang pelajar kita wajib belajar,kita sering belajar,namun ada beberapa ketika kita diserang penyakit malas.
Malas ini amat berbahaya jika kita tidak pandai mengawalnya.Kerana apa?Kerana malas adalah antara punca umat islam lemah dan sering ditindas dan diperlekehkan oleh orang kafir.

Saya dapat simpulkan malas ada 3 peringkat:
1.Malas yang mudah dan mampu dikawal
2.Malas yang sukar tapi mampu dikawal
3.Malas yang sukar dikawal sama sekali

Peringkat malas ini mengikut individu masing-masing.Orang yang kuat hubungannya dengan Allah dan sentiasa mengharapkan keredhannya biasanya akan melalui peringkat 1 atau 2 kerana motivasinya tinggi.Manakala orang yang kurang motivasi peringkat malas boleh mencecah hingga ke peringkat 3.

Persoalannya,mengapa orang kafir atau non-muslim rajin - rajin belaka?Malah kadangkala lebih rajin daripada orang yang bertuhankan Allah.Ini kerana motivasi mereka tinggi.Mereka bertuhankan dunia dan ingin mencapai dunia hingga tahap yang paling tinggi.Dan mereka tidak mempercayai akhirat.
Akan tetapi umat islam,yang sudah tahu dunia sementara akhirat kekal selama-lamanya.Ada diantara mereka menjauhi dunia hanya mengutamakan akhirat semata-mata.Dan ramai di antara mereka lebih suka bermalas-malasan di dunia dan lupa untuk bercucuk tanam untuk akhirat.Maka,makin lemahlah umat islam.Di manakah kedudukan anda??

Umat islam yang bermotivasi tinggi akan sentiasa berusaha meraih kejayaan di dunia untuk dunia Islam,dan sentiasa beribadah untuk akhirat.Mereka ingin menjadi seperti rasulullah yang berjuang di medan jihad.Menjadi pemerintah negara Islam.Adakah rasulullah bermalasan di dunia?Adakah baginda tidak mencapai kejayaan di dunia?Rasa malas akan timbul oleh setiap manusia,akan tetapi apabila teringatkan kejayaan Rasulullah maka individu yang bermotivasi tinggi ini akan melawan rasa malasnya berusaha ke arah kejayaan.

Tips hilang rasa malas:
1.Belajar tentang sejarah rasulullah dan peroleh motivasi daripada sirah-sirah anbiya'

2.Berkawan dengan orang yang rapat hubungan dengan Allah

3.Jauhi daripada berkawan dengan orang - orang yang suka buat benda-benda lagha.

4.Letak niat kerana Allah dalam setiap perbuatan.Tidak kira kecil atau besar.Contoh 'Ya Allah aku makan cokolat ni kerana kau.Alhamdulillah sedapnya coklat ni'

ataupun

'Ya Allah aku pergi fathallah ni kerana kau agar aku dapat beli keperluan harian ku dan agar mudah aku beribadah keranaMu.

5.Talifon ayah ibu apabila lemah semangat dan rasa malas.TAPI,jangan beritahu yang kita tengah malas.Ini mungkin akan mengecilkan hati mereka.Talifon tanya khabar,bayangkan harapan mereka kepada kita.

6.Baca ayat quran dan tafsir.

7.Baca blog2 orang yang berjaya.Baca blog mengenai medik jika malas belajar.Baca blog islamic jika malas beribadah.

Rasa sampai sini sahaja saya menulis mengenai malas.Semoga kita sama-sama dapat melawan rasa malas.Jika ada sesiapa ingin menambah tentang post ini dialu-alukan.

Salam mujahadah ~sekian~

Wednesday 12 January 2011

Kisah Imam Mesir.


Salam mujahadah buat para pembaca..

Mari sama-sama kita panjatkan kesyukuran kerana dikurniakan nikmat yang paling besar nikmat iman dan islam.

Alhamdulillah 3x


Post kali ini bercerita mengenai pendakwah terkenal di tempat kita berada sekarang(Mesir Bumi Barakah).Tidak lain tidak bukan Imam Hassan Al-Bana.Mengapa cerita mengenai beliau?Ini kerana,beliau adalah seorang yang perlu dicontohi oleh remaja sekarang.Akan tetapi,bukan sahaja kita tidak mencontohi beliau.Kenal beliau pun tidak.Remaja kini sanggup mengambil masa kenal artist2 pujaan berbanding kenal pendakwah yang hidup dan matinya hanya untuk Islam.Sama-sama kita hayati sejarah hidup beliau.


.yeikh Hasan Al-Bana dilahirkan pada tahun 1906, yang dibesarkan dalam keluarga Islam yang taat. Dengan asuhan secara Islam itulah maka ia boleh berkata: “Hanya Islamlah ayah kandungku.” Hal itu kerana rasa cintanya terhadap ajaran Islam, kerana ajaran itulah yang membentuk watak dan keperibadiannya.

Ayah kandungnya sendiri adalah Syeikh Ahmad Abdurrahman yang lebih terkenal dengan panggilan as-Sa’ati, atau si tukang jam.

Hasan Al-Bana hafal 30 Juz kitab suci Al-Quran, padahal umur beliau pada saat itu baru 20 tahun. Ketika umur yang sekian itu beliau berhasil menginsafkan Syeikh Abdul Wahab Jandrawy, Pemimpin (Syeikh) Al-Azhar University yang mempunyai pengaruh besar pada segenap lapisan masyarakat dan mempunyai hubungan yang akrab dengan berbagai pihak.

Namun Syeikh yang banyak ilmunya itu tidak mempunyai roh jihad membela rakyat dan Islam dari kezaliman Raja Farouk dan penjajah Inggeris. Kecuali Syeikh Jandrawy ini adalah seorang pemimpin Sufi yang mempunyai banyak pengikut setiap malam berzikir dan berselawat dengan nyanyian-nyanyian khusus ahli Thariqat, tetapi mereka tidak mengerti sama sekali bahawa mereka itu terkurung oleh suasana yang diliputi kejahilan dan kejumudan umat. Mereka jauh dari semangat dan keagungan Islam kerana suasana kemunduran umat yang membelenggu.

Pada tahun 1927, ketika Hasan Al-Bana baru berusia 21 tahun, beliau telah lulus dari Perguruan Darul Ulum Mesir, beliau terus mengajar di Ismailiyah. Di Ismailiyah beliau semakin mengerti suasana rakyat Mesir yang telah sempurna rosaknya. Amat nyata perbezaannya antara kehidupan bangsa Mesir yang menjadi pekerja kasar dengan rumah serta perkampungan yang buruk; dengan kehidupan orang-orang kulit putih yang menempati gedung-gedung megah dengan segala keangkuhannya. Kecuali kemiskinan dan kebodohan, rakyat juga banyak yang rosak moralnya kerana pengaruh kehidupan Barat yang sengaja direka oleh kaum penjajah untuk menghancurkan rakyat Mesir dari segi yang lain.

Dalam suasana yang demikian itulah Hasan Al-Bana mendirikan suatu jemaah yang dinamakan “Al-lkhwanul Muslimin” (Persaudaraan orang-orang Muslim) pada bulan Dzul Kaedah 1347 Hijrah (Mac 1928) yang bertujuan untuk mewujudkan cita-cita Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh. Semangat kedua beliau itulah sebagai rantai yang menyambung kepada cita yang diinginkan oleh Hasan Al-Bana beserta kawan kawannya di dalam membentuk organisasi tersebut.

Adapun khiththah gerakan lkhwanul Muslimin yang menuju cita yang diredhai Allah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW itu melalui tahapan yakni:
1. Membentuk peribadi Muslim
2. Membentuk rumahtangga dan keluarga Islam
3. Cara hidup kampung Islam
4. Menuju kepada negeri Islam
5. Menuju kepada pemerintahan Islam.

Gerak Ikhwanul Muslimin meliputi segala bidang dakwah, mulai pendidikan terhadap anak-anak, pelajaran Al-Quran bagi orang dewasa, pendidikan keluarga, bidang sosial walaupun nampaknya sederhana sekalipun, dari kampung-kampung sampai kepada Universiti di kampus-kampus, mulai artikel sampai penerbitan buku dan majalah-majalah, sampai kepada urusan politik dalam amar makruf nahi mungkar, dan sebagainya.

Sampai kepada Muktamar Ikhwanul Muslimin yang ketiga tahun 1934, tampak tokoh-tokoh intelektual dan para ulama terkenal yang menjadi anggota dan pendukung Ikhwan, seperti Syekh Thanthawi Jauhari, seorang ahli tafsir terkenal dan Guru Besar. Kemudian Sayid Quthub, Dr. Abdul Qadir Audah, seorang Hakim terkenal, dan juga Dr. Hasan Al-Hadlaiby, dan sebagainya.

Syeikh Hasan Al-Bana bersama kawan-kawannya tidak mampu berdiam diri menghadapi kekuasaan Raja Farouk yang telah tenggelam dalam kemabukan, rasuah, dan sewenang-wenang. Perbezaan pendapat, perselisihan, dan akhirnya pertentangan dengan penguasa yang aniaya dan dibantu oleh kekejaman penjajah Inggeris tidak dapat dihindarkan.

Tentu saja penyokong Kerajaan bekerja keras untuk dapat mengawasi gerak-geri para anggota Ikhwanul Muslimin. Kaum Imperialis Inggeris pula di dalam mencelakakan Ikhwanul Muslimin mempunyai peranan yang sangat besar.

Akhirnya pada pagi hari tanggal 13 Februari 1949 beliau memanggil puteranya. Kemudian beliau bercerita kepada puteranya itu bahawa semalam beliau bermimpi merasa dikunjungi Sayyidina Ali bin Abi Thalib. Ali bin Abi Thalib berkata kepada beliau: “Wahai Hasan, kamu telah menunaikan kewajipan, semoga amalmu diterima oleh Allah.”
Kemudian pada petang harinya, beliau meninggalkan rumah bersama kawan-kawan seperjuangan pergi menunaikan tugas. Tiba-tiba beliau di tembak oleh seorang anggota Polis kakitangan Raja Farouk, dan tersungkurlah beliau di tepi jalan Kairo, dan beliau menemui syahidnya setelah sampai di hospital.

Beliau meninggal dunia kerana ditembak di pinggir jalan raya, dan tidak diketahui siapa pembunuhnya. Bahkan pembunuhnya mendapat hadiah dari Raja Farouk.

Jenazah beliau hanya disolatkan oleh ayah beliau sebagai Imam dan anak lelaki beliau sebagai makmum. Hanya dua orang. Kerana di sekeliling rumah beliau dijaga ketat oleh askar negara untuk melarang siapapun masuk rumahnya memberikan penghormatan terakhir kepada beliau.

Memahami Fiqh Da'wah (Bhgn.2)


Sebelum ini blog jaksi ada menulis tentang ciri seorang pendakwah.Ingin sekali saya menyambung beberapa perkara mengenai Fiqh Dakwah.Ini kerana,hukum dakwah seperti yang dibincangkan dalam post yang lepas ialah WAJIB bagi setiap muslim yang mukallaf.Maka,La Budda(tidak boleh tidak) kita sebagai seorang muslim memahami dan menghayati fiqh dakwah.

Mad'u

Al mad'u dengan kata mudahnya ialah individu yang memerlukan perhatian ,bimbingan ,dan didikan untuk menjadi insan soleh ,musleh dan cemerlang.

Sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul kepada tiap-tiap umat untuk menyerukan sembahlah Allah sahaja dan jauhilah taghut.Maka dianara umat itu,ada orang - orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya.(An-Nahl;36)

Dialah dalam mengutuskan dalam kalangan (orang - orang arab) yang ummiyin seorang rasul (Muhammad S.A.W) yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah dan menyucikan jiwa mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (Sunnah),meskipun sebelumnya,mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata.(Al-Jumuah;2)

Siapakah golongan sasaran untuk didakwah;

Golongan Atasan
Golongan Penentang
Golongan Kebanyakkan

Langkah-langka berdakwah:

1.Mulakan dengan memperbaiki diri agar layak dijadikan sebagai manuisa teladan

2.Bimbing keluarganya agar membentuk rumahtangga yang bahagia

3.Ajak kepada masyarakat terdekat,ajak mereka kebaikan dan menjauhi kemungkaran

4.Kemudian barulah kepada orang2 kafir

5.Dan sentisa bersama mereka(membantu mad'u dalam susah atau senang)

Manhaj dakwah(Maudu' atau topik yang didakwahkan kepada golongan sasaran)

Topik dakwah tidak lain tidak bukan ialah Agama Islam dan asas-asas dakwah contohnya aqidah,syariah, dan akhlak.
Setiap dai'e berusaha mengajak umat manusia kepada kebenaran.Segala kebenaran itu datang dari Allah.

Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!

Monday 10 January 2011

Ciri Seorang Dai'e (Memahami Fiqh Dakwah)




Maafkan diri yang ditugaskan untuk mengisi ilmu2 dan tazkiran di blog jaksi ini kerana sudah lama tidak mengisi apa-apa ilmu dalam blog ini.Lantaran,kesibukan menghadapi peperiksaan yang akan datang sehingga lupa tanggungjawab yang diamanahkan Allah.Ini adalah sebahagian contoh cabaran seorang dai'e.Persoalan kepada saya,bolehkah saya menjadikan alasan exam sebagai alasan rehat dari berdakwah?Mengenai persoalan ini,untuk menjawabnya haruslah kita sama-sama memahami konsep dakwah dalam islam.
Sebenarnya,bukan saya sahaja yang mempunyai amanah untuk berdakwah,kamu(para pembaca) juga ada tanggungjawab untuk berdakwah.
Pernahkah tertanya adakah aku telah menjalankan amanahku sebagai pendai'e?
Atau aku ingin berdakwah tapi,aku bukan jaksi,so,aku takde tanggungjawab untuk berdakwah.Biarlah jaksi yang buat kerja.

Betul ke macam tu?

Siapa yang perlu berdakwah?

Jika kita merujuk al-quran;

Dan hendaklah ada diantaramu segolongan umat yang mengaja
k kepada kebaikan dan menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah kepada kemungkaran.Mereka itulah orang-0rang yang memperoleh kejayaan. (Surah Imran:104)

Oleh sebab itu ,ajaklah mereka ke jalan Allah dan tetaplah pendirian mu sebagaimana yang diperintahkan olehmu dan janganlah mengikuti kemahuan mereka. (As-Syura:15)

Setiap perintah kepada Rasul sebenarnya diperintahkan untuk umatnya juga kecuali ada pengecualian.Akan tetapi,dalam konsep dakwah tiada pengecualian.Mafhumnya,setiap muslim yang mukallaf wajib berdakwah.Tak kira dia ni jaksi ke upi ke unit sukan dan rehlah ke mahupun ahli pci ataupun tidak.Maknanya tiada istilah aku tiada tanggungjawab untuk berdakwah.

Untuk berdakwah,haruslah kita mengetahui ciri-ciri yang perlu ada pada kita untuk menjadi pendakwah.
Ciri-ciri seorang dai'e:

1.Aqidah yang sahih dan teguh

2.Ubudiyah yang istiqamah

3.Niat yang ikhlas

4.Akhlak yang puji

5.Qudwah,teladan yang baik.

6.Berdaya kepimpinan sejati

7.Bersemangat juang dalam bekorban

8.Pengetahuan yang luas

Haruslah difahami,ciri-ciri di atas perlu ada pada seorang dai'e.Tidak bermakna jika anda tiada ciri-ciri ini anda tidak boleh menjadi dai'e.Anda perlulah menyematkan ciri-ciri ini ke dalam diri agar menjadi dakwah sejati.

Sikap seorang dai'e:

Ke arah mengajak umat manusia agar menyembah
Allah,mentaati suruhannya,menjauhi larangannya,mensyuku
ri nikmatnya dan jangan kufur terhadapNya.

Pendakwah mestilah beramal solih dengan membuat pe
perkara yang wajib,menjauhi larangannya,suka melakukan perkara-perkara sunat,dan menjauhi dari perkara-perkara mkruh.

Merasa bangga dengan keislamanya bukan rasa terhina.
Senjata dai'e:
Apa dia senjata seorang dai'e.Atau kata lain apa yang diperlukan bagi seorang pendakwah untuk berdakwah?

1.Kefahaman yang mendalam yang berteraskan ilmu yang betul sebelum ia beramal.
Menghayati Al-Quran dan memahami sunnah Nabi SAW

2.Iman yang mendalam yang membuahkan rasa cinta kepada Allah,rasa takut kepadaNya,harap kepadaNya dan segala kehidupan sehariannya mengikut seperti seharian Rasulullah tercinta.

3.Hubungan yang berterusan dengan Allah SWT dalam segala urusan kehidupannya seperti tawakkal,ikhlas,memohon bantuan daripadaNya,dan sentiasa benar dalam pertuturan dan perbuatannya.
Akhir sekali yang saya ingin selitkan dalam post
ini,ialah

Akhlak seorang dai'e:

Akhlak seorang dai'e mestilah mengikut akhlak Rasulullah SAW.

Benar,ikhlas,berdakwah dengan ilmu,penyantun,lemah lembut,pemaaf,tawaduu',berani amanah,taqwa,optimis,istiqamah,mengutamakan yang lebih penting,dan lain-lain.

Setakat ini sahaja.Moga-moga diri kita sentiasa dirahmati Allah dan meneruskan pejuangan dalam medan dakwah ini.Apa yang baik datang dari Allah dan yang kurang baik datang dari diri sendiri. Sekian.

Tuesday 4 January 2011

Taqarrab Ila Allah




Salam,buat pembaca budiman yang dikasihi Allah..

Taqarrab ila Allah.Kenapa saya menulis mengenai taqarab ila Allah?Jika sebelum ini saya menulis mengenai cara2 untuk mencintai Allah atau adakah kita benar2 mencintai Allah?
Bila difikir semula,bagaimana kita ingin mencintai Allah,jika kita tidak mendekatkan diri kepadaNya?

Tajuk mendekatkan diri kepada Allah,luas konsepnya.Bayangkan kita berjalan di dalam lorong yang gelap.Kita berasa takut dan cemas,mula limbic system kita memainkan peranan.Symphathetic reflex seperti
berpeluh,increase heart rate dan lain2 mula bertindak.Symptom2 stress iaitu muscle tension,inability to concntrate,irritability dan pening2 juga mungkin akan terwujud.

Lalu kita berzikir dan membaca ayat kursi sebanyak yang mungkin.Adakah setelah kita baca ayat2 tersebut akan hilang seratus pe
ratus dan wujud perasaan taqarrab ila Allah?

Cuba bayangkan pula kita sedang bangun dari tidur pada waktu malam.Pukul 3 pagi,kita mengangkat kaki kita menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.Lalu kita duduk di atas sajadah dan berzikir sebanyak-banyaknya.Sehingga mengalir air mata.Teresak-
esak rindukan Allah.

Lihat dua situasi ini,membuat perkara yang sama.Akan tetapi akibat atau kesannya berbeza.

Mengapa??

Sahabat yang dikasihi..saya sebenarnya sedang berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah.Saya yakin sahabat juga begitu.

Apa yang saya ingin sampaikan ialah;

Taqarab ila Allah tidak akan berlaku melainkan bermula dengan hati.Jika sebanyak mana kita beramal,kita berzikir,dan berdakwah,tetapi hati masih terpaut dengan dunia,tidak yakin dengan sepenuh jiwa kepada Allah sampai ke akhir hayat pun kita tidak akan bertemu nikmat taqarrab ila Allah.

Begitu juga semasa peperiksaan.Kebanyakkan pelajar,akan ingin mendekatkan di
ri kepada Allah dengan banyak berdoa,membaca Al-Quran dan bertahajud.Tetapi niat mereka bukan kerana ingin taqarub ila Allah,akan tetapi kerana ingin lulus degan cemerlang dalam peperiksaan.Cemerlang insyaAllah akan dapat,tetapi taqarub ila Allah itu bukan lah taqarub yang sebenar-benarnya.

Taqarub ila Allah yang sebenar ialah beribadah kepada Allah dengan apa cara bentuk sekalipun berniatkan ingin mencari keredaan dan ingin menghilangkan rindu kepada Allah yang teramat sangat di hati.Dan apabila kita beribadah rindu itu tidak akan hilang tetapi akan bertambah.Dan kesan kenikmatan akan kita perolehi dengan mati dalam husnul khatimah.insyaallah.
Hati yang dekat kepada Allah akan:

1. Sholat wajib tepat waktu, selalu berdoa dan berdzikir kepada Allah
Dengan sholat, berdo'a dan dzikir kepada Allah, Inya Allah hati menjadi tenang, damai dan makin dekat dengan-Nya

2. Sholat tahajud
Dengan sholat tahajud Insya Allah cenderung mendapatkan perasaan tenang. Hal ini dimungkinkan karena di tengah kesunyian malam didapatkan kondisi keheningan dan ketenangan suasana,yang tentu saja semua itu hanya dapat terjadi atas izin-Nya. Pada malam hari, diri ini tidak lagi disibukkan dengan urusan pekerjaan ataupun urusan-urusan duniawi lainnya sehingga dapat lebih khusyu saat menghadap kepada-

Nya.

3. Mengingat kematian yang dapat datang setiap saat
Kematian sebenarnya sangat dekat, lebih dekat dari urat leher kita. Dan dapat secepat kilat menjemput.

4. Membayangkan tidur di dalam kubur.
Membayangkan tidur dalam kuburan yang sempit , gelap dan sunyi saat kita mati nanti. Semoga amal ibadah kita selama di dunia ini dapat menemani kita di alam kubur nanti.

5. Membayangkan kedahsyatan siksa neraka.
Azab Allah sangat pedih bagi yang tidak menjauhi larangan-Nya dan tidak mengikuti perintah-Nya. Ya Allah jauhkanlah kami dari siksa neraka-Mu, karena kami sangat takut akan siksa neraka-Mu.Ya Allah bimbinglah kami agar dapat memanfaatkan sisa hidup kami untuk selalu dijalan-Mu.……

6. Membayangkan surga-Nya.Kesenangan duniawi hanya bersifat sementara, sangat singkat dibanding dengan kenikmatan di akhirat yang tidak dibatasi waktu.Semoga kita dapat selalu mengikuti perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya dan Insya Allah diizinkan untuk meraih Surga-Nya. Amin…..

7a. Mengikuti tausyiah atau mengikuti pengajian secara rutin seminggu satu kali (minimal), dua kali atau lebih. Insya Allah... dengan mendengar tausyiah atau mengikuti pengajian, akan meningkatkan keimanan karena selalu diingatkan kembali utk selalu dekat kpd Allah SWT. Perlu dicatat, dikarenakan iman bisa turun atau naik, maka harus dijaga agar iman tetap stabil pada keadaan tinggi/ kuat dengan mengikuti tausyiah, pengajian dsb.

7b. Bergaul dengan orang-orang sholeh.
Seperti sudah dijelaskan di atas bahwa tingkat keimanan kita bisa turun atau naik, untuk itu perlu dijaga agar tingkat keimanan kita tetap tinggi. Berada pada lingkungan kondusif dimana orang-orangnya dekat dengan Allah SWT, Insya Allah juga akan membawa kita untuk makin dekat kepada-Nya.

8. Membaca Al Qur'an dan maknanya (arti dari setiap ayat yang diba

ca)
Insya Allah dengan membaca Al Qur'an dan maknanya, akan menjadikan kita makin dekat dengan-Nya.

9. Menambah pengetahuan keislaman dengan berbagai cara, antara lain dengan : membaca buku, membaca di internet (tentang pengetahuan Islam, artikel Islam, tausyiah dsb), melihat video Islami yang dapat meningkatkan keimanan kita.

10. Merasakan kebesaran Allah SWT, atas semua ciptaan-Nya seperti Alam Semesta (jagad raya yang tidak berbatas) beserta semua isinya.

11. Merenung atas semua kejadian alam yang terjadi di sekeliling kita (tsunami, gunung meletus, gempa dsb). Dimana semua itu mungkin berupa ujian keimanan, peringatan, atau teguran bagi kita agar kita selalu ingat kepada-Nya/ mengikuti perintah-Nya. Bukan makin tersesat ke perbuatan maksiat atau perbuatan lain yang dilarang oleh-Nya. Ya Allah kami mohon bimbingan-Mu agar kami dapat selalu introspeksi atas semua kesalahan yang kami perbuat, meninggalkan larangan-Mu dan kembali ke jalan-Mu ya Allah.

12. Mensyukuri begitu besar nikmat yang sudah dibe

rikan oleh Allah SWT Jangan selalu melihat ke atas, lihatlah orang lain yang lebih susah. Begitu banyak nikmat yang diberikan oleh-Nya.Saat ini kita masih bisa bernafas, masih bisa makan, bisa minum, masih mempunyai keluarga, masih mempunyai apa yang kita miliki saat ini,masih mempunyai panca indera mata, hidung, telinga dan...masih bisa bernafas (masih diberi kesempatan hidup). Masih pantaskah kita tidak bersyukur dan tidak berterimakasih pada-Nya.

Saturday 1 January 2011

Wa Ai Ni Allah...



Sejauh manakah kita cinta kepada Allah???Kita lebih mencintai dunia daripada Allah.Kita lebih mencintai manusia daripada Allah,kita lebih mencintai nafsu dan diri sendiri daripada Allah.


"Aku dah solat 5 waktu sehari,aku berpuasa bulan ramdhan,aku dah bayar zakat.Semua rukun islam aku dah buat"

"Aku dah berdakwah.Aku tulis blog tentang kebaikan untuk disebarkan,aku pakai tudung labuh,aku sentiasa pakai kopiah.Semua benda apa yang Allah suruh aku buat."

"Aku x couple,aku jaga pandangan dengan ajnabi,aku x buat apa yang Allah larang"

maknanya aku dah mencintai Allah..ermm,,,ye ke??

CUKUPKAH DENGAN AYAT INI KITA BERKATA AKU MENCINTAI ALLAH??

Benarkah para sahabat yang baca post ni sayang dan cinta kpd Allah?
Benarkah orang yang menulis blog ni sayang dan cinta kepada Allah?
Benarkah sesiapa yang mengaku sayang kpd Allah dan rasulNya sebenarnya ia benar2 sayang dan cinta kpd Allah???

Subhanallah,,,,
Allahu Akbar!!

Ya Allah ampunkanlah segala dosa2 ku.Aku hamba yang lalai.Aku hanya bersangka2 sahaja.
Aku sangka aku sayang dan cinta kpd Mu,tetapi aku lebihkan tidur daripada beribadah,aku lebih suka bercerita mengenai dunia berbanding akhirat...

Ya Allah,Kau berilah aku petunjuk.Seringkali aku membuat kebaikan.Akan tetapi seringkali aku lupa untuk berniat membuat kebaikan itu keranaMu.

Ya Allah..aku sayang dan cinta kepadaMu,,tetapi aku seringkali tergoda dengan godaan dunia,sehingga aku lupa akanMu.

Ya Allah...
Ya Allah...
Ya Allah...

Allah berfirman dalam ayat 61 surah yunus

Dan tidakkah engkau Muhammad berada dalam satu urusan,dan tidak membaca satu ayat al-quran,serta tidak kamu melakukan satu pekrjaan melainkan Kami menjadi saksi ke atasmu ketika kamu melakukannya.Tidak lengah sedikitpun dari pengetahuan TuhanMu biarpun sebesar zarah,baik di bumi mahupun di langit.Tidak ada satu pun yang kecil dari itu mahupun yang besar dari itu,melainkan semua tercatat dengan kitab yang nyata.

Baca dan hayati ayat ini.Setiap saat apa yang kita lakukan akan diperhitungkan oleh Allah.Sehingga kita menghembuskan nafas yang terakhir.Kita makan,minum,bercakap,melihat,berjalan,dll semua ini akan diperhitungkan oleh Allah.Di akhirat kelak.

Kita memang tidak perasan ada malaikat mencatit segala amalan kita,kita tidak perasan Allah sedang memerhatikan kita.

Sama juga kita tidak perasan apa yang dilakukan oleh small intestine kita,apa yang dilakukan blood vessel kita.Semua ini memang tidak perasan kerana kita manusia yang lemah.Tapi semua ini semua berlaku.......tanpa kita sedari.





DO I LOVE ALLAH?




Ramai orang berkata ia Cinta kepada Allah Subhanahuwa Taala. Katanya itu hendaklah diuji sama ada tulen atau hanya palsu.Ujian pertama ialah; Dia hendaklah tidak benci kepada mati kerana tidak ada orang yang

enggan bertemu dengan sahabatnya. Nabi Muhammad saw bersabda;

"Siapa yang ingin melihat Allah, Allah ingin melihat dia."

Memang benar ada juga orang yang ikhlas cintanya kepada Allah berasa gentar apabila mengingat kedatangan mati sebelum ia siap membuat persediaan untuk pulang ke akhirat, tetapi jika betul-betul ikhlas adia akan bertambah rajin berusaha lagi untuk membuat pe

rsediaan itu.

Ujian kedua ialah ia mestilah bersedia mengorbankan kehendaknya untuk menurut kehendak

Allah dan sedaya upaya menghampirkan diri kepada Allah dan benci kepada apa sahaja yang menjauhkan dirinya dengan Allah. D

osa yang dilakukan oleh seseorang itu bukanlah bukti ia tidak cinta kepada Allah langsung tetapi itu membuktikan yang ia tidak menyintai Allah sepenuh jiwa raganya. Fudhoil bin Iyadh seoran

g wali Allah berkata kepada seorang lelaki;

"Jika sesiapa bertanya kepada mu samada kamu cinta kepada Allah, hendaklah kamu diam kerana jika kamu kata: "Saya tidak cinta kepadaNya", maka kamu kafir dan jika kamu berkata, "Saya cinta", maka perbuatan kamu berlawanan dengan katamu."

Ujian yang ketiga ialah ingat kepada Allah itu mestilah sentiasa ada dalam hati manusia itu tanpa ditekan atau diusahakan benar, kerana apa yang kit

a cinta itu mestilah sentiasa kita ingat. Sekiranya cinta itu sempurna, ia tidak akan lupa yan

g dicintainya itu. Ada juga kemungkinan bahawa sementara cinta kepada Allah itu tidak mengambil tempat yang utama dalam hati seseorang itu, maka cinta kepada menyintai Allah itu mungkin mengambil tempat jua, kerana cinta itu satu perkara dan cinta kepada cinta itu adalah seperkara lain pula.

Ujian keempat kemudian menunjukkan adanya cinta kepada Allah ialah bahawa seseorang itu cinta kepada Al-Quran, iaitu Kalam Allah, dan cinta kepada Muhammad iaitu Rasul Allah. Jika cintanya benar-benar kuat, ia akan cinta kepada semua orang kerana semua manusia itu adalah hamba Allah. Bahkan cintanya meliputi semua makhluk, kerana orang yang kasih atau cinta kepada seseorang itu tentulah kasih pula kepada k

erja-kerja yang dibuat oleh kekasihnya itu dan cintanya juga kepada tulisan atau karangannya.

Ujian kelima ialah ia suka duduk bersendirian untuk maksud beribadat dan ia suka malam itu lekas datang agar dapat berbicara dengan rakan atau sahabatnya tanpa ada yang menggangu. Jika ia suka berbual-bual di siang hari dan tidur di malam hari maka itu menunjukkan cintanya tidak sempurna. Allah berfirman kepada Nabi Daud,

"Janganlah terlampau karib dengan manusia, kerana ada dua jenis manusia tersingkir dari MajlisKu: iaitu mereka yang bertungkus mencari ganjaran dan menjadi pemalas apabila mereka mendapat ganjaran itu; dan mereka yang mementingkan diri mereka sendiri lalu melampaui aku. Tanda tidak redhanya aku ialah aku biarkan mereka begitu sahaja."

Pada hakikatnya, jika cinta kepada Allah itu benar-benar mengambil tempat seluruhnya didalam hati seseorang itu, maka cintanya kepada yang lain itu tidak akan dapat mengambil tempat langsu

ng ke dalam hati itu. Seorang dari Bani Israel telah menjadi kebiasaan sembahyang di malam hari.
Tetapi apabila melihat burung bernyanyian di sepohon pokok dengan merdu sekali, dia pun sembahyang di bawah pokok itu supaya dapat menikmati nyanyian burung itu. Allah menyuruh Nabi Daud pergi berjumpa dia dan berkata,

"Engkau telah mencampurkan cinta kepada nyanyian burung dengan cinta kepadaKu, Martabat engkau di kalangan Auliya' Allah telah diturunkan,"

Sebaliknya ada pula orang yang terlalu cinta kepada Allah, suatu hari sedang ia melakukan ibadatnya kepada Allah rumahnya telah terbakar, tetapi ia tidak nampak dan sedar rumahnya terbakar.

Yang keenam ialah ibadatnya menjadi senang sekali. Seorang Wali Allah ada berkata,

"Dalam tiga puluh tahun yang pertama saya melakukan sembahyang malam dengan susah payah sekali, tetapi tiga puluh yang kedua sembahyang itu menjadi seronok dan lazat pula kepada saya." Apabila cinta kepada Allah itu sempuna, maka tidak ada kesoronokan yang setandimg dngan keseronokan ibadat.

Yang ketujuh ialah orang yang cinta kepada Allah itu akan cinta kepada mereka yang

taat kepada Allah dan mereka benci kepada orang-orang kafir dan orang-orang yang derhaka kepada Allah. Al-Quran mnyatakan "mereka itu bersikap kasar kepada orang-orang kafir dan berkasih sayang sesama mereka sendiri." Suatu masa, Nabi bertanya kepada Allah, "Wahai Tuhan, siapakah kekasihmu?" Terdengarlah jawapan,

"Siapa yang berpegang teguh kepadaKu seperti bayi dengan ibunya, mengmbil perlindungan dengan MengingatiKu seperti burung mencari perlindungan disarangnya, dan yang marah melihat dosa seperti singa yang marah yang tidak takut kepada apa dan siapa pun."


http://www.angelfire.com/journal/suluk/kimia11.html

7 PERKARA ANEH


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

Buah Limau


"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.