RSS Subscribe

Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Tuesday, 14 February 2012

♥ Valentine's Day ♥ Adakah dibenarkan dalam Islam? ♥


Hari ni 14 Februari 2012. Tarikh ni sering dikaitkan dengan sejenis perayaan yang dinamakan Hari Kekasih atau Valentine’s Day. Mungkin ramai di kalangan kita yang masih belum mengetahui akan kisah sebenar dan sejarah di sebalik perayaan yang ditunggu-tunggu oleh pasangan kekasih saban tahun. Tak kurang yang tahu tapi buat-buat tak tahu, suka mengambil ringan sesuatu yang boleh dikategorikan sebagai ‘berat’.

Bersempena dengan hari ini, apa kata kalau kita baca, teliti, dan fahami cerita sebenar di sebalik perayaan ini. Artikel ini saya ambil dari sumber yang boleh dipercayai. Selamat membaca!

Pendahuluan

Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai di kalangan masyarakat kita khususnya generasi muda, sekitar akhir tahun 1980-an kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada cetak mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada orang yang dicintai atau dikasihi.

Antara contoh-contoh sambutan yang diadakan adalah melalui program TV yang ditayangkan atas nama “Valentine’s Special”. Di samping itu, jika kita tinjau persiapan yang dilakukan oleh golongan yang meraikannya, didapati mereka sibuk memilih kad-kad ucapan Hari Kekasih, menempah cenderahati, jambangan bunga dan tempahan untuk makan malam bagi merayakan hari tersebut bersama pasangan masing-masing. Pihak hotel pula menawarkan pakej-pakej istimewa seumpama ‘Makan Malam Hari Kekasih atau Hidangan Makan Malam Romantik’ dan sebagainya yang mempunyai tujuan untuk menyambut Hari Kekasih.

Namun, apa yang membimbangkan sejak kebelakangan ini ialah pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasang-pasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.


Sejarah Permulaan Valentine’s Day

Kebanyakan masyarakat khususnya generasi muda pada hari ini, hanya mengikut apa sahaja yang datang dari barat tanpa mahu mempersoalkan sama ada Valentine’s Day wajar disambut ataupun tidak. Sebenarnya, Valentine’s Day mempunyai hubungan yang rapat dengan sejarah, tradisi dan ajaran Kristian. Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Valentine’s Day :

i. Valentine’s Day bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

ii. Pendapat kedua menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

iii. Pendapat ketiga mengatakan Valentine’s Day diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Hujjah dan Dalil

Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;


Bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(al-Kafirun ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal ini melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, budaya dan amalan meraikan Valentine’s Day adalah dilarang sama sekali oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian serta amalannya yang bercampur baur dengan maksiat. Di dalam Islam, usaha untuk memupuk kasih sayang tidak semestinya dilakukan hanya pada hari tersebut sahaja kerana cinta merupakan satu proses yang berpanjangan dan berterusan sehingga seseorang menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Keputusan

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa :
“Amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.

Renung-renungkan dan selamat beramal! ^_^

Sunday, 29 January 2012

Dirikan solat Subuh berjemaah




Mari kita bayangkan kebarangkalian berlakunya satu situasi ini dalam kehidupan seharian.
‘Kokkokkokkok… Kokkokkokkok…’
Arghhh, kebencian sangat menebal dalam diri mendengarkan jam loceng berbunyi sekuat hati. Jam ku gapai menunjukkan jam 5 pagi. Di Mesir kala musim sejuk, inilah masa yang paling sesuai untuk bangkit bersiap menunaikan solat Subuh. Kepenatan masih terasa di urat-urat badan dan aku memutuskan untuk tidur kembali. Aku tak punya kekuatan untuk bangkit. Tiba-tiba, kedengaran pengumuman mengatakan 1000 dinar akan diberikan oleh utusan raja bagi sesiapa yang menunggu di luar kawasan rumahnya sekarang.
Tanpa berlengah, kepenatan hilang dan aku berlari sekuat tenaga ingin mengambil ganjaran yang diberikan. Kata utusan raja, ‘Sekiranya esok dan hari-hari kemudiannya engkau menunggu di tempat yang sama pada waktu yang sama, ganjaran yang sama akan diberikan setiap hari’. Aku berada di awangan. Selamanya takkan aku lupa dan lalai untuk mengutip ganjaranku setiap pagi. Oh ironinya, diri akukah itu?
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak.” (HR Bukhari dan Muslim)
Untuk merangkak mendapatkan 1000 dinar, tak kuasa aku melakukannya. Menjatuhkan air muka sahaja. Lainlah sekiranya raja memberikan jutaan dinar, baruah berpatutan untuk aku merangkak mendapatkannya. Subhanallah. Namun kekasih junjungan mengatakan kita akan merangkak untuk mengerjakan solat Subuh sekiranya kita tahu ganjarannya. Bayangkan betapa hebatnya solat Subuh berjemaah sehingga kita boleh mendapatkan ganjaran sedemikian bukan sekali dalam satahun tetapi setiap hari selagi nyawa dikandung badan.
Hadis Rasulullah s.a.w juga telah mengatakan bahawa solat Subuh berjemaah ini menjadi garis pemisah antara sifat sebenar orang mukmin dan orang munafiq. Apabila Rasulullah s.a.w. meragukan keimanan seseorang, baginda akan menelitinya ketika solat Subuh. Apabila baginda tidak mendapatinya solat Subuh (di masjid), maka benarlah apa yang baginda ragukan dalam hati. Mereka yang tidak mempunyai iman yang teguh tidak akan mampu meninggalkan keindahan diulit mimpi indah di pagi buta.
Ibnu Mas‘ud r.a meriwayatkan telah diceritakan kepada Rasulullah SAW berkenaan dengan seorang lelaki yang tidur di malam hari sehingga terlajak waktu Subuh, maka baginda SAW bersabda:
“Lelaki tersebut telah dikencing oleh syaitan di telinganya atau kedua telinga. ” (HR Imam Al-Bukhari)
Menurut Imam Al-Qurtubi, kencing syaitan di sini adalah hakiki dan bukan hanya simbolik. Iaitu kita akan mampu mengenali mereka yang tidak bangun untuk mengejakan solat Subuh dengan kemuraman dan kekusutan wajahnya di pagi hari serta kehilangan cahaya dan seri.
Syaitan sentiasa cuba menghalang orang yang beriman untuk mendapatkan kelebihan di waktu Subuh dengan menghalangnya daripada bangun tidur. Nabi SAW bersabda:
“Syaitan mengikat/membelenggu tengkuk di kalangan kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Dia memukul di atas ketiga-tiga ikatan (sambil berkata): Malam masih panjang, teruskan tidur! Jika dia bangun lalu berzikir menyebut nama Allah Taala maka terungkailah satu ikatan, jika dia berwudhuk terungkailah ikatan berikutnya dan jika dia solat maka terungkailah semua ikatan. Maka pagi itu dia akan cergas dan baik jiwanya, jika tidak dia akan berpagi dalam keadaan jelek dan malas. ” (HR Al-Bukhari)
Inilah ujian yang perit namun mereka yang benar-benar beriman akan mampu melaksanakannya. Nilai yang tertinggi akan diberikan kepada mereka yang istiqamah melakukannya pada awal waktu dan secara berjemaah dan ini bukanlah sesuatu yang mustahil.
Kekuatan dan perpaduan umat Islam dapat diterjemahkan dengan kemampuan kita untuk bangun mengerjakan solat Subuh berjemaah. Bagaimana harus kita bicarakan tentang strategi-strategi untuk mengalahkan Zionis laknatullah di Palestin dan dari sumber mana untuk kita dapatkan jutaan ringgit untuk menolong saudara-saudara kita di Somalia yang kebuluran sedangkan kita tidak punya sebarang kekuatan? 


Dalam surah Ar-ra’d, Allah ta’ala berfirman: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu yang mengubah nasib diri mereka sendiri ”.
Sekiranya seluruh umat Islam mampu untuk bangkit mengerjakan solat Subuh berjemaah, kita akan yakin bahawa kemenangan Islam itu sangat dekat. Sehingga orang Yahudi mengatakan bahawa mereka sangat takut sekiranya mereka menyaksikan orang Islam memenuhi masjid di waktu Subuh. Namun, kenyataan hari ini mengatakan bahawa umat kita masih jauh daripada impian ini. Bagaimana mungkin kita menang pertempuran dengan musuh di luar sedangkan kita tewas dengan hawa nafsu sendiri?
Benarlah kemuliaan umat Islam itu terletak pada kemampuan mereka untuk bangun di waktu fajar. Rasullullah s.a.w pernah mendoakan umatnya, “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (yaitu mengerjakannya).” (HR Tarmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah).
Hinggakan kehebatan solat subuh berjemaah ini diibaratkan sama seperti beribadah keseluruhan malam. Saidina Uthman bin ‘Affan r.a meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam”. [HR Muslim]
Wahai sahabat, 
marilah kita teliti perjalanan hidup kita. 
Di manakah letaknya taraf solat Subuh kita seharian? 


Ayuh kita ketepikan kelembutan selimut serta tilam dan marilah kita bersegera bangkit mengerjakan solat Subuh dan yang terbaik sekali secara berjemaah demi meraih keredhaan Allah dan melihat wajahNya yang agung di akhirat kelak seperti diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Allah, sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (HR Bukhari dan Muslim).
Inilah ganjaran yang paling hebat yang mampu diperolehi oleh manusia iaitu mampu untuk melihat tuhan mereka di akhirat kelak. Dan antara caranya adalah dengan mengerjakan solat sebelum terbitnya matahari.
********************************************************************************
Akhirnya, semoga beginilah situasi kita setiap pagi,
‘Kringg kringg’. Dengan mata yang masih diulit sisa-sisa mengantuk, aku melihat jam. Pukul 5 pagi. Terngiang-ngiang di telinga surah al-Israa’ ayat 78,
“Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari dan hingga waktu gelap malam, dan sembahyang subuh, sesungguhnya sembahyang subuh itu disaksikan (oleh malaikat).”
Mengenangkan cintaku kepadaNya, aku bingkas bangun. Mengenepikan selimut seberat 8 kilogram, melawan kedinginan suhu udara dan air lantas mengambil wuduk. Seterusnya mengejutkan dan menunggu teman-teman yang lain, mengambil al-Quran di rak dan bersama-sama meredah kegelapan fajar menuju ke masjid. Benar. Itulah aku setiap pagi dan setiap hari.


InsyaAllah.

Wednesday, 21 December 2011

Hidup untuk PEPERIKSAAN?

Cuba check dalam diri kita, ada tak ciri-ciri seperti berikut:


1.  Menganggap peperiksaan adalah segala-galanya. 
2.  Setiap masa fokus hanya tertumpu pada exam. 
Sehingga masa makan, riadah dan tanggungjawab lain diabaikan.
3.  Sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan 'A' dalam genggaman. 
Hatta meniru, menipu, berpakat bahasa isyarat dengan rakan sebelah dan bermacam2 cara lagi.


Macam mana, sahabat-sahabat penuhi salah satu kriteria @ dua @ semua sekali?
Ataupun tiada? Kalau macam tu, baguslah ^.^


Bagi golongan yang merasakan dirinya memenuhi kriteria-kriteria yang disebutkan tu, 
cepat-cepatlah muhasabah diri.


Kenapa?


Sebabnya, golongan yang hidup untuk peperiksaan ini, 100% percaya bahawa kejayaannya adalah disebabkan keupayaan dan usaha mereka sendiri. 


Mereka lupa yang mencipta kemenangan itu adalah ALLAH. 
Dan mereka juga lupa yang menguji kegagalan itu juga adalah dari ALLAH


Mereka hilang konsep tawakkal.                                                                                 


Hasilnya, golongan ini langsung tidak membina hubungan dengan ALLAH. Apa yang ALLAH suruh, disanggah, apa yang ALLAH larang, dilanggar.


Apa yang kita sering lupa?


Kadang2 kita juga lupa yang peperiksaan sebenar yang kita perlu score ialah peperiksaan di padang mahsyar kelak.
Mungkin kita boleh menggondol semua 'A' dalam subject di dunia,tetapi apabila diperiksa di akhirat, tiada A dalam jiwa: akhlak buruk, akidah lemah, amalan kurang. 
Macam mana nak masuk kesyurga-Nya jika banyak 'E' dalam PEPERIKSAAN DI PADANG MAHSYAR?
 Kalau macam tu, tak perlu berusaha untuk exam ke?


Tak, bukan macam tu. ALLAH suka hamba-NYA yang bersungguh-sungguh dalam perkara-perkara kebaikan.
Namun, apabila kamu telah berusaha, maka bertawakkallah kepada-NYA.


فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ  


Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. (Al-imran:159)


Indahnya exam nanti, bila kita niat macam ni:
(dengan semangat membara!) Aku nak dapat 'A' ni, untuk ummah! Aku nak jadi muslim/muslimah doktor yang baik. Aku nak sampaikan ISLAM pada semua pesakit aku. Aku nak penganut agama lain tak pandang rendah lagi pada umat ISLAM. 
Ayuh semua, kita skor kedua-dua peperiksaan ini. Tapi, ingat! peperiksaan terpenting yang kita perlu skor ialah peperiksaan di akhirat kelak.


JOM! kita bersedia untuk menduduki peperiksaan terpenting.
Jom kita skor 'A' dalam peperiksaan sebenar.


InsyaAllah :)

Friday, 16 December 2011

AKU YANG LEMAH



Ujian itu external tapi memberi kesan pada internal kita. Kita tak mahu, apabila external mengganggu kita, internal kita menjadi lemah. Iman kita itu menjadi fragile.


bila orang tanya OK tak?
katakan “semakin aku diuji, semakin aku OK”


sebab bukankah ujian mengingatkan pada Yang Esa?
mengingatkan pada Qada’ dan Qadarnya
mengingatkan diri ini ketangkasan, kelebihan, kecerdikan
yang tidak mampu mengatasi kuasaNya


Bila kita rasa lemah ketika ini, 
sebenarnya masa atau jarak hampirnya kepada semangat dan kekuatan itu sangatlah dekat, 
jadi kita tidak harus terhenti dalam kelemahan tersebut, 
teruskan walau bertongkat paruh sekali pun. 
InsyaAllah semuanya akan kembali seperti biasa.

"Ya Allah, aku ini lemah, maka kuatkanlah aku dalam keredhaanMu, dan bimbinglah aku kepada kebaikan, dan jadikanlah Islam itu tempat aku meletakkan keredhaan, ya Allah aku ini lemah, maka kuatkanlah, aku ini hina maka muliakanlah aku, aku ini miskin maka kayakanlah aku dan kurniakan rezeki padaku"
 http://muslimdoktor.blogspot.com/2011/07/aku-yang-lemah.html


Tertarik dengan entri ini.
Ujian itu membina diri.


Wahai sahabat sekalian.
"Cukuplah ALLAH menjadi PENOLONG kami,dan ALLAH adalah sebaik-baik pelindung" (3:173)
"Dia adalah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong" (8:40)
Kepada-Nya jua kita akan kembali.
Sedarlah wahai sahabat,
hidup kita di dunia ini hanya sementara.
Kebenarannya, 
kita ini miskin di bumi ini,
Kita kaya hanya dengan harta dan pangkat.


TETAPI, realitinya semua itu tidak bermakna,
Kayalah dengan akhlak yang terpuji,
Kayalah dengan ilmu yang bermanfaat,
Beramallah dengan ilmu itu.


Wallahu a'lam.

Sunday, 4 December 2011

BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA

Situasi di balkoni

Di suatu pagi, Ana baru sahaja pulang ke rumah setelah penat berjogging tepi pantai. Dia terlihat ahli beitnya, Sarah di balkoni rumah, lalu menyapa.

Ana        : Assalamu’alaikum. Sarah, tengah buat apa tu?

Sarah     : Wa’alaikumussalam. Eh, Ana dah balik. Penat jogging? Sarah tengah sidai baju la ni. Iman dah bising bising sebab baju tak bersidai lagi dari semalam.

Ana        : Penat juga. Tapi puas. Lama tak bersenam. Regang sikit muscles Ana. Heh. Oh, ye ke. Iman tu memang pantang kalau baju tak bersidai. Emm..kejap kejap. Kita masuk dalam rumah dulu. Nanti sambung balik.

Di dalam rumah

Sarah     : Eh, kenapa Ana?

Ana        : Takde apa-apa. Cuma nak tanya. Kenapa tak tutup kepala kat balkoni tadi? Ana risau.

Sarah     :  Ehe. Sarah malas nak ambil tudung. Orang tak nampak kot. Ni kan kawasan rumah kita je.

Ana        : Err…mana tahu orang tak nampak. Aurat kita kena jaga. Even ni kawasan rumah kita. Tapi balkoni ni rasanya dah kira luar rumah kot.

Sarah     : Alaa..itu pun musykilah awi ke...

Ana        : Bukan apa. Kita kan muslimah. Ada batas-batas aurat. Tak boleh main redah je. Ok. 
Ana bagi satu situasi lain.

Katakanlah sekarang ni musim raya. Banyak openhouse kan? Dan banyak juga tetamu datang. 

Tak kira lah saudara mara, sepupu sepapat, kawan kawan, sahabat handai. Ex-classmates, housemates, lecturemates bla..bla..bla..


Kita ada dalam openhouse ni. Rumah kita sendiri. Agak agak macam mana ye?  Kena pakai tudung tak? 


Sarah     : Mestilah kena. Wajib!

Ana        : Hmm..betul. Even masa tu kita dalam rumah kita sendiri?

Sarah     : Yup! Sebab bukan semua tetamu tu muhrim kita.

Ana        : Itulah yang Ana cuba maksudkan. Kita kan lingkungan kawasan rumah kita. Balkoni 
rumah kita. So, macam mana? 

Sarah     : …

Ana        : Ana tak salahkan Sarah. Ana tak berhak pun. Tapi bila kita tersilap, kita sama-sama betulkan. Kita sama-sama tegur ye. Chill chill (^_^)v

Sarah     : Terima kasih, Ana. Sarah dah faham. Teringat Ustazah pernah sebut, biasakan yang betul, betulkan yang biasa T.T

Tiba-tiba Iman keluar dari biliknya.

Iman       : Apa yang berlaku ni? Dah habis sidai baju? -_______-

********************************
Footer 1 - if you're thinking about..."nantilah aku pakai tudung, aku muda lagi" or "tunggulah hati aku terbuka dulu" 

Kita tak tahu bila masanya ajal kita.
Kita tak tahu kita mati masa muda atau tua.
Kita tak sedar bahawa kita sedang menderhaka.
Menderhaka kepada Allah, pencipta kita.
Berhakkah kita?

Footer 2 - Berapa ramai makcik makcik kita yang jahil tentang aurat. Lagi lagi musim perayaan. Masa openhouse berlambak-lambak. 
Musykilah awi! Bersalaman dengan bukan muhrim, apatah lagi auratnya terdedah di depan tetamu.
Berapa banyak dosa yang ditanggung untuk setiap helai rambut yang dipertonton?

Footer 3 - Rujuk surah an-Nur ayat 31.Tugas kita yang sudah tahu untuk beritahu. 


Jangan jemu jadi baik. Jangan jemu buat baik.
Nantikan entry seterusnya. Selamat beramal!
Wallahu a'lam.

Sunday, 20 November 2011

ENTAH BILA....

Bismillah


Ampunkan aku Ya Allah...
Aku hambamu yang penuh dosa...
Entah bila kali terakhir aku menangis dengan bersungguh meminta keampunan dariMu
Entah bila kali terakhir aku benar-benar rindukan rasulullah s.a.w




Aku seringkali terlupa bahawa engkau sedang memerhatikan ku
Engkau perhatikan aku membuat kemungkaran
Engkau perhatikan aku menikmati rezekiMu
Engkau perhatikan aku setiap langkah dan setiap nadi jantungku berdenyut
tapi..
Entah bila akan aku sedar semuanya ya Allah...



Pagi aku bertemu rakan kuliahku,
Aku bergelak bersama mereka ,
dan terlupa malaikat di sebelah aku

Petang aku sibuk melayan nafsuku, menonton cerekarama, 
mendengar lagu-lagu terbaru dari tanah air,

Tidak lupa juga menjenguk laman web sosial terhangat,
Entah bila akanku berhenti, 
berubah menjalani hidup yang lebih pasti





















Entah bila..
Entah bila..
Entah bila..

Adakah sehingga nyawaku ditarik??? NAUZUBILLAH...



WALLAHUA'LAM...