RSS Subscribe

Monday, 9 April 2012

Muslimah VS Facebook

With the name of Allah , the Most Gracious , the Most Merciful .



MUSLIMAH versus  FACEBOOK




Rasulullah S.A.W. , seorang insan agung yang pernah berpijak di muka bumi ini . 
Apa perasaan baginda apabila melihat kita sebagai umatnya ? 
Ditekankan lagi --> APABILA KITA BERFACEBOOK
Agak-agak kena puji atau kena tegur?
Jom kita check sama-sama ok! ^_^
  • Apa yang kita buat dengan FB kita. Bermanfaat untuk orang lain atau tak? Dedah aurat tak kat fesbuk? Kalau dah tutup aurat pun, still berbalas komen dengan mesra tak dengan lelaki? Chatting yang tak penting? Gambar tayang sesuka hati?


Dah check?
  • Kalau Nabi Muhammad s.a.w tengok bagaimana kita berfesbuk ni, agak-agak kena puji tak? Masa nak berfesbuk tu, apa rujukan kita? Siapa sasaran status kita?
Dah check?



Ikhtilat perlu dijaga, setiap masa, walaupun kita texting, walaupun kita main FB.
Bagaimana syaitan menghias maksiat, kaburkan pandangan kita. Yang buruk tu nampak macam baik ---> walaupun pada hakikatnya yang batil takkan boleh bercampur dengan yang hak.
"Ia (Iblis) berkata, "Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hambaMu yang terpilih di antara mereka." (Al-Hijr :39-40)


  • Contoh mudah. Kita couple ---> Couple Islamik


“Kita tak pernah jumpa pun ngan boyfie kita. Mesej-mesej je. Tu pun sebulan dua kali. Mesej yang elok-elok je la. Kejut tahajud, subuh, bagi nasihat dan tazkirah. Kita saling cinta kerana Allah. Apa tu orang kata, ukhuwwah fillah? Ha, ye la tu. Takdenya dosa. Kami tahu syariat sebab tu tak couple macam orang lain. Couple macam orang lain tu kan taqrabul zina. Kami ingat dosa lagi tau.”
  • Contoh dalam fesbuk. Kita post status Islamik, then ada la rijal mari bertandang,


“Bagusla enti ni. Post status yang bermanfaat untuk semua. Kalau enti masuk ustazah pilihan confirm menang ni.”
“Eh, takdela. Biasa-biasa je. Enta tu lagi hebat. Post hadith memanjang. Kalau masuk Imam Muda, mesti kalah semua orang."
Wahai saudara seangkatan segenderku! Sape yang buka ruang sebenarnya ni?
  • Seterusnya, post status CINTA.


Semua status dia tuh bertemakan cinta. Cinta islamik popular sekarang ni kat FB. Banyak page-page cinta islamik. Buka je fesbuk. Dekat home tu boleh dikatakan half or lebih yang post pasal cinta.
“Aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu. Kalau hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu.”
“Aku menunggumu kerana Allah."

Remaja, jangan layu sangat dengan falsafah cinta. 
Da’ie itu bukan membuang masanya dengan falsafah cinta sahaja. 
Bimbang mulut menutur nasihat cinta islamik, sedangkan hati sedang memujuk nafsu agar mendekati.
--->astaghfirullah

Wahai saudara seislam yang amat amat diambil berat. Bukan nak cakap benda ni salah. Baguslah cinta berlandaskan iman kan. Tapi perkara tu bukan menjadi prioriti kita sepanjang masa kan. Lebih-lebih lagi kalau kita ni bergelar pelajar. As the saying goes, first thing comes first. Kalau cinta itu melalaikan, kita perlu kuatkan dahulu cinta kita kepada Pencipta.
Berkaitan dengan gambar pula wahai saudara seislam yang amat amat dikasihi. Kalau boleh tak payah la nak upload gambar yg terang-terang. Muslimah, even awak tutup aurat dah perfect pun, jangan jadikan perkara tu sebagai lesen untuk upload gambar sesuka hati. Malu kan sebahagian daripada iman kawan-kawan...



Andai Rasulullah s.a.w melihat kita berfesbuk.. apakah reaksinya..
Kecewakah dia dengan kita? 

Allah, do protect us from anything that can take us away from You.


Entry ini hanya sekadar perkongsian untuk ukhti, yang saya sayang ikhlas kerana Allah ^_^

Nota kaki :
Salah itu adalah sesuatu perkara yang bila kita buat, kita akan rasa ragu-ragu. Jadi kalau kita rasa ragu-ragu dengan apa yang kita buat, maksudnya perkara yang kita buat tu salah lah kan? 
Jangan sedapkan hati, cari seribu satu alasan untuk menutup perkara yang salah tu. Sebab, yang salah tetap salah, yang benar tetap benar. ^__^

Credited to : Muharikah.com
(but somehow, it is edited. jzkk)

Saturday, 31 March 2012

FATWA APRIL FOOL



Pada 1 April setiap tahun, sebahagian masyarakat menyambut hari tersebut dengan mengadakan perbuatan menipu atau gurauan untuk mengenakan orang lain.  Mereka memanggil tarikh 1 April ini sebagai April Fool.
Kita sedia maklum bahawa April Fool bukanlah budaya kita, tetapi ia merupakan budaya yang dibawa masuk dari Barat.  Dan ISLAM juga sangat-sangat melarang ummatnya melakukan perbuatan menipu dengan sengaja, walau dalam bentuk apa sekalipun, samada dalam bentuk gurauan ataupun bukan.
Mari kita lihat beberapa pendapat `ulama muktabar berkaitan isu April Fool ini:

1)  Shaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi:

Beliau menyebutkan bahawa menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah.” [HR al-Bukhari dan Muslim]
Rasulullah sallAllahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu `alaihi wasallam bersabda:
“Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda:
“Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran.”  [HR Ahmad dan At-Thabrani].
Sebahagian hadis Nabi sallallahu `alaihi wasallam turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]
Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentuk pun. Sambutan ini (hari April Fool) adalah dilarang kerana empat sebab:
  1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
  2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
  3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
  4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

2)  Shaikh Atiyyah Saqr:

Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.
Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan dharurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “dharurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Dharurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.
Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].
Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi; ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan. [Islamonline.net]

3)  Shaikh Shalih Fauzan:

Di dalam laman islamqa.com fatwa nombor: 10834, beliau menyatakan bahawa:
Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari ini (hari April Fool), mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah sallAllahu `alaihi wassalam bersabda:
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”  
Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita akan mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.
Muslimin/muslimat sekalian,
Jika tanpa melihat fatwa dan pandangan ulama pun, kita sedia maklum bahawa amalan menipu melanggar etika seorang manusia yang bermoral.  Tiada satu pun manusia yang normal fikirannya yang suka atau rela dia ditipu.
Apatah lagi ditambah lagi dengan komen-komen para ulama yang disertakan hadith-hadith Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang melarang kita menipu, maka ternyatalah bahawa tradisi April Fool ini wajar dihentikan dan ditinggalkan oleh mereka yang selalu menyambutnya, walau untuk tujuan bergurau!  (Ketiga-tiga pendapat ulama di atas telah saya petik dari laman sebuah laman blog, terima kasih.)
Mudah-mudahan peringatan ini bisa membuka minda dan menyedarkan kita semua betapa ISLAM adalah agama yang sejahtera dan mensejahterakan.  Larangan ini bagi menjaga hak setiap jiwa manusia agar tidak teraniaya.