بسم الله الرحمن الرحيم
Ketika kau mencintai manusia, kau sanggup berbelanja banyak untuk menghantar SMS dan menelefon kekasih mu untuk memastikan kalian sentiasa berhubung,
![]() |
| Kau sanggup mengambil masa yang lama untuk mereka ayat sebegini. |
Tetapi kau tak sanggup mencintai Allah, kerana kau tidak sanggup solat lima waktu dan membaca al-Quran untuk memastikan hubungan kau dengan Allah.
![]() |
| Tetapi kau tidak sanggup membaca apa yang sudah tertulis. |
Ketika kau mencintai manusia, kau sanggup bersengkang mata di hadapan laptop untuk berchatting dengan kekasihmu untuk memastikan kalian sentiasa berhubung,
![]() |
| Kau sanggup tidak tidur demi menggembirakan kekasih hati mu. |
Tetapi kau tak sanggup bersengkang mata untuk bangun awal pagi untuk bertahajjud dan bermunajat untuk memastikan hubungan kau dengan Allah.
![]() |
| Tetapi kau tidak sanggup tidak tidur demi menggembirakan Tuhan yang telah menciptakan mu. |
Ketika kau mencintai manusia, kau sanggup keluar bersamanya ke San Stefano mahupun restoran Mumtazah walau dalam musim peperiksaan sekalipun,
| Kau sanggup keluar dengan kekasihmu dengan mencari masa lapang di celah kesibukan. |
Tetapi kau tak sanggup untuk keluar ke jalan Allah s.w.t dengan melaksanakan amar makruf nahi mungkar untuk memastikan hubungan kau dengan Allah.
![]() |
| Tetapi kau tidak sanggup untuk keluar ke jalan Allah, demi menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. |
Ketika kau bergaduh dengan manusia, kau akan remove dia dari senarai rakan-rakanmu sama ada di Facebook, Skype mahupun Yahoo Messenger,
![]() |
| Kau sanggup remove manusia daripada senarai rakan akibat daripada perasaan benci. |
Tetapi, kau tak perlu bergaduh dengan Allah, kau telahpun membuang-Nya dari hidupmu,
![]() |
| Dapatkah kau bayangkan sekiranya Allah membenci diri mu? |
Daripada Aisyah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. mengirimkan seseorang untuk memimpin sepasukan tentera ke medan peperangan.
Orang itu suka membaca untuk kawan-kawannya dalam solat mereka dengan Qulhu Wallahu Ahad sebagai penghabisan bacaannya. (Maksudnya, setelah membaca Al-Fatihah lalu dibaca surah lain, kemudian dibaca surah Al-Ikhlas)
Setelah mereka kembali, hal itu mereka sampaikan kepada Rasulullah s.a.w., lalu beliau bersabda:
"Cuba tanyakanlah pada orang itu, mengapa melakukan yang semacam itu?"
Mereka semua bertanya padanya, kemudian orang itu menjawab:
"Sebab itu adalah sifatnya Allah yang Maha Penyayang, maka dari itu saya suka membacanya."
Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w. (setelah diberitahu jawapan orang itu):
"Beritahukanlah padanya bahawasanya Allah Ta'ala mencintainya."
(Muttafaq 'alaih)
p.s: Cinta siapakah yang ingin kau rebut?
والله أعلم







terbaik !
ReplyDeleteentry yg sgt bgus.
ReplyDeletetabarakallah!
ReplyDeletekenapa dan kenapa??
ReplyDeletemuhasabah diri sentiasa,insyaAllah:)
terasa sikit. thumbs up :)
ReplyDelete