RSS Subscribe

Sunday, 29 May 2011

Si Firaun Kecil

Bismillah...


Semua kenal Firaun tak?


Mesti kenal kan...kalau tak kenal,tak duduk mesir namanya.


Sahabat semua mesti sudah tahu mengenai cerita Firaun.Cerita mengenai Firaun yang ditenggelamkan di dalam laut.Cerita Firaun yang membunuh semua kanak-kanak lelaki.Cerita mengenai keangkuhannya menentang seruan  Nabi Musa.








So,kali ini tak nak cerita pasal Firaun Mesir tapi nak cerita pasal Firaun kecil.Kenal tak siapa dia Firaun kecil ni?


Firaun Kecil...(jom kenal dia melalui pantun)

Azan bergema di malam hari
Solat Isya' wajib ditunaikan
Firaun kecil sedang menyanyi
Akademi Fantasia tidak mahu dilepaskan




Handphone berbunyi tanda sms 
Girlfriend sedang tunggu di depan kelas
Rasa diri dah macho habis
Ada makwe first class


Jalan bersama menuju ke shatby
Begelak ketawa beramah mesra,
Makwe memakai baju yang seksi
Leka si firaun tuhan sedang murka





Seorang ustaz memberi nasihat
Firaun kecil tetap dengan egonya
Maki si firaun kepada si ustaz
Tenang si ustaz yakin dengan Tuhannya.



Marah rasa bila terasa
Gembira rasa bila bersama
Hidup ini hanya sementara
Dunia ni bukan kau yang punya.



Aurat perempuan tutup semua
Ada kelonggaran muka dan tapak tangan
Tapi dia peduli apa
Yang penting nampak menawan



Allah suruh ada hikmahnya
So jangan sombong sahabat2
Bila Allah dah murka
Tiada apa yang lagi hebat.




Dah kenal siapa Fiaraun Kecil.
Dia mewarisi sifat Firaun yang sombong...antaranya:



  • Allah dah panggil solat dia buat dek...je
  • Allah kata la takrabu zina...dia degil,,,nak couple juga
  • Orang nasihat tak mau ikut..macam firaun tak mau ikut seruan nabi Musa
  • Aurat Allah suruh tutup,tak nak tutup,terbuka sana terbuka sini

Niat hati bukan nak perli atau tuju dekat siapa2.Kita ni insan.Sifat kita ialah lupa.So,sama2 lah ingatkan diri dan sahabat2 di sekeliling kita.


Wallahualam..





Monday, 23 May 2011

Jom jadi baik

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemuarah...

Sahabat yang dikasihi sekalian,seringkali kita terlupa untuk mengatakan insyaAllah dalam perbuatan yang kita tidak pasti akan kita buat ataupun tidak.Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita.





Sebagai seorang muslim,kita perlu menjadikan sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara adalah ibadah.

Kehidupan kita tidak sama dengan mereka.Pemikiran,akidah dan perbuatan seorang muslim tidak sama dengan orang kafir.

                                                  jika   mereka                                kita...


Muslim tidak akan mengambil ringan dalam sesuatu perkara.Baginya setiap perbuatan adalah ibadah.

Jika nampak kemungkaran ditegur atau dihalang,jika nampak sesuatu kebaikan dilakukan dan dikongsi.Itulah seorang muslim.



Masanya teratur,dirinya dimanfaatkan untuk islam.Carilah perkara yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.Dan lakukanlah perkara itu selagi ia tidak menyalahi syariaat.



Muslim soleh menjadi Alquran sebagai panduan,menjadikan solat sebagai teman juga menjadikan puasa sebagai kekuatan.Doa sebagai senjata.



Sahabat yang dikasihi sekalian,
Sama-samalah kita melakukan amar ma'ruf nahi mungkar.Terutamanya kepada diri kita sendiri.Ajaklah diri sendiri melakukan kebaikan dan halanglah diri daripada melakukan kemungkaran.

P/s:Post kali ini berbentuk nasihat.


Thursday, 19 May 2011

Kamu, maafkanlah aku ya?


بسم الله الرحمن الرحيم


Kamu, ingat tak hari tu?

Hari di mana aku mula-mula mengenali kamu,
Ya, aku cuma kenal kamu di Facebook.
Apabila kamu bertanya, aku menjawab, "Sebab kamu kan kawan kuliah saya, saya tak ada niat lain pun."


Ingatkah kamu ketika aku add kamu di Facebook?

Tapi, kamu ingat tak apa yang aku buat dengan akaun Facebook kamu?
Ya, aku selalu post di wall kamu dan bertanya khabar.
Ya, aku selalu post di wall kamu dan berbuat kosong denganmu.
Aku menganggap kamu lebih dari kawan kuliah ku.

Maafkan aku, aku telah menipu diri kamu.




Kamu, ingat tak hari tu?

Hari di mana aku meminta nombor telefon kamu,

Ya, aku cuma meminta nombor telefon kamu melalui chatbox di Facebook.
Apabila kamu bertanya, aku menjawab, "Sebab nanti mudah kalau ada apa-apa yang penting."


Ingatkah kamu ketika kita berbual dan bergelak ketawa?


Tapi, kamu ingat tak apa yang aku buat dengan nombor telefon kamu?

Ya, aku selalu menghantar SMS kepada kamu dan bertanya apa yang sedang kamu lakukan.
Ya, aku selalu menelefon kamu dan berbual dengan kamu untuk mendapat sedikit keseronokan.
Aku tidak pernah menelefon kamu atas dasar perkara yang penting.

Maafkan aku, aku telah menipu diri kamu.




Kamu, ingat tak hari tu?


Hari di mana aku meminta ID skype kamu,
Ya, aku meminta ID skype kamu hanya melalui telefon,
Apabila kamu bertanya, aku menjawab, "Senang sikit la nanti kita nak bincang pasal assignment."


Ingatkah kamu ketika aku membuat panggilan video di Skype?


Tapi, kamu ingat tak apa yang aku buat dengan ID Skype kamu?

Ya, aku selalu chat dengan kamu melalui Skype sehingga lewat malam.
Ya, aku selalu membuat panggilan video kepada kamu untuk melihat wajahmu.
Aku hanya berbincang mengenai assignment sebulan sekali, selebihnya hanya berbual kosong.


Maafkan aku, aku telah menipu diri kamu.




Kamu, aku yang bersalah,
Aku telah menipu dirimu,

Aku telah mengutamakan kamu, bukannya Allah,
Dan aku telah pun menghampiri zina ketika bersama kamu,

Kerana seperti firman Allah s.w.t Yang Maha Menciptakan;


"dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan keji dan sesuatu jalan yang buruk”(Surah al-isra’ : 32)

Izinkan aku berhenti daripada berhubung denganmu,
Sekiranya sudah sampai masanya, 
Izinkan aku untuk melamar kamu untuk menjadi pasangan hidupku yang sah di sisi agama,


Aku ingin menjadi penyarung cincin di jarimu.



Kerana seperti sabda Rasulullah s.a.w:
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah).

Semoga Allah redha dengan keputusan aku ini, 
Kamu, maafkanlah aku ya?



والله أعلم



Tuesday, 17 May 2011

malu itu perlu.


assalamualaikum w.b.t

semua manusia perlu MALU.
dengan MALU manusia hidup bahagia.

bahagia kerana apa?
bahagia kerana tiada manusia lain yang merosakkan mata-mata manusia lain.
bahagia kerana semua manusia hidup dalam keadaan amar makruf nahi mungkar.



semua orang bahagia.
semua orang selesa.
kalau diizinkan rasulullah itu hadir di mata manusia ketika ini,
alangkah bahagianya.

alangkah seronoknya.
tanpa perlu sorok-sorok maksiat itu.
kerana semua hidup berlandaskan amar makruf nahi mungkar.
dengan sebab MALU manusia menjauhi maksiat.

MALU kepada Tuhan mereka.
MALU kepada malaikat yang mencatit amalan mereka.
MALU kepada makhluk ALLAH lain yang memerhatikan mereka dari jauh.

Nabi SAW bersabda bermaksud: “Apabila seorang itu terbabit dengan perzinaan, dia bukan lagi beriman, apabila seseorang itu mencuri, dia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak, dia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyeleweng selepas diberi amanah oleh orang lain, dia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang di antara kamu menipu, dia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah.”

kenapa kita tak seperti mereka.
MANA MALU kita?
sudah tersorok didalam mi bandung
atau barangkali tersesat dalam laut merah bersama geng firaun?

Daripada Abi Mas'ud al-Badri berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya di antara ucapan kenabian pertama (Adam) yang didapati manusia (daripada generasi ke generasi) adalah, “Jika engkau tidak malu maka perbuatlah apa yang engkau inginkan.” (Hadis riwayat Bukhari)

manusia itu sudah tidak malu.
mengalahkan kucing-kucing bercouple.
mengalahkan kucing-kucing yang free hair.
mengalahkan kucing-kucing yang tak pernah dye bulu mereka.
mengalahkan kucing-kucing mengawan di tepi jalan.



Hadis Nabi SAW ada menyatakan bahawa: “Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak.” (Hadis riwayat Baihaqi)

Maksud hadis itu ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu.

MALU seorang lelaki atau wanita itu datang daripada sifat malu kerana takut kepada Allah.
“Setiap agama mempunyai kriteria dan kriteria (agama) Islam adalah sifat malu.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)



what could we conclude here : 

MALULAH anda manusia!

Sunday, 15 May 2011

Surat untuk Kau, Wahai Wanita


بسم الله الرحمن الرحيم

Kau pernah lihat bagaimana orang Mesir memandang wanita Malaysia?



Terjemahan dari bahasa Arab:

"Orang Malaysia, terutama nya akhwat memang cantik"
- Pemandu teksi

Pernahkah kau terfikir bagaimana pemandu teksi melihat diri kau?


"Tolong ajarkan aku, macamana nak cakap 'Kau sungguh cantik' dalam bahasa Malaysia?"
- Penjual roti di Ibrahimiyyah

Pernahkah kau terfikir bagaimana penjual roti ini
memandang diri kau ?


"Wanita Malaysia mudah untuk didekati tak?"
- Seorang pelajar Arab di Kuliyyah Tibb


Hinggakan ada suatu ketika, seorang pelajar (ikhwah) Malaysia berada di Ibrahimiyyah menceritakan; 


Dia sedang bersembang dengan rakannya yang berwarganegara Mesir,
Tiba-tiba ada seorang pelajar (akhawat) Malaysia yang melintasi di hadapan mereka,

"Mata kawan Arab aku tu, tak berkelip, dia tenung je akhawat tu atas bawah, sampai la dia hilang dari pandangan"
- Izzat (bukan nama sebenar)


Bolehkah kau bayangkan sekiranya kau berjalan bersendirian di malam hari,
Melintasi sekumpulan remaja yang sibuk menghisap shisha,
Mahupun warga tua yang sedang seronok menikmati syai,

Bolehkah kau bayangkan bagaimana mereka akan memandang diri kau?


Pernahkan kau terfikir bagaimana mereka memandang diri kau?




Bolehkah pula kau bayangkan sekiranya mereka mengikuti kau pulang ke rumah secara senyap-senyap?

Ataupun mereka meragut barang-barang kau yang berharga ?

Jadi para wanita sekalian; ingin saya ingatkan sekali lagi,
Janganlah terlalu sombong untuk meminta pertolongan musyrif.



Kalian tidak pernah akan menjadi beban buat kami, para musyrif.
Bahkan kami akan sentiasa bersenang hati untuk membantu kalian,
Kerana kami yakin dan pasti dengan janji Allah yang akan membalas akan setiap kebajikan yang kami lakukan.


Sebelum saya akhiri surat ini, terimalah;

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: 



"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi) 



Yang benar,
Musyrif Ikhlas.

nota: Diadaptasi dari kisah benar yang berlaku di Iskandariah

والله أعلم

Saturday, 14 May 2011

TIADA ESOK BAGIKU

"Bi,you kat mana?I dah lama tunggu you.You kata nak balik rumah sama-sama,"suara manja elli di talifon bimbit kedegaran jelas merajuknya.



"I on the way ni,cuba tengok belakang," Jo membalas sambil mencuit pinggang teman wanitanya itu.

"Jom pergi makan dekat Coffe Rostery,dah lama kita tak ke sana,asyik makan dekat kedai indon jek.Lepas exam ni,nak release2 kan tension.Kita pergi ambil duit dekat HSBC pastu kita gi sana.Ok tak bi?"elli memberi cadangan.

Sudah lebih setahun hubungannya dengan Jo.Dia sangat selesa bersama dengannya.Entah mengapa dia rasa sayang sangat dengan insan benama Johan ini,rupa tiada yang ada hanya cinta.



Elli dibesarkan dalam keluarga yang islamik.Dia menamatkan persekolahannya di salah sebuah sekolah agama di negeri Kelantan.Dengan keputusan yang cemerlang dalam SPM,dia berjaya menyambung pelajaran dalam jurusan medik di Mesir.Cita-citanya sebenarnya ingin menyambungkan pelajaran di UK,apakan daya rezekinya di Mesir.Sebelum ke Mesir dia berjanji dengan ayah dan ibunya untuk menjaga akhlak dan imannya.

Entah mengapa,tiba di Mesir jiwanya kosong.Lebih-lebih lagi apabila jauh dari keluarga dan berkawan dengan kawan-kawan yang tidak mampu membimbingnya ke jalan yang benar.Akhirnya dia mencari seorang lelaki untuk mengisi jiwanya yang kosong.

Sudah banyak kali dia ditegur oleh rakan-rakannya tentang keakrabannya dengan bukan muhrim yang benama Jo itu.Tetapi dia ambil endah tidak endah.Baginya,dia ada masa untuk bertaubat.Dan dia baginya Allah Maha Pengampun.Dan dia merasakan umurnya masih muda.


"Bi,you sayang I x?You sayang I banyak ke sikit?" Elli menyoal kekasihnya.

"Mestilah I sayang You.I sanggup mati demi you" Jo membalas. "Lepas kita makan ni I belanja you tengok wayang,cerita 


Jo merupakan seorang yang peramah.Dia berambut panjang,berwajah bengis,tetapi mulutnya sangat manis apabila berkata-berkata.Keluarganya tidak berlatar belakang islamik.Ayah dan ibunya sudah bercerai.Dia dibesarkan oleh neneknya di kamung.Dia juga bercita-cita ingin menjadi seorang doktor,dan sedang menyambung pembelajarannya dalam bidang perubatan di Mesir.Di sinilah dia bermula kenal dengan Elli.Seorang gadis comel,bergaya dan manja.Mampu menawan hati mana-mana jejaka.Dia rasa bertuah kerana antara ramai - ramai lelaki,dia menjadi tumpuan gadis manja ini.

Selama hubungannya dengan Elli,dia tidak pernah cuba mengambil kesampatan terhadap gadis ini.Pernah juga dia ingin memegan tangannya,akan tetapi Elli cuba menepis.Dan semenjak itu dia tidak pernah mencuba lagi.Dia ingin mencubanya hari ini.

Dalam perjalanan ke panggung wayang,Jo cuba memimpin tangan Elli.
Elli tidak menepis,malah mengeratkan lagi tangannya.



Mereka berjalan berpimpinan tangan.Syaitan berjaya menghasuti mereka.

'Yes,berjaya juga aku akhirnya'kata hati Jo.

"Bi you pergi beli tiket dulu,I nak beli pop corn sekejap"Elli memberi arahan.


Sedang dia melintas jalan,tiba-tiba sebuah teksi meluncur laju entah dari mana melanggarnya.Dia tercampak 10 meter.Kepalanya berdarah,dia merasa amat sakit.Pandangannya menjadi hitam.

Dia ternampak bayang-bayang putih seakan-akan malaikat.

Segala badannya amat sakit dan pedih.Kini dia sedang berhadapan dengan maut.Tiada kesempatan baginya bertaubat.Segalanya sudah terlambat.....




Buat sahabat-sahabat,ambil lah iktibar dari cerita ini.Kematian merupakan satu kepastiaan.Kematiaan akan datng pada bila-bila masa.Oleh itu,sentiasalah bersedia akan kedatngannya.

Allah berfirman:

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Al-Imran: 185)


Monday, 2 May 2011

Kenapa Cinta dengan Sepenuh Hati ?


بسم الله الرحمن الرحيم




Ketika kau mencintai manusia, kau sanggup berbelanja banyak untuk menghantar SMS dan menelefon kekasih mu untuk memastikan kalian sentiasa berhubung,
Kau sanggup mengambil masa yang lama untuk
mereka ayat sebegini.


Tetapi kau tak sanggup mencintai Allah, kerana kau tidak sanggup solat lima waktu dan membaca al-Quran untuk memastikan hubungan kau dengan Allah.

Tetapi kau tidak sanggup membaca apa yang sudah tertulis.



Ketika kau mencintai manusia, kau sanggup bersengkang mata di hadapan laptop untuk berchatting dengan kekasihmu untuk memastikan kalian sentiasa berhubung,

Kau sanggup tidak tidur demi menggembirakan
kekasih hati mu.

Tetapi kau tak sanggup bersengkang mata untuk bangun awal pagi untuk bertahajjud dan bermunajat untuk memastikan hubungan kau dengan Allah.

Tetapi kau tidak sanggup tidak tidur demi menggembirakan
Tuhan yang telah menciptakan mu.



Ketika kau mencintai manusia, kau sanggup keluar bersamanya ke San Stefano mahupun restoran Mumtazah walau dalam musim peperiksaan sekalipun,


Kau sanggup keluar dengan kekasihmu dengan mencari
masa lapang di celah kesibukan.


Tetapi kau tak sanggup untuk keluar ke jalan Allah s.w.t dengan melaksanakan amar makruf nahi mungkar untuk memastikan hubungan kau dengan Allah.


Tetapi kau tidak sanggup untuk keluar ke jalan Allah,
demi menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.



Ketika kau bergaduh dengan manusia, kau akan remove dia dari senarai rakan-rakanmu sama ada di Facebook, Skype mahupun Yahoo Messenger, 

Kau sanggup remove manusia daripada senarai rakan
akibat daripada perasaan benci.

Tetapi, kau tak perlu bergaduh dengan Allah, kau telahpun membuang-Nya dari hidupmu, 

Dapatkah kau bayangkan sekiranya
 Allah membenci diri mu?




Kenapa cintamu terhadap manusia dengan sepenuh hati, sedangkan cintamu terhadap Allah seolah-olah tiada erti ?


Daripada Aisyah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. mengirimkan seseorang untuk memimpin sepasukan tentera ke medan peperangan.


Orang itu suka membaca untuk kawan-kawannya dalam solat mereka dengan Qulhu Wallahu Ahad sebagai penghabisan bacaannya. (Maksudnya, setelah membaca Al-Fatihah lalu dibaca surah lain, kemudian dibaca surah Al-Ikhlas)


Setelah mereka kembali, hal itu mereka sampaikan kepada Rasulullah s.a.w., lalu beliau bersabda:


"Cuba tanyakanlah pada orang itu, mengapa melakukan yang semacam itu?"


Mereka semua bertanya padanya, kemudian orang itu menjawab:


"Sebab itu adalah sifatnya Allah yang Maha Penyayang, maka dari itu saya suka membacanya."


Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w. (setelah diberitahu jawapan orang itu):


"Beritahukanlah padanya bahawasanya Allah Ta'ala mencintainya."


(Muttafaq 'alaih)

p.s: Cinta siapakah yang ingin kau rebut?


والله أعلم