RSS Subscribe

Monday, 1 August 2011

Serius BEST ! /Ramadhan Pt. 1


بسم الله الرحمن الرحيم

Masa: 10:30 malam.
Hari : Ahad.
Tarikh : 31 July 2011 / 1 Ramadhan 1432


Penulis baru pulang dari Solah Tarawih tadi di Masjid Sahabat di Kubri Gamaah.
Pendapat penulis ?

"Tak pernah duduk Mesir time Ramadhan, tu yang excited macam apa tuh"
Ya, memang penulis tak pernah pergi Mesir time Ramadhan. Tapi bukan tu sebab penulis excited sangat ni !

Sebab nya ?
Akan diceritakan pada Part 2 nanti inshaAllah, sebelum penulis ceritakan, baiklah kalian rasa sendiri dulu :)

Tapi,
Masa Tarawih pertama tadi. Siapa yang pergi ?
Takkan Tarawih dekat rumah je kan?
Atau ada yang dah tidur lepas solat Isha' ?




Bila lagi nak merasa solat panjang panjang macam ni? 
Agak-agak Ramadhan lepas ni ada lagi tak?


Tak lupa juga, Ramadhan ni, segala amalan berlipat kali ganda dapat ganjaran dari Allah.

Takkan tak nak, kan ?
Kenapa tak nak? Dah rasa macam banyak pahala confirm masuk syurga ye?


Rebut lah peluang ni :)


Siapa yang tak pernah Tarawih dengan Masriyyin lagi? Boleh datang Gami' Ibrahim. Paling popular di Alex, dengan bacaan-bacaan dari Imam-imam seperti Syeikh Hatem yang sangat menyentuh qalbu. Boleh menangis dibuatnya.

"Bajet lah kau, nak menangis, tak cukup jantan la"

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:


 Api neraka diharamkan ke atas dua jenis mata. Pertama, mata yang menangis kerana takut kepada Allah. Kedua, mata yang berjaga malam untuk memelihara Islam dan umat Islam daripada serangan orang2 kafir.


Betul ni tak nak menangis? ;)


والله أعلم

p.s: nantikan Ramadhan Pt. 2 untuk mengetahui keseronokan Tarawih di Mesir

1 comment:

  1. suasana ramadan di mesir memang berbeza dgn malaysia

    ReplyDelete