RSS Subscribe

Saturday 30 April 2011

KHUTBAH TERAKHIR NABI.....


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.



Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Thursday 28 April 2011

AS A MUSLIM

Know my muslim brother and sisters.It is compulsory upon us to know FOUR things

1.KNOWLEDGE
Knowledge about Allah,the Almighty and Majestic,
Knowlege about prophet  Muhammad S.A.W
Knowledge about religion of Islam
It is not allowed to worship Allah with ignorance since whoever does this is astray.

2.ACTION
Since person who has knowledge but does not implement it has evoked Allah's anger,as they have knowledge but did not act accordingly.
One of deceptive enticement of satan is that he discourags people from gaining benefecial knowledge by deceiving the person into thinking that he is excsed by Allah due to his ignorance.
What this person does not realize is the he deliberately stays away from learning while he has ability,the proof is established againts him (punishment).This is the trick of satan played upon people of Noah,as Allah S.W.T mentioned in Quran when they :"put their finger in their ears and covered themselves with their clothes"...
in order to plea that the proof would not be established againts them.



3.CALLING AND PROPAGATING TH KNOWLEDGE  AND PRACTICE FOR ISLAM
Allah the Exalted cursed the Israelites because they used to forbade others the wickedness that they themselves would do,and what an evil thing they did.
Teaching and calling to Islam is a community of obligation,and thus when some of them fulfill this obligation none are blameworthy,but if all leave it,all are blameworthy.


4.HAVE PATIENT AND PRESEVERANCE with any misfortune faced in learning,practicing,teaching and calling others to it. 

Wednesday 27 April 2011

8 PENYAKIT HATI MESTI DIJAUHI


Dalam kehidupan,kita pasti tidak terlepas daripada dosa.Ianya atas diri sendiri antara kita ingin menjauhi dosa-dosa tersebut atau membiarkan ia bersarang di hati kita.


Di bawah 8 penyakit hati lahir daripada hati yang sakit,Sekiranya ada salah satu di dalam hati kita,cepat-cepat lah bersihkan sebelum ia menjadi nanah yang busuk.


1.     Sentiasa berbicara perkara tidak baik dan mencela orang lain.



2.     Bergembira apabila melihat seterunya ditimpa bala atau ujian Allah SWT.



3.     Tidak bertegur dengan seterunya.

4.     Berpaling dari seterunya dan menghina seteru.

5.     Mengumpat dan mengata kepada seterunya  serta membuka rahsia seterunya tanpa keizinan syarak.



6.     Menceritakan kisah seteru dan menghina seterunya.



7.     memalukan  dan menyakiti seterunya.

8.     Menegah dan menghalang orang lain daripada membayar hutang kepada seterunya.

Wallahualam..

Sunday 24 April 2011

Kau sudah syirik kepada Allah, tahu?


بسم الله الرحمن الرحيم



Ingatkah kau ketika kau sedang solat?
Apabila kau solat kerana untuk mengelakkan diri kau dari dihukum atau dimarahi ibu bapa kau,
Atau untuk dilihat sebagai budak surau yang rajin solat,
Atau untuk memastikan gadis-gadis atau jejaka-jejaka memandang kau sebagai seorang yang boleh dibuat pasangan hidup,


Apakah tujuan sebenar solat mu?
Kau sudah syirik kepada Allah, tahu?




Ingatkah kau ketika kau sedang berpuasa?
Apabila kau sedang berpuasa fardu mahupun sunat untuk 
mengelakkan diri kau dari dihukum atau dimarahi ibu bapa kau,
Atau untuk memastikan berat kau tidak bertambah,
Atau untuk menjimatkan duit demi membeli iPhone mahupun BlackBerry,

Apakah tujuan kau berpenat ketika berpuasa?
Kau sudah syirik kepada Allah, tahu?




Ingatkah kau ketika kau sedang bersedekah?
Apabila kau bersedekah semata-mata untuk dianggap sebagai seorang yang mempunyai belas kasihan,
Atau untuk menutup malu kerana kau terlihat rakan kau menderma dengan jumlah yang banyak,
Atau untuk memberitahu kepada orang ramai bahawa kau mampu menderma kepada fakir miskin,

Apakah tujuan kau memberikan sedekah?
Kau sudah syirik kepada Allah, tahu?




Ingatkah kau ketika kau sedang menaip ayat-ayat al-Quran di status facebook?
Apabila kau menaip ayat-ayat al-Quran semata-mata untuk mendapat "Like",
Atau untuk memastikan rakan-rakan kau tahu bahawa kau menghafal setiap ayat di dalam al-Quran,
Atau untuk menambat hati si dia yang layak digelar 'Ustaz' dan 'Ustazah',


Adakah tujuan kau hanya untuk mendapat "Like"?
Kau sudah syirik kepada Allah, tahu?



Ingatkah kau ketika kau sedang mengulangkaji buku-buku Module 4 mahupun O&G?
Apabila kau mengulangkaji pelajaran semata-mata kerana disuruh oleh kedua ibu bapa kau,
Atau untuk menjadi seorang doktor yang kaya raya semata-mata,
Atau untuk menjadi seorang yang dianggap rajin dan 'star' oleh rakan-rakan kau,

Apakah tujuan kau bersusah payah menelaah?
Kau sudah syirik kepada Allah, tahu?





Ingatkah kau ketika kau mencintai seseorang?
Apabila kau mencintainya kerana kecantikannya atau kekacakannya,
Atau kau mencintainya kerana kelunakan suaranya atau sifat maskulinnya,
Atau kau mencintainya lebih dari cinta kau terhadap Allah,


Mengapakah kau mencintai dia?
Kau sudah syirik kepada Allah, tahu?


Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:
"Sesiapa bersolah kerana hendak memperlihatkan kepada orang maka dia menjadi seorang yg menyekutukan Allah s.w.t, sesiapa yang berpuasa kerana hendak memperlihatkn kepada orang, dia juga menyekutukan Allah s.w.t dan sesiapa yg bersedekah kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada org, dia juga menyekutukan Allah s.w.t."
Sebuah lagi hadis dari Rasulullah s.a.w yang lebih menakutkan berbunyi: 
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, diceritakan : Orang-orang berkelompok-kelompok dari Abu Hurairah, 

Natil penduduk Syam berkata padanya : "Wahai Tuan, ceritakanlah kepadaku sebuah hadits yang engkau dengar dari Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam !". 

Ia berkata : "Ya, saya mendengar RasulullahShalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : "Sesungguhnya orang yang paling pertama diadili pada hari qiyamat adalah seseorang yang mati syahid, ia didatangkan dan ditanyakan ni'mat­-ni'matnya, lalu ia mengakuinya. 

Dia berfirman : "Apakah yang kamu amalkan di dunia ? ". Ia menjawab : "Saya berperang sampai mati syahid"

Dia berfirman : "Kamu berdusta, tetapi kamu berperang agar dikatakan sebagai pemberani dan itu telah dikatakan"

Kemudian ia diperintahkan, lalu wajahnya ditarik sehingga ia dilemparkan kedalam neraka. 


Seorang yang memperlajari Ilmu, mengajarkannya dan membaca Al Qur'an di­datangkan. Nikmat-nikmatnya, ditanyakan dan ia mengakuinya. 

Dia berfirman : "Apakah yang kamu kerjakan di dunia ?"

Ia menjawab : "Saya mempelajari Ilmu, mengajarkannya, dan saya membaca Qur'an karena-Mu". 

Dia berfirman : "Kamu berdusta, karena kamu mempelajari Ilmu agar dikatakan pandai dan kamu membaca Al Qur'an agar dikatakan sebagai qari', dan itu semua telah diucapkan"

Kemudian diperintahkan, lalu wajahnya ditarik sampai dicampakkan kedalam neraka

Dan seorang yang diberi kelapangan oleh Allah dan diberi berbagai macam seluruh harta didatangkan dan ditanyakan ni'mat-ni'matnya lalu ia mengakuinya. 

Dia berfirman : "Apakah yang kamu kerjakan di dunia ?"

Ia menjawab : "Saya tidak meninggalkan jalan yang mana engkau senang untuk di infakkannya (harta) melainkan saya menginfakkannya karena-Mu"

Dia berfirman : "Kamu berdusta, tetapi kamu kerjakan agar dikatakan sebagai dermawan, dan itu telah dikatakan"

Ia diperintahkan, lalu ditarik wajahnya kemudian dilemparkan kedalam neraka".


 (Hadits ditakhrij oleh Muslim). 
 
Sampai bilakah kau mahu syirik kepada Allah? 

Jadi pembaca sekalian, kita mestilah mahu sentiasa ikhlas, sentiasa ikhlas kan diri kita kerana Allah s.w.t 

Ikhlaskan niat kita hanya demi Allah s.w.t, kerana sesungguhnya Allah dan Allah sahajalah tujuan hidup kita di muka bumi ini.



والله أعلم

Thursday 21 April 2011

NAMA-NAMA NERAKA

Hadis:  sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala.

Ia memiliki tujuh pintu dan pada setiap pintu itu ada 70,000 gunung


setiap gunung itu pula ada 70,000 lereng dari api dan 

setiap lereng itu ada 70,000 belahan tanah yang membabitkan api, 


pada setiap belahannya pula ada 70,000 lembah daripada api.



Dikisahkan dalam hadis itu juga, di setiap lembah berkenaan ada 70,000 gudang daripada api dan
pada setiap gudang itu pula ada 70,000 kamar daripada api.
Pada setiap kamar itu pula ada 70,000 ular dan 70,000 kala jengking.

Setiap kala jengking itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala jengking itu ia mempunyai 70,000 bisa.




NERAKA HAWIYAH
Penghuni :
Untuk mereka yang ringan keburukannya.Melakukan kebaikan campur keburukan.
Untuk orang-orang islam yang cara hidupnya tidak selari dengan ajaran islam.
Keadaan :
Dibakar dengan api yang panas


NERAKA JAHIM
Penghuni :
Untuk hamba-hamba yang mensyirikkan Allah
Kedaan :
Sembahannya (patung) yang akan menyiksanya di neraka



NERAKA SAQAR
Penghuni :
Bagi orang-orang munafik
Untuk orang yang tahu syariaat islam,tetapi meremehkannya
Keadaan :
Dibakar di dalam api



NERAKA LAZZHA
Penghuni :
Untuk orang yang suka mengumpul harta.
Hartanya tidak diserahkan kepada fakir miskin.
Tidak mengeluarkan zakat.
Keadaan :
Bakar di dalam api yang panas
Kulit disiat habis


NERAKA HUTAMAH
Penghuni:
Pengumpat
Pencela
Kedekut (suka membilang-bilang harta)
Keadaan :
Sangat dasyat,harta-harta yang dikira akan menjadi bahan bakar.


NERAKA SA'IR
Penghuni:
kafirun
Orang yang tidak mahu menerima islam
Orang islam yang tidak mahu menunaika solat
Orang islam tidak mahu zakat
Orang islam tidak mahu puasa


NERAKA WAIL
Penghuni:
Orang yang tidak jujur
Keadaan:
Barang dagangan mereka akan dibakar






WALLAHUALAM.....