RSS Subscribe

Saturday 15 October 2011

Setiap Pengakhiran Adalah Permulaan

Bismillah...

Alhamdulillah semua telah kembali menyibukkan diri menuntut ilmu setelah hampir 2 bulan cuti sempena musim panas.Ada yang pulang ke Malaysia menyambut hari raya di sana,dan ada juga teruja menyaksikan sendiri budaya arab menikmati hari raya.Kini semuanya telah berakhir.Dan semester baru sudah seminggu bermula.





Setiap pengakhiran adalah permulaan...

Sebagai hamba Allah,setiap yang berlaku pada diri kita perlu diambil iktibar.Tidak kira baik atau buruk.Hatta setiap suapan makanan yang kita makan perlu disyukuri,dinikmati serta dihayati dengan keimanan.Bayangkan jika kita sakit perut,seperti Anorexia (hilang selera makan),diarrhea dan gastric,mampukah kita menikmatinya walaupun satu suapan?

Syukurilah nikmat dan kurniaan Allah dengan cara sebaiknya.



APAKAH MASALAH UTAMA YANG SERING BERLAKU PADA PERMULAAN SEMESTER?

Mengikut pendapat penulis yang dangkal ini dan mengikut pengalaman setahun jagung apabila permulaan semester setelah lama bercuti,pelajar masih terbawa-terbawa aktiviti-aktiviti yang dilakukan semasa cuti yang lepas.


Sekiranya cuti yang lepas mereka sering menonton cerita korea,maka mereka akan tercari-cari cerita korea yang baru untuk ditonton walaupun sudah sebulan kelas bermula.


Super Junior jadi peneman bosan???



Sekiranya juga mereka melayan permainan computer ketika cuti,maka mereka akan asyik bermain selepas tamat kelas tanpa mengulang kaji pelajaran.

Zaman ini sudah tamat...


TAPI


Yang bagus akan sikap ini ialah,sekiranya pada cuti mereka mengisi masa mereka dengan kelas tafakuh,berusrah (smart circle),dan sentiasa membaiki mutu iman mereka,maka walaupun semester  sudah bermula mereka tetap mencari-cari ilmu agama dan fardu ain yang dipelajari semasa cuti tanpa mengabaikan pelajaran.







Sekiranya semasa cuti mereka sibuk dengan kerja-kerja berpersatuan,maka semasa kelas bermula,walaupun masa hanya terbatas,mereka sanggup korbankan masa rehat mereka untuk kerja berpersatuan.






Di sini kita dapat lihat setiap manusia diberi nikmat yang sama oleh Allah Taala,namun masing-masing tidak sama cara menikmatinya.


Bagi mereka yang masih dalam mood cuti,sedarlah bahawa nikmat cuti yang diberikan Allah adalah untuk kita mengambil iktibar bukan untuk berfoya-foya.Masih belum terlambat bagi anda menyedarinya.
Allah masih beri kalian peluang nikmati nikmat diberikanNya.Oleh itu,nikmatilah dengan cara yang disukai Allah...

Wassalam..

No comments:

Post a Comment