RSS Subscribe

Sunday, 24 April 2011

Kau sudah syirik kepada Allah, tahu?


بسم الله الرحمن الرحيم



Ingatkah kau ketika kau sedang solat?
Apabila kau solat kerana untuk mengelakkan diri kau dari dihukum atau dimarahi ibu bapa kau,
Atau untuk dilihat sebagai budak surau yang rajin solat,
Atau untuk memastikan gadis-gadis atau jejaka-jejaka memandang kau sebagai seorang yang boleh dibuat pasangan hidup,


Apakah tujuan sebenar solat mu?
Kau sudah syirik kepada Allah, tahu?




Ingatkah kau ketika kau sedang berpuasa?
Apabila kau sedang berpuasa fardu mahupun sunat untuk 
mengelakkan diri kau dari dihukum atau dimarahi ibu bapa kau,
Atau untuk memastikan berat kau tidak bertambah,
Atau untuk menjimatkan duit demi membeli iPhone mahupun BlackBerry,

Apakah tujuan kau berpenat ketika berpuasa?
Kau sudah syirik kepada Allah, tahu?




Ingatkah kau ketika kau sedang bersedekah?
Apabila kau bersedekah semata-mata untuk dianggap sebagai seorang yang mempunyai belas kasihan,
Atau untuk menutup malu kerana kau terlihat rakan kau menderma dengan jumlah yang banyak,
Atau untuk memberitahu kepada orang ramai bahawa kau mampu menderma kepada fakir miskin,

Apakah tujuan kau memberikan sedekah?
Kau sudah syirik kepada Allah, tahu?




Ingatkah kau ketika kau sedang menaip ayat-ayat al-Quran di status facebook?
Apabila kau menaip ayat-ayat al-Quran semata-mata untuk mendapat "Like",
Atau untuk memastikan rakan-rakan kau tahu bahawa kau menghafal setiap ayat di dalam al-Quran,
Atau untuk menambat hati si dia yang layak digelar 'Ustaz' dan 'Ustazah',


Adakah tujuan kau hanya untuk mendapat "Like"?
Kau sudah syirik kepada Allah, tahu?



Ingatkah kau ketika kau sedang mengulangkaji buku-buku Module 4 mahupun O&G?
Apabila kau mengulangkaji pelajaran semata-mata kerana disuruh oleh kedua ibu bapa kau,
Atau untuk menjadi seorang doktor yang kaya raya semata-mata,
Atau untuk menjadi seorang yang dianggap rajin dan 'star' oleh rakan-rakan kau,

Apakah tujuan kau bersusah payah menelaah?
Kau sudah syirik kepada Allah, tahu?





Ingatkah kau ketika kau mencintai seseorang?
Apabila kau mencintainya kerana kecantikannya atau kekacakannya,
Atau kau mencintainya kerana kelunakan suaranya atau sifat maskulinnya,
Atau kau mencintainya lebih dari cinta kau terhadap Allah,


Mengapakah kau mencintai dia?
Kau sudah syirik kepada Allah, tahu?


Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:
"Sesiapa bersolah kerana hendak memperlihatkan kepada orang maka dia menjadi seorang yg menyekutukan Allah s.w.t, sesiapa yang berpuasa kerana hendak memperlihatkn kepada orang, dia juga menyekutukan Allah s.w.t dan sesiapa yg bersedekah kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada org, dia juga menyekutukan Allah s.w.t."
Sebuah lagi hadis dari Rasulullah s.a.w yang lebih menakutkan berbunyi: 
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, diceritakan : Orang-orang berkelompok-kelompok dari Abu Hurairah, 

Natil penduduk Syam berkata padanya : "Wahai Tuan, ceritakanlah kepadaku sebuah hadits yang engkau dengar dari Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam !". 

Ia berkata : "Ya, saya mendengar RasulullahShalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : "Sesungguhnya orang yang paling pertama diadili pada hari qiyamat adalah seseorang yang mati syahid, ia didatangkan dan ditanyakan ni'mat­-ni'matnya, lalu ia mengakuinya. 

Dia berfirman : "Apakah yang kamu amalkan di dunia ? ". Ia menjawab : "Saya berperang sampai mati syahid"

Dia berfirman : "Kamu berdusta, tetapi kamu berperang agar dikatakan sebagai pemberani dan itu telah dikatakan"

Kemudian ia diperintahkan, lalu wajahnya ditarik sehingga ia dilemparkan kedalam neraka. 


Seorang yang memperlajari Ilmu, mengajarkannya dan membaca Al Qur'an di­datangkan. Nikmat-nikmatnya, ditanyakan dan ia mengakuinya. 

Dia berfirman : "Apakah yang kamu kerjakan di dunia ?"

Ia menjawab : "Saya mempelajari Ilmu, mengajarkannya, dan saya membaca Qur'an karena-Mu". 

Dia berfirman : "Kamu berdusta, karena kamu mempelajari Ilmu agar dikatakan pandai dan kamu membaca Al Qur'an agar dikatakan sebagai qari', dan itu semua telah diucapkan"

Kemudian diperintahkan, lalu wajahnya ditarik sampai dicampakkan kedalam neraka

Dan seorang yang diberi kelapangan oleh Allah dan diberi berbagai macam seluruh harta didatangkan dan ditanyakan ni'mat-ni'matnya lalu ia mengakuinya. 

Dia berfirman : "Apakah yang kamu kerjakan di dunia ?"

Ia menjawab : "Saya tidak meninggalkan jalan yang mana engkau senang untuk di infakkannya (harta) melainkan saya menginfakkannya karena-Mu"

Dia berfirman : "Kamu berdusta, tetapi kamu kerjakan agar dikatakan sebagai dermawan, dan itu telah dikatakan"

Ia diperintahkan, lalu ditarik wajahnya kemudian dilemparkan kedalam neraka".


 (Hadits ditakhrij oleh Muslim). 
 
Sampai bilakah kau mahu syirik kepada Allah? 

Jadi pembaca sekalian, kita mestilah mahu sentiasa ikhlas, sentiasa ikhlas kan diri kita kerana Allah s.w.t 

Ikhlaskan niat kita hanya demi Allah s.w.t, kerana sesungguhnya Allah dan Allah sahajalah tujuan hidup kita di muka bumi ini.



والله أعلم

2 comments: