RSS Subscribe

Thursday, 27 January 2011

Mengapa kau berubah?

Assalamulaikum,buat para pembaca.
Apa khabar sekalian?sudah lama blog ini tidak diisi dengan ilmu-ilmu dan nasihat-nasihat yang berguna untuk kita sebagai umat islam.
Ada ulama' menybut lebih 3 hari jika hati kita tidak diisi dengan majlis ilmu (ketuhanan).Nauzubillah semoga diri kita dijauhkan daripada hati yang mati.

Dalam kesibukan menuntut ilmu medik memang tidak dinafikan sungguh masa itu sangatlah singkat rasanya.Manakan tidak,kita hanya ada masa 6 tahun untuk memahami tentang makhluk ciptaan Allah paling sempurna.Hanya 6 tahun sahaja untuk mengetahui dan mendalami tentang anggota badan kita yang Allah ciptakan.
Tetapi,walaupun sibuk menuntut ilmu medik,jangan lupa kita ada tanggungjawab untuk menuntut ilmu akhirat,dimana kita akan menduduki satu peperiksaan besar.Dan peperiksaan itu rasanya lebih takut dan risau daripada final exam.

Jika kita hanya belajar ilmu medik tetapi tidak mempraktikan semasa kita menjadi doktor,kita akan jadi doktor yang gagal.Sama juga jika kita menuntut ilmu akhirat(ibadat,tauhid,dll)tetapi tidak menyibarjannya dan tidak pula mempraktikkan dalam kehidupan seharian,maka kita akan jadi muslim yang gagal.Renungkan..

Berbalik kepada tajuk,'Mengapa berubah?'
Saya ingin mengajak anda merenung,memikirkan mengapa diri kita sering berubah apabila exam.

Perubahan PERTAMA:Lebih banyak beribadah

Sering diperhatikan kebanyakkan pelajar akan berubah sikap apabila hampir tiba saat peperiksaan.Berubah sikap menjadi pendiam,banyak berdoa, dan bertahajud.
Sungguh baik akhlak ini,tetapi alangkah rugi dan sayang jika akhlak dan sikap ini hanya ada semasa exam semakin hampir.

Selepas exam :
  • tahajud diganti dengan movie(lebih2 lagi cerita korea)
  • tadarrus diganti dengan nyanyian2 (seperti 'crush' nyanyian david archuleta)
  • doa diganti dengan mengumpa dan berbual-bual kosong (mengumpat)
MasyaAllah...
Nauzubillah minta dijauhkan
Ya Allah kau kuatkanlah hati kami,jauhkan kami daripada lalai mengingatiMu.



Perubahan KEDUA:Sangat menghargai masa

Allah berfirman:
Demi masa.
Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. ~surah al-asr~


Ya,tidak dinafikan lagi semua akan lebih menghargai masa.Setiap masa di mana jua,buku sentiasa bersama.(Kadang2 dalam tandas pun nak bawa buku) (*~*)
Alangkah cantiknya jika kita mempraktikan sikap ini setiap masa.
Sentiasa membajai dada kita dengan ilmu.
Ambillah dan hayatilah surah al-asr.Surah yang pendek,tetapi mempunyai maksud dan pengajaran yang besar.



Perubahan KETIGA:Pentingkan diri

Ini juga sering berlaku.Apabila menjelang musim peperiksaan, mereka
akan lebih suka mengurungkan diri di bilik,tidak membuat tugasan rumah dan tidak mengambil kisah apa yang berlaku dipersekitaran.Dan yang sering sangat berlaku,kalau masa exam kita akan masak benda yang paling simple sekali untuk ahli rumah.Kalau boleh nak goreng telur jek.Jangan begitu.Cuba kita tukar.Lepas ni,masa nak exam lah aku akan masak sedap-sedap.Aku nak gembirakan hati housemate aku.(nasihat pada diri sendiri juga T_T)

Allah berfirman;

"Sesungguhnya (hanyalah) orang-orang mu'min itu bersaudara” (Al-Hujuraat :10)


Rasulullah s.a.w ada juga bersabda 'tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi diri mereka sendiri'

Perubahan KEEMPAT:Hindari dosa

Contoh:

Siti:Nur,jom tengok cerita Boys Over Flower.Best cerita ni.Hensem tau pakwe dia.

Nur:Ish,x nak lah.Exam dah nak dekat.Aku tak nak kotorkan hatiku ni.Nanti lupa pulak apa yang aku hafal.Lepas exam kau ajak aku ye.

Kenapa masa nak exam jek kita nak bersihkan hati??

Rasa sampai di sini sahaja post kali ini.Sama-sama kita mujahadah diri kita.Apakah pandangan Allah terhadap diri kita.

wassalam...

Friday, 14 January 2011

Penyakit 'M' Melanda


Assalamualaikum,buat para pembaca dikasihi Allah.

Penyakit 'M' yang disebarkan oleh virus 'MALAS' sering melanda ramai manusia.Sehinggakan boleh menjadi severe dan menyebabkan fatigue.

(Untuk pengetahuan,penulis tengah berasa malas)

Malas boleh dijangkiti oleh semua orang.Tidak kira muda,tua,kanak2 dan sebagainya.
Apa-apa pun tanya diri dulu kita malas apa.Biasanya perkara yang kita malas ialah perkara yang wajib kita lakukan atau sering kita lakukan.Contonya,sebagai seorang pelajar kita wajib belajar,kita sering belajar,namun ada beberapa ketika kita diserang penyakit malas.
Malas ini amat berbahaya jika kita tidak pandai mengawalnya.Kerana apa?Kerana malas adalah antara punca umat islam lemah dan sering ditindas dan diperlekehkan oleh orang kafir.

Saya dapat simpulkan malas ada 3 peringkat:
1.Malas yang mudah dan mampu dikawal
2.Malas yang sukar tapi mampu dikawal
3.Malas yang sukar dikawal sama sekali

Peringkat malas ini mengikut individu masing-masing.Orang yang kuat hubungannya dengan Allah dan sentiasa mengharapkan keredhannya biasanya akan melalui peringkat 1 atau 2 kerana motivasinya tinggi.Manakala orang yang kurang motivasi peringkat malas boleh mencecah hingga ke peringkat 3.

Persoalannya,mengapa orang kafir atau non-muslim rajin - rajin belaka?Malah kadangkala lebih rajin daripada orang yang bertuhankan Allah.Ini kerana motivasi mereka tinggi.Mereka bertuhankan dunia dan ingin mencapai dunia hingga tahap yang paling tinggi.Dan mereka tidak mempercayai akhirat.
Akan tetapi umat islam,yang sudah tahu dunia sementara akhirat kekal selama-lamanya.Ada diantara mereka menjauhi dunia hanya mengutamakan akhirat semata-mata.Dan ramai di antara mereka lebih suka bermalas-malasan di dunia dan lupa untuk bercucuk tanam untuk akhirat.Maka,makin lemahlah umat islam.Di manakah kedudukan anda??

Umat islam yang bermotivasi tinggi akan sentiasa berusaha meraih kejayaan di dunia untuk dunia Islam,dan sentiasa beribadah untuk akhirat.Mereka ingin menjadi seperti rasulullah yang berjuang di medan jihad.Menjadi pemerintah negara Islam.Adakah rasulullah bermalasan di dunia?Adakah baginda tidak mencapai kejayaan di dunia?Rasa malas akan timbul oleh setiap manusia,akan tetapi apabila teringatkan kejayaan Rasulullah maka individu yang bermotivasi tinggi ini akan melawan rasa malasnya berusaha ke arah kejayaan.

Tips hilang rasa malas:
1.Belajar tentang sejarah rasulullah dan peroleh motivasi daripada sirah-sirah anbiya'

2.Berkawan dengan orang yang rapat hubungan dengan Allah

3.Jauhi daripada berkawan dengan orang - orang yang suka buat benda-benda lagha.

4.Letak niat kerana Allah dalam setiap perbuatan.Tidak kira kecil atau besar.Contoh 'Ya Allah aku makan cokolat ni kerana kau.Alhamdulillah sedapnya coklat ni'

ataupun

'Ya Allah aku pergi fathallah ni kerana kau agar aku dapat beli keperluan harian ku dan agar mudah aku beribadah keranaMu.

5.Talifon ayah ibu apabila lemah semangat dan rasa malas.TAPI,jangan beritahu yang kita tengah malas.Ini mungkin akan mengecilkan hati mereka.Talifon tanya khabar,bayangkan harapan mereka kepada kita.

6.Baca ayat quran dan tafsir.

7.Baca blog2 orang yang berjaya.Baca blog mengenai medik jika malas belajar.Baca blog islamic jika malas beribadah.

Rasa sampai sini sahaja saya menulis mengenai malas.Semoga kita sama-sama dapat melawan rasa malas.Jika ada sesiapa ingin menambah tentang post ini dialu-alukan.

Salam mujahadah ~sekian~