RSS Subscribe

Monday 27 June 2011

Eleh, nak menunjuk lah tu.


بسم الله الرحمن الرحيم



Selalu terdetik dalam hati kita,
"Eleh, derma tu sebab nak tunjuk dia banyak duit lah tu"



Tetapi kita sendiri terlupa, bahawa kita masih belum pernah menderma.


Apakah yang selalu kita fikirkan sekiranya kita ternampak ada
orang yang memasukkan duit ke dalam tabung ini?




Selalu terdetik dalam hati kita,
"Eleh, pakai tudung labuh tu sebab nak tunjuk dia sekolah agama lah tu"


Tetapi kita sendiri terlupa, bahawa aurat kita sendiri masih belum terjaga.



Apakah yang selalu kita fikirkan apabila kita ternampak
orang yang bertudung labuh sebegini?




Selalu terdetik dalam hati kita,
"Eleh, dia pergi masjid tiap hari tu sebab nak tunjuk dia alim lah tu"


Tetapi kita sendiri terlupa, bahawa solat kita sendiri pun masih belum sempurna 5 waktunya.


Apakah yang akan kita fikirkan sekiranya kita ternampak mereka
berjemaah di masjid?




Selalu terdetik dalam hati kita,
"Eleh, dia tak nak cakap dengan lelaki sebab nak bajet mahal lah tu"


Tetapi kita sendiri terlupa, bahawa Allah murka dengan perbuatan kita yang bertepuk tampar dengan orang yang boleh berkahwin dengan kita.


Apakah yang akan kita fikirkan apabila kita ternampak mereka
tidak mengamalkan pergaulan bebas?




Selalu terdetik dalam hati kita,
"Dia share benda benda agama kat facebook ni sebab nak dapat banyak like lah tu"


Tetapi kita sendiri terlupa, bahawa Rasulullah s.a.w berpesan,
"Sampaikanlah dariku walau satu ayat".


Apakah yang terdetik dalam hati kita sekiranya kita ternampak
ada orang yang share benda begini di facebook?




Sampai bila kita mahu terus berburuk sangka dengan orang?
Sampai bila pula kita mahu terus 'terlupa' ?

"Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong. Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, keaiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran, jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian, janganlah membelakangkan (saudaramu seagama). Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara". H/R al-Bukhari.

p.s: Moga Allah ampuni kita, termasuk sekali diri penulis ini yang tidak terlepas dari berburuk sangka.


والله أعلم

Friday 17 June 2011

Exam Dah Dekat, Akhirnya...


بسم الله الرحمن الرحيم


Exam dah dekat, 
Jadi, kau pun study setiap malam,
Pulun habis-habisan, tidur pukul 2 pagi,


Akhirnya... 
Kau tertinggal solat subuh.
Bila bangun, dah cerah, dah matahari tegak atas kepala.


tak rasa bersalah ke bila tengok tingkap dah cerah macam ni ?




Exam dah dekat, 
Jadi, kau pun study tak berhenti-henti,
Aku tengok kau study dari Zohor sampai ke Maghrib,


Akhirnya...
Kau tak pergi solat berjemaah di masjid pun,
Solat kat rumah pun ala kadar laju-laju je.


tak ada masjid pun boleh solat jemaah, tapi kau?
Masjid bawah rumah pun liat nak solat jemaah.


Exam dah dekat,
Jadi, kau pun study lama-lama,
Aku tengok kau study sampai kau penat, tersengguk-sengguk,


Akhirnya...
Kami ahli rumah menjadi mangsa,
Kau emosi tak tentu pasal, marah marah semua orang.


salah sikit melenting, salah sikit marah,
tu semua hasutan syaitan, tau ?




Exam dah dekat,
Jadi, kau pun study seorang diri,
Aku tengok kau sampai tak keluar bilik,


Akhirnya...
Aku yang bertambah tanggungjawab,
Aku yang kena ganti kau masak.


kalau kau masak pun, megi je,
makan tak ajak ahli bait pulak tu.



Ingatlah wahai teman, study study jugak,
Jangan lupa hubungan dengan Allah, 

Jangan lupa hubungan dengan manusia,


Jangan sebab study, habis semua kau abaikan,
Jangan sebab study, habis semua kau tinggalkan.


dan ingatlah...


Jangan sekali-kali lupakan firman Allah s.w.t :

“Ditimpakan ke atas mereka kehinaan di mana-mana pun mereka berada (tanpa kemuliaan dan keamanan) kecuali (mereka berada) dengan tali (agama) daripada Allah dan tali (perdamaian) dengan manusia”. (Ali ‘Imran : 112).

والله أعلم

Friday 3 June 2011

Tak Payah Buatlah, Tak Wajib Pun !


بسم الله الرحمن الرحيم


Kau, aku dah banyak kali ajak kau pergi solat berjemaah di masjid.
Setiap kali azan, aku mengajak kau pergi bersama,
Tetapi kau mempersoalkan;

Apa hukum solat berjemaah?

Setelah aku menjawab ianya adalah sunnah Rasulullah s.a.w,
kau menjawab;

Tak payah buatlah, tak wajib pun !
Kenapa mereka bersolat jemaah walaupun tidak wajib?

“Demi Dzat yang jiwaku yang ada di tangan-Nya, ingin kiranya aku memerintahkan orang-orang untuk mengumpulkan kayu bakar, kemudian aku perintahkan mereka untuk menegakkan solat yang telah dikumandangkan adzannya, lalu aku memerintahkan salah seorang untuk menjadi imam, lalu aku menuju orang-orang yang tidak mengikuti solat jemaah, kemudian aku bakar rumah-rumah mereka.”
(HR. al-Bukhari)



Kau, aku dah banyak kali ajak kau berpuasa pada hari isnin ataupun khamis setiap minggu.
Setiap kali tiba harinya, aku mengajak kau berpuasa bersama,
Tetapi kau mempersoalkan;

Apa hukum puasa hari isnin atau khamis?

Setelah aku menjawab ianya adalah sunnah Rasulullah s.a.w,
kau menjawab;

Tak payah buatlah, tak wajib pun !
Kenapa masih ada orang yang berpuasa sunnah
walaupun tidak wajib?
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-'Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa. "
(Hadith Hasan Gharib - Riwayat Tirmizi)



Kau, aku dah banyak kali menggalakkan kau untuk bermuka lebih ceria dan lebih mudah bersenyum.
Setiap kali aku lihat wajahmu yang suram, aku mengingatkan kau untuk bersenyum,
Tetapi kau mempersoalkan;

Apa hukum bersenyum?

Setelah aku menjawab ianya adalah sunnah Rasulullah s.a.w,
kau menjawab;

Tak payah buatlah, tak wajib pun !
Kenapa masih ada orang yang bersenyum walaupun
tidak wajib?

“Baginda tidak pernah melihat ku melainkan aku menerima senyuman manis daripada Rasulullah saw”. (Tuhfatul Ahwazi – Tirmizi)



Tetapi, kau terlupa...

Setelah kau mati, kau akan dihisab pada hari kebangkitan,
Dan pada hari tersebut, sekiranya timbanganmu tidak cukup,
kau akan diseksa dan diazab di dalam api neraka,
Dan tiada siapa pun yang mampu menyelamatkan kau daripada api neraka tersebut,
melainkan syafaat Rasulullah s.a.w.

Seperti dalam sebuah hadis yang panjang:

Dari Anas bin Malik r.a., ia berkata : “Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Allah mengumpulkan manusia pada hari kiamat, maka mereka berkata : “Seandainya kita mohon syafa’at kepada Tuhan kita, sehingga Tuhan memberikan kelonggaran kepada kita ditempat kita” 
 
lalu mereka datang kepada Adam dan berkata : “Engkaulah yang telah diciptakan Allah dengan tanganNya, Dia meniupkan ruh Nya padamu, dan Allah telah memerintahkan Malaikat, sehingga mereka sujud kepadamu, maka mohonlah syafa’at untuk kami di sisi Tuhan kami”. 
 
Ia menyebutkan kesalahan-kesalahannya dan berkata : “Datanglah kepada Nuh, seorang Rasul pertama yang diutus oleh Allah”. 
 
Lalu mereka datang kepada Nuh, maka Nuh menjawab : “Saya tidak menempati tempat itu -dan ia menyebutkan kesalahannya itu- datangilah Ibrahim yang mana Allah menjadikannya sebagai kekasih !”, 
 
lalu mereka datang kepadanya, maka ia menjawab : “Saya tidak menempati tempat itu -dan ia menyebutkan kesalahan- datangilah Musa yang telah diajak bicara oleh Allah !”. 
 
Lalu mereka datang kepadanya, maka Musa menjawab : “Saya tidak menempati tempat itu -ia menyebutkan kesalahannya- datangilah Isa”, 
 
lalu mereka datang kepadanya, maka ia menjawab : “Saya tidak menempati tempat itu, datangilah Muhammad saw. yang telah diampuni dosa-dosanya yang telah terdahulu dan yang terkemudian !”. 
 
Lalu mereka datang kepadaku, dan aku minta izin kepada Tuhanku. Ketika aku melihat Nya aku sujud dan Tuhan meninggalkan aku sesuai dengan apa yang dikehendakiNya, kemudian diserukan : “Angkatlah kepalamu, mintalah perantara maka kamu akan diberi dan berkatalah maka akan didengar, mohonlah syafa’at maka akan diberi syafa’at,” 
 
Kemudian aku mengangkat kepala dan memuji Tuhan dengan pujian yang telah diajarkan kepadaku, lalu aku mohon syafa’at, maka Aku membatasinya kepadaku, 
 
lalu aku mengeluarkan mereka dari Neraka dan aku memasukkan mereka ke Syurga, kemudian aku kembali dan sujud seperti itu, pada yang ketiga atau keempat kalinya, sehingga yang ada di Neraka itu hanyalah orang-orang yang telah dicegah oleh Al Qur’an.” 

(Hadis Riwayat Bukhari).

p.s: Layakkah kita untuk memohon syafa'at Rasulullah s.a.w sekiranya kita tidak mengamalkan bahkan memperlekeh sunnahnya?



والله أعلم