Mungkin anda semua telah berada di Malaysia.Memandangkan revolusi yang berlaku di Mesir,jadi semua pelajar di Mesir dibawa pulang ke tanah
air tercinta.
Pasti ramai yang sedang memikirkan apa yang ingin dilakukan
sepanjang berada di Malaysia.
Di sini saya ada bagi beberapa cadangan agar kepulangan yang tidak dijangka anda ini tidak bosan dan terbuang begitu sahaja.
1-Ambil kesempatan ini,untuk meluangkan masa bersam keluarga.
Buat ayah dan ibu gembira dengan membantu mereka.
Ajak ahli keluarga berjalan-jalan,bermusafir melihat
kebesaran yang diciptakan Allah.Dan ambil kes
empatan juga untuk sentiasa solat berjemaah bersama mereka.
2-Baca buku-buku ilmiah .
Memang tidak dinafikan banyak buku ilmiah di Mesir,akan tetapi mampukah kita memahaminya kerana ia di dalam bahasa arab.Kalau yang memang pandai bagus lah,bagi kita yang tidak pandai bahasa arab,ambil kesempatan untuk membeli buku-b
uku ilmiah di Malaysia.
Antara buku yang dicadangkan:
i-Ingatlah Tempatmu Di Akhirat ,karya Tuan Guru Nik Aziz
ii-Nota Hati Seorang Lelaki karya Pahrol Muhammad Juoi
iii-Pemilik cintaku Setelah Allah dan Rasul karya Fatimah Syahra Mohd Nordin
iv-Denyut Kasih Medik
Banyak lagi buku-buku yang menarik yang sesuai dibaca oleh remaja seperti kita.Kepada yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur,manfaatkan bandaraya besar itu,Kerana di sana banyak kedai-kedai buku yang besar.
3-Hafal Al-Quran.
Memang ini mungkin satu cabaran.Manakan tidak,menghafal bukan satu yang mudah.Akan tetapi jika kita yakin akan pertolongan Allah,InsyaAllah seg
ala urusan akan menjadi mudah.Dan mengikut kajian,siapa yang mengahafal al-quran ia mudah untuk mem
ahami ilmu-ilmu lain.Jadi,sementara cuti apakata kita manfaatk
an masa dengan menghafal al-quran kitab yang paling sarat dengan ilmu.
4-Mengikuti perkembangan di Mesir.
Cuba mengambil tahu perkembangan di sana dengan menonton berita dan melayari internet.Walaupun Mesir bukan negara kita,akan tetapi ia adalah negara saudara seislam kita,Apatah lagi ia adalah negara empat kita menuntut ilm
u.
Memikirkan apa hikmah di sebalik revolusi yang berlaku
di sana.Hayati sejarah yang bakal berubah di sana.
5-Ikut program-program yang bermanfaat.Banyak sebenarnya program yang dapat kita ikuti,antaranya ialah:
a-kursus perkhawinan.Bukan sahaja untuk mereka yang ingin berkahwin,tetapi bagi mereka yang belum bersedia juga boleh mengikuti kursus ini sebagai ilmu tambahan atau persediaan ke arah itu.
b-buat program di sekolah lama.Bagi semangat kepada junior.Malah ia membantu meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
Rasanya ini sahaja saya mampu berkongsi dengan para pembaca di
kasihi Allah.Jangan lah membuang masa dengan melakukan sia-sia.Kehidupan di dunia sungguh sementara.Jangan terpedaya dengan hasutan syaitan yang tidak jemu-jemu ingin menyesatkan kita.Tambahla ilmu-ilmu agama sebagai bekalan untuk akhirat
.Salam sayang dari JAKSI...
No comments:
Post a Comment