Sebenarnya,bukan saya sahaja yang mempunyai amanah untuk berdakwah,kamu(para pembaca) juga ada tanggungjawab untuk berdakwah.
Pernahkah tertanya adakah aku telah menjalankan amanahku sebagai pendai'e?
Atau aku ingin berdakwah tapi,aku bukan jaksi,so,aku takde tanggungjawab untuk berdakwah.Biarlah jaksi yang buat kerja.
Betul ke macam tu?
Siapa yang perlu berdakwah?
Jika kita merujuk al-quran;
Dan hendaklah ada diantaramu segolongan umat yang mengaja
k kepada kebaikan dan menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah kepada kemungkaran.Mereka itulah orang-0rang yang memperoleh kejayaan. (Surah Imran:104)
Oleh sebab itu ,ajaklah mereka ke jalan Allah dan tetaplah pendirian mu sebagaimana yang diperintahkan olehmu dan janganlah mengikuti kemahuan mereka. (As-Syura:15)
Setiap perintah kepada Rasul sebenarnya diperintahkan untuk umatnya juga kecuali ada pengecualian.Akan tetapi,dalam konsep dakwah tiada pengecualian.Mafhumnya,setiap muslim yang mukallaf wajib berdakwah.Tak kira dia ni jaksi ke upi ke unit sukan dan rehlah ke mahupun ahli pci ataupun tidak.Maknanya tiada istilah aku tiada tanggungjawab untuk berdakwah.
Untuk berdakwah,haruslah kita mengetahui ciri-ciri yang perlu ada pada kita untuk menjadi pendakwah.
Ciri-ciri seorang dai'e:
1.Aqidah yang sahih dan teguh
2.Ubudiyah yang istiqamah
3.Niat yang ikhlas
4.Akhlak yang puji
5.Qudwah,teladan yang baik.
6.Berdaya kepimpinan sejati
7.Bersemangat juang dalam bekorban
8.Pengetahuan yang luas
Haruslah difahami,ciri-ciri di atas perlu ada pada seorang dai'e.Tidak bermakna jika anda tiada ciri-ciri ini anda tidak boleh menjadi dai'e.Anda perlulah menyematkan ciri-ciri ini ke dalam diri agar menjadi dakwah sejati.
Sikap seorang dai'e:
Ke arah mengajak umat manusia agar menyembah
Allah,mentaati suruhannya,menjauhi larangannya,mensyuku
ri nikmatnya dan jangan kufur terhadapNya.
Pendakwah mestilah beramal solih dengan membuat pe
perkara yang wajib,menjauhi larangannya,suka melakukan perkara-perkara sunat,dan menjauhi dari perkara-perkara mkruh.
Merasa bangga dengan keislamanya bukan rasa terhina.
Senjata dai'e:
Apa dia senjata seorang dai'e.Atau kata lain apa yang diperlukan bagi seorang pendakwah untuk berdakwah?
1.Kefahaman yang mendalam yang berteraskan ilmu yang betul sebelum ia beramal.
Menghayati Al-Quran dan memahami sunnah Nabi SAW
2.Iman yang mendalam yang membuahkan rasa cinta kepada Allah,rasa takut kepadaNya,harap kepadaNya dan segala kehidupan sehariannya mengikut seperti seharian Rasulullah tercinta.
3.Hubungan yang berterusan dengan Allah SWT dalam segala urusan kehidupannya seperti tawakkal,ikhlas,memohon bantuan daripadaNya,dan sentiasa benar dalam pertuturan dan perbuatannya.
Akhir sekali yang saya ingin selitkan dalam post
ini,ialah
Akhlak seorang dai'e:
Akhlak seorang dai'e mestilah mengikut akhlak Rasulullah SAW.
Benar,ikhlas,berdakwah dengan ilmu,penyantun,lemah lembut,pemaaf,tawaduu',berani amanah,taqwa,optimis,istiqamah,mengutamakan yang lebih penting,dan lain-lain.
Setakat ini sahaja.Moga-moga diri kita sentiasa dirahmati Allah dan meneruskan pejuangan dalam medan dakwah ini.Apa yang baik datang dari Allah dan yang kurang baik datang dari diri sendiri. Sekian.
No comments:
Post a Comment