p.e.r.e.m.p.u.a.n. oleh Hilal Asyraf
Perempuan. Tahukah kamu bahawa kamu itu sangat mahal? Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunia ini adalah perempuan. Percaya? Saya bukan nak main gula-gula di sini. Tetapi saya serius menyatakannya. Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunia ini adalah perempuan. Mengapa? Jika yang lelaki bertanya, saya mungkin memahami.Tetapi perempuan, jika kamu yang bertanya, maka saya kehairanan. Apakah kamu tidak tahu mengapa saya sayangi kamu? Adakah kamu tidak menyedari betapa istimewanya kamu?
Aku dari rahim seorang perempuan Kalau difikirkan semula, tiada lelaki yang dilahirkan selain dari rahim ibu melainkan Nabi Adam AS. Perhatikanlah Sultan, pemerintah, perdana menteri, laksmana, tentera, pegawai, jurutera, doktor, doktor falsafah, genius, semuanya dilahirkan dari perut seorang perempuan. Saya, dari rahim seorang perempuan juga. Tiada manusia dilahirkan hebat. Mereka semua dilahirkan sebagai manusia biasa. Tetapi biasanya manusia-manusia hebat ini mempunyai ibu yang hebat di sisi mereka. Yang mendidik dan memberikan suasana kepada mereka semenjak kecil. Mengapa pula saya tidak menyayangi perempuan? Mengapa pula saya tidak mengambil berat terhadap mereka? Dari rahim mereka lahirnya pewaris masa hadapan! Sekiranya saya membiarkan perempuan rosak, dirosakkan, merosakkan diri mereka, maka sama sahaja dengan saya membiarkan masa hadapan dunia hancur, gelap, kelam dan hitam. Jangan lupa, dari rahim perempuan juga lahirnya penderhaka, penjenayah, perogol, pencuri, yang ingkar kepada Allah, pembohong, dan banyak lagi manusia-manusia yang mencorakkan dunia dengan kehitaman. Hatta Ariel Sharon juga lahir dari perut seorang perempuan. Sekiranya perempuan yang menggendong masa hadapan dunia selama 9 bulan 9 hari ini rosak, di mana masa hadapan dunia? Mustahil saya tidak menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan yang saya inginkan, melainkan perempuan juga menyayangi diri mereka dan menjaga peribadi mereka daripada perkara yang Allah larang dan murka. |
RSS Subscribe
Saturday, 18 December 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment