RSS Subscribe

Sunday, 3 April 2011

Antara Dua Cinta

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.Syukur Alhamdulillah ke atas illahi yang memberikan kita segenap nikmat.Maha Pengasih Allah yang sentiasa memberikan kita apa yang kita perlukan tanpa diminta.Seringkali kita berdoa apa yang dihajati.Tetapi,jarang sekali kita berdoa apa yang kita perlu.Dan Maha Mengetahui Allah yang sentiasa memberi apa yang kita perlu tanpa kita meminta darinya.Udara yang bersih,tempat untuk berteduh,tilam untuk berehat dan macam-macam nikmat lagi yang kita perlukan.Jarang sekali kita berdoa kepada Allah,Ya Allah berikanlah aku oksigen yang bersih.Namun itulah yang Allah beri setiap masa sehingga ke akhir hayat kita.Itulah tanda Maha Pemberi dan Maha Pemurah Allah kepada hamba-hambanya.


Tetapi,apakah yang kita balas atau berikan kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat??Kita lebih cintakan nikmat daripada pemberi nikmat,kita lebih cintakan makhluk daripada khaliq,dan kita lebih cintakan dunia daripada pembuat dan pemusnah dunia.

Ya Allah ampunkalah dosa-dosa kami.
Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kedua ibu bapa kami
Ya Allah maafkan kami.kami hamba berdosa...

Inilah dia antara dua cinta.Seringkali kita tertipu dengan cinta yang zahir.Cinta Allah adalah cinta utama.

Lirik lagu:

Antara 2 Cinta

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidakku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh

Jika kita perhatikan dan hayati bait2 lagu di atas,sungguh apa yang dikatakan benar.Kita sebagai manusia sebenarnya tertipu dengan bayang-bayang dunia,terpedaya dengan fatamorgana nafsu.
Dan apa yang kita perlukan agar kita terselamat dari tipuan2 dan kedustaan2 ini ialh kita beristigfar setiap hari.Minta ampun kepada Allah.Jangan pernah putus asa daripada rahmatNya.Allah itu Maha Pengampun.Kerana kempunan Allah itu melebihi dosa-dosa kita.

Petanda taubat seseorang diterima apabila lahir pada diri seseorang itu perasaan :

1-Dia mengetahui dirinya tidak terpelihara dari dosa ( Ma’sum )

2-Dalam hatinya tidak ada kegembiraan sebenar tetapi apa yang ada hanyalah kesedihan.

3- Mesti sentiasa mendekati orang-orang soleh dan menjauhi orang-orang jahat.

4-Dunia ini anugerah yang terlalu sedikit tetapi di Akhirat terlalu banyak anugerah dari Allah.

5-Sentiasa sebut perkara-perkara ketaatan terhadap perintah Allah SWT.

6-Tenang dan yakin dengan janji-janji Allah SWT.

7-Sentiasa memelihara lidah.

8-Sentiasa bertafakkur.

9-Sentiasa sedih dan sesal di atas perbuatan yang lalu.

No comments:

Post a Comment