RSS Subscribe

Monday, 2 May 2011

Kenapa Cinta dengan Sepenuh Hati ?


بسم الله الرحمن الرحيم




Ketika kau mencintai manusia, kau sanggup berbelanja banyak untuk menghantar SMS dan menelefon kekasih mu untuk memastikan kalian sentiasa berhubung,
Kau sanggup mengambil masa yang lama untuk
mereka ayat sebegini.


Tetapi kau tak sanggup mencintai Allah, kerana kau tidak sanggup solat lima waktu dan membaca al-Quran untuk memastikan hubungan kau dengan Allah.

Tetapi kau tidak sanggup membaca apa yang sudah tertulis.



Ketika kau mencintai manusia, kau sanggup bersengkang mata di hadapan laptop untuk berchatting dengan kekasihmu untuk memastikan kalian sentiasa berhubung,

Kau sanggup tidak tidur demi menggembirakan
kekasih hati mu.

Tetapi kau tak sanggup bersengkang mata untuk bangun awal pagi untuk bertahajjud dan bermunajat untuk memastikan hubungan kau dengan Allah.

Tetapi kau tidak sanggup tidak tidur demi menggembirakan
Tuhan yang telah menciptakan mu.



Ketika kau mencintai manusia, kau sanggup keluar bersamanya ke San Stefano mahupun restoran Mumtazah walau dalam musim peperiksaan sekalipun,


Kau sanggup keluar dengan kekasihmu dengan mencari
masa lapang di celah kesibukan.


Tetapi kau tak sanggup untuk keluar ke jalan Allah s.w.t dengan melaksanakan amar makruf nahi mungkar untuk memastikan hubungan kau dengan Allah.


Tetapi kau tidak sanggup untuk keluar ke jalan Allah,
demi menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.



Ketika kau bergaduh dengan manusia, kau akan remove dia dari senarai rakan-rakanmu sama ada di Facebook, Skype mahupun Yahoo Messenger, 

Kau sanggup remove manusia daripada senarai rakan
akibat daripada perasaan benci.

Tetapi, kau tak perlu bergaduh dengan Allah, kau telahpun membuang-Nya dari hidupmu, 

Dapatkah kau bayangkan sekiranya
 Allah membenci diri mu?




Kenapa cintamu terhadap manusia dengan sepenuh hati, sedangkan cintamu terhadap Allah seolah-olah tiada erti ?


Daripada Aisyah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. mengirimkan seseorang untuk memimpin sepasukan tentera ke medan peperangan.


Orang itu suka membaca untuk kawan-kawannya dalam solat mereka dengan Qulhu Wallahu Ahad sebagai penghabisan bacaannya. (Maksudnya, setelah membaca Al-Fatihah lalu dibaca surah lain, kemudian dibaca surah Al-Ikhlas)


Setelah mereka kembali, hal itu mereka sampaikan kepada Rasulullah s.a.w., lalu beliau bersabda:


"Cuba tanyakanlah pada orang itu, mengapa melakukan yang semacam itu?"


Mereka semua bertanya padanya, kemudian orang itu menjawab:


"Sebab itu adalah sifatnya Allah yang Maha Penyayang, maka dari itu saya suka membacanya."


Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w. (setelah diberitahu jawapan orang itu):


"Beritahukanlah padanya bahawasanya Allah Ta'ala mencintainya."


(Muttafaq 'alaih)

p.s: Cinta siapakah yang ingin kau rebut?


والله أعلم

5 comments: