RSS Subscribe

Wednesday 8 February 2012

Luka Dipotong

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Assalamu'alaikum!

Pejam celik, pejam celik dah nak habis dah exam untuk module kali nie. Tinggal lagi satu paper je. Yesss! Yesss! Woohoooo! ^_^ Bahagia tak terkata weh. Memang seksa nak tunggu exam habis, tapi nikmat bila exam habis tue, aiseymen, Allah je yang tahu Bro. Memang sbeechless, wordless wednesday, saturated saturday. Whatever.

Cemburu kat bebudak yang dah habis exam tue toksah cakap le, sikit-sikit update Barcelona, kejap-kejap keluar gambar Eifel Tower, Luxor Aswan segala bagai. Update status pon kemain tukar bahasa. Haish. Sabor jela. Sikit je lagi, satu paper je lagi. Just one more to go... Go where? Go....aaaaaaaalllll.....!!!

Rasa macam mimpi je. Macam baru semalam je datang belajar dekat Alex. Kakak kepada mamat yang selalu duduk sebelah kanan atas sikit, dengan group belah kiri depan sikit dari tengah dah kahwin dah pon. Siap baru melahirkan seorang bayi yang sungguh kiut-miut-ciut. Padahal hari tue jumpa cakap single lagi. Melepas weh nak dapat kakak ipar cun campur solehah campur sweet campur cool campur serba serbi.

Tak tahula kenapa, tapi rasa sakit pon ade. Sakit dipotong. Dipotong oleh apakah? Apakah yang memotong?

MASA

MASA

Kita sering terpotong dan dipotong oleh masa. Sama ada kita sedar ataupun tidak. Ini hakikat. Hakikat yang sering kali kita pandang mudah. Seumpamanya masa itu kita pegang. Walhal masa itu sendiri makhluk yang sangat patuh kepada Penciptanya. Begitu jua kita, manusia-manusia yang menghirup udara a.k.a oksigen sehari-hari tanpa perlu membayar walau 1 sen adalah makluk juga. Cumanya, kita nie terlebih patuh dengan perkara yang tak perlu dipatuhi dan tak patuh langsung dengan benda yang Wajib kita patuhi.

Refleksi diri bro, kalau tak rasa dipotong, at least rasakan masakan itu bergerak. Dan kalau rasa terpotong, pastikan rasa sakit dan cari ubat untuk sembuhkan luka kene potong tu. Jangan biar bernanah, busuk, berulat, gelap, sampai kena buang bahagian luka tu.

Kalaulah kita boleh nampak masa itu memegang pedang untuk memotong kita, sah-sahlah kita akan berlari pecut tanpa henti. Kalau lari ganti-ganti pon, kita takkan sempat der nak pas-pas baton tue, kita siap tarik lagi geng kita tue untuk lari sekali dengan kita. Takut kot. Kene kejar dengan pedang. Kene jeling dengan cikgu Biochem pon cuak.

Remember. Masa itu sentiasa berjalan. Tak pernah berhenti. It never STOPS! Time doesn't sleep like we do, it doesn't stop for breaks neither for any meals. So, open our eyes, knock our heads. Time is cutting us into pieces. Shame on us.

Sangatlah perlu untuk kita meminta agar masa-masa yang kita ada nie, sentiasa diberkati oleh Allah. Sama-sama kita muhasabah diri kita. Masa yang dah berlalu yang for sure, dengan yakinnya, tiada ragu ke atasnya bahawa ianya takkan kembali, sudahkah kita ubati luka-lukanya? Atau kita sentiasa menadah anggota-anggota yang masih belum terpotong untuk dipotong? Renung-renungkan.

Masa. Ianya bukanlah makluk Allah yang biasa-biasa. Kalau tidak, masakan Allah bersumpah deminya di dalam KalamNya, Al-Qur'anul Kareem?

Masa yang diberkati itu pabila kita bisa melakukan perkara-perkara yang membawa kepada keredhaan Allah dengan kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment