RSS Subscribe

Thursday, 11 August 2011

Apa Berbeza Sangat? /Ramadhan pt. 2


بسم الله الرحمن الرحيم
Masa: 1 pagi.
Hari : Jumaat.
Tarikh : 12 August 2011 / 12 Ramadhan 1432

Penulis sedang bersiap-siap mengemas barang untuk berangkat ke suatu tempat.
Tempat apa? Tidak akan penulis ceritakan di sini, cuma yang pasti, masih di dalam Mesir :)

Sebenarnya ramai yang tertanya-tanya, apa bezanya ramadhan di Mesir, dan ramadhan di 
Malaysia?
Jadi untuk menunaikan janji penulis pada entry yang lepas, akan penulis ceritakannya di sini.

1. Jemaah solat tarawih yang ramai, seperti solat jumaat, atau mungkin lebih ramai !

Kadang-kadang di Malaysia, surau-surau kecil pun
tak penuh, kan ?

Sabda Rasulullah s.a.w:

“مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.”
“Sesiapa mengerjakan sembahyang malam dalam bulan Ramadhan,  sedang ia beriman serta mengharapkan rahmat Allah Taala, maka ia akan diampunkan dosanya yang telah lalu”
Tapi kita lebih suka untuk makan, makan dan makan, kemudian tengok TV, online atau bersembang sembang selepas berbuka. Solat Isha' pun di rumah sahaja, kan ? 


2. Pembaca al-Quran di merata-rata tempat ! Boleh nampak perubahan yang mendadak ! :D


Boleh nampak macam ni di Malaysia ?

Dari Ibn Mas'ud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: 



" Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tidap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan 'Alif Lam Mim ' satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf"

Tapi kita lebih suka untuk duduk duduk, tonton TV, keluar dengan kekasih haram dan sebagainya daripada membuka naskhah al-quran yang dah berhabuk tu, kan ? 


Malah, apabila ada yang membuka al-Quran, mulalah perli,
"Eh semangat Ramadhan ke kau ni Mat? Tak pernah pernah aku tengok kau bawak al-Quran tu merata"
Sedangkan diri sendiri baru khatam al-Quran sekali masa darjah lima, itupun sebab mak paksa pergi kelas mengaji.



3. Ramai memberikan kepada orang fakir miskin makanan percuma untuk berbuka.


Ini bukan restoran, ini di tepi-tepi jalan raya,
khas buat mereka yang memerlukan.


Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, 
Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. (At-Tirmidzi)


Sedangkan penulis sendiri telah dipanggil untuk makan bersama nasi dan daging kambing di masjid yang berdekatan dengan rumah. Selepas solat Maghrib, penulis sedang duduk duduk sambil berwirid di dalam masjid tersebut, setelah beberapa ketika, ada seorang jemaah yang memanggil penulis,
"wahai saudaraku, mari makan"

Alhamdulillah, mereka melayan penulis dengan sangat baik. Mereka kerap kali mengasingkan daging kambing yang telah dicampurkan ke dalam nasi tersebut dan memberikannya kepada penulis. Ada pula seorang jemaah yang agak berusia, menyuapkan daging kambing tersebut ke dalam mulut penulis. Sungguh, mereka sangat memuliakan orang yang makan bersama mereka.



Tapi di Malaysia, mungkin perkara ini masih di anggap janggal dan makanan makanan percuma ini hanya boleh didapati di dalam masjid sahaja. 


Inilah sedikit sebanyak pengalaman penulis yang penulis anggap berbeza dengan suasana Ramadhan di Malaysia.
Jadi, sampai di sinilah tulisan penulis pada Ramadhan kali ini. InshaAllah, kita akan bertemu pada Ramadhan akan datang, sekiranya Allah s.w.t masih memberikan umur dan nikmat Islam ini kepada kita.


Penulis ingin sambung mengemas barang kerana esok penulis akan bertolak keluar dari Iskandariah untuk ke muhafazah lain.

Doakan perjalanan penulis dan rakan-rakan kita sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah s.w.t





No comments:

Post a Comment