RSS Subscribe

Tuesday, 29 March 2011

MENGGALI MANFAAT DAN KEBERKATAN AL-QURAN

Al-Quran dan Ramadan tidak dapat dipisahkan.Pada malam penuh gilang gemilang 17 Ramadan Tahun 160 masihi ,Al Quran diturunkan dari luh mahfuz ke baitul izzah di langit dunia.Kemudian secara beransur-ansur ia diturunkan ke langit dunia kepada Rasulullah s.a.w melalui Jibril selama 23 tahun.Umat Islam membaca Al-Quran lebih banyak dari biasa untuk menisi pakej ibadat pada bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain.Sebenarnya fungsi Al-Quran bukan teratas untuk dibaca sahaja.Lebih-lebih lagi bukan berlumba menghabiskan bacaan untuk khatam Al-Qura n pada malam sepuluh terakhir ramadan.Tetapi membacanya adalah untuk mendapat ganjaran dan manfaat daripada kebaikan keberkatan pada sarat terkandung di dalam Al-Quran.
Firman Allah swt : Al-Quran ini sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu ,yang penuh keberkatan.(Shad:29)

KEBERKATAN AL-QURAN

Diantara keberkatan Al-Quran ialah:

1.AL-QURAN ADALAH PETUNJUK BAGI ORANG BERTAKWA

Ia adalah sumber hidayat.Ini dijelaskan dalam firman Allah swt:
Kitab Al-quran ini tidak ada keraguan padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang kesempurnannya);ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa. (al-baqarah:2)

2.AL QURAN ADALAH CAHAYA MENERANGI KEGELAPAN

Kegelapan adalah seperti kehidupan meraba-raba dalam kesesatan.Hidup menjadi tidak terarah dan terurus.Tidak diketahui mana yang bermanfaat untuk diri atau sebaliknya.
Dengan cahaya petunjuk Al quran yang menerangi jalanyang lurus maka manusia terpandu untuk beroleh hidup yang bermanfaat ,terarah lagi terurus.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya keenaran dari Allah dan sebuah kitab Al-Quran yang jelas nyata keterangannya.Dengan (al quran) itu Allah menunjukkan jalan -jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya,dan dengan Al-Quran Allah mengikut keredaanya.Dan dengan Al-Quran Allah keluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya yang terang bederang dengan izinNya.dan denan Al-Quran Allah menunjukkan mereka jalan yang lurus.(al-Maidah 15-16)

3.AL QURAN ADALAH PEMBEZA ANTARA BENAR DAN SALAH

Firman Allah:Bulan Ramadan ,bulan diturunkan Al-Qura sebagai petunjukbagi manusia dan penjelasan - penjelasan dan pembeza antara haq dan batil.(al-Baqarah:185)

4.AL QURAN PENAWAR DAN PENYEMBUH PENYAKIT ROHANI

Firman Allah:Wahai manusia , sesungguhnya telah datang pelajaran dari Rabmu ,dan penyembuh bagi penyakit di dalam dada ,serta petunjuk dan rahmat dari orang beriman.(Yunus 57)

Telah Allah berikan segala manfaat dan nikmat daripada Al-Quran.Kerana keberkatan Al-Quran yang telah diturunkan oleh Pencipta untuk hamba-hambaNya adalah jawapan bagi setiap persolan.Kitab bagi segala perselisihan,persoalan,pemahaman serta motivasi selaris dengan kehidupan kita kini sebagai umat Muhammad s.a.w.


Saturday, 19 February 2011

Masalah Aurat

KAJIAN KES:

Dalam satu perbincangan, seorang siswi menceritakan masalah yang dihadapi berhubung dengan cara pemakaian. Masalah bermula apabila berhadapan dengan persepsi keluarga dan rakan-rakan setelah berubah dari wanita yang berpakaian "liberal" kepada wanita yang menutup aurat sepenuhnya seperti yang disarankan oleh Islam...

Pandangan serong terhadap pemakaian tudung labuh dan jubah menyebabkan siswi tersebut berasa tersisih bukan sahaja terhadap pandangan masyarakat umum, tetapi pandangan siswi-siswi yang bergiat dalam program berunsurkan dakwah. Penerimaan terhadap perubahan berlaku agak sukar akibat sikap “double-standard” dan kronisma yang diamalkan. Disebabkan mereka telah mendapat tarbiyah sekian lama dan menganggap diri adalah terbaik, agak payah untuk menerima orang yang baru mengenal erti tarbiyah yang sebenar. Apatah lagi berhadapan dengan ibu yang tidak memahami sehinggakan si ibu menyuruh siswi tersebut kembali kepada pakaian lama.

PENYELESAIAN:

Bercakap tentang perubahan, ia bukanlah satu perkara yang mudah semudah mengalihkan sebatang pen dari satu meja ke meja yang lain. Apatah lagi berubah dari segi pemakaian yang melibatkan persepsi masyarakat sekeliling terhadap personaliti baru yang ingin dibentuk. Adalah penting adanya pemahaman terhadap matlamat perubahan dan pengorbanan yang tinggi agar terus istiqamah dengan perubahan.

Apa yang dilakukan oleh siswi tersebut adalah hijrah kepada kebaikan dan memerlukan ketahanan mental dan mujahadah yang tinggi. Dalam satu perubahan, sokongan dari segi spiritual, emosi dan mental diperlukan bukan sahaja dengan berharap kepada tuhan, tetapi juga dari masyarakat sekeliling khususnya mereka yang faham tentang Islam. Meskipun siswi tersebut baru mengenal erti tarbiyah dan mula bergiat dalam program berunsurkan dakwah, rakan-rakan dalam organisasi dakwah haruslah faham dan tidak memandang diri sebagai individu yang bertaraf tinggi sehingga tidak layak berdamping dengan mereka yang baru menerima hidayah.

Di sini, pentingnya pemahaman tentang konsep inverse response (respon songsang ~ rujuk Pemikiran Sistemik) dalam kehidupan seharian. Setiap sesuatu yang bersifat drastik memerlukan daya yang tinggi untuk diterima dan konsep bersabar terhadap time delay (masa lengah yang diperlukan sebelum satu sistem berfungsi) diperlukan. Sesuatu perubahan memerlukan visi yang jelas berdasarkan ilmu wahyu agar kekuatan diperoleh walaupun keadaan sekitar sukar menerima.

Bagaikan susu yang sebelumnya bercampur dengan najis, kuman, urea dan darah di dalam sistem badan seekor lembu akhirnya keluar sebagai susu yang suci yang mendatangkan kebaikan kepada peminumnya. Dapat disimpulkan bahawa bagaimana sukarnya susu itu keluar dari badan seekor lembu melalui proses perahan untuk bebas dari unsur-unsur negatif, begitulah sukarnya sesuatu perubahan untuk dilaksanakan. Persekitaran memerlukan masa untuk menerima sesuatu kelainan.

Adalah penting pemahaman tentang aurat kerana ia melibatkan penjagaan penglihatan yang berkaitan secara langsung dengan hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Aurat yang dimaksudkan bukan sahaja terhadap kaum wanita, tetapi juga kepada kaum lelaki di mana sesetengahnya yang kurang sensitif menganggap aurat lelaki tidak berapa penting sehingga memakai seluar yang menampakkan lutut ketika bersukan. Bagi seorang wanita, aurat adalah perkara yang sangat besar dan skop aurat adalah lebih luas pada tubuh mereka berbanding lelaki. Manakala dalam institusi kekeluargaan pula, ibu bapa memainkan peranan penting terhadap pentarbiyahan setiap anak. Bahkan, mereka juga perlu ditarbiyah dan diberi peringatan agar tidak alpa akan arus dunia semasa yang membawa kepada kebatilan.