RSS Subscribe

Friday, 22 July 2011

RAMADAN KEMBALI

Bismillah..



Ramadan yang dinantikan semakin tiba.Kebanyakan umat islam sibuk membuat persiapan diri untuk menunaikan rukun islam yang ke 4 sebagaimana firman Allah :


"Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu...."




Sebagai umat islam,puasa di bulan ramadan adalah perkara yang wajib dilakukan.Puasa bukan untuk mendera perut atau diri kita.Tetapi mempunyai pelbagai faedah  dan keistimewaan dari segi agama dan perubatan.


Kewajipan puasa bukan sahaja satu perintah malah ia merupakan keperluan bagi kita.Puasa dapat meningkatkan iman dan taqwa.Puasa juga mengajar kita bersabar dan kuat pendirian.





Seperti yang dinyatakan dalam kitab Fiqh Al manhaj,pengaranya menyebut antara hikmah puasa yang dapat dirumuskan ialah:


  • Puasa yang sempurna akan menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya dibawah perintah Allah .Hal yang demikian adalah kerana orang yang berpuasa akan merasa lapar dan dahaga sebaik sahaja melalui sebahagian waktu siang.Nafsunya ingin makan dan minum namun perasaan yang menyedari dirinya berpuasa menghalang keinginannya kerana melaksanakan perintah Allah.Dalam pertentangan ini hatinya sedar akan pemerhatian Allah terhadapnya,lantas meningati ketuhanan Allah dan keagungan kuasaNya,di samping menyedari dirinya hamba yang patuh pada tuhanNya



  • Bulan Ramadan merupakan bulan yang suci antara semua bulan dalam setahun.Allah SWT menghendaki semua hambaNya melakukan ketaatan  dan menghampirkan diri kepadaNya.Pensyariatan puasa pada bulan ini merupakan menunaikan hak Allah dan tanggungjawab kehambaan kepadaNya.

  • Kekenyangan berterusan dalam kehidupan seseorang akan memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat-sifat keras hati dan keterlaluan.Justeru,pensyariatan puasa dapat mendidik jiwanya dan mengurangkan sifat-sifat tersebut.

  • Antara asas penting yang membangunkan masyarakat islam ialah sifat kasih sayang di kalangan mereka.Namun orang yang kaya jauh dari penghayatan kasih sayng sebenar terhadap orang miskin  tanpa merasai keperitan hidup mereka dan kesusahan yang mereka alami turut merasai kelaparan dan kedahagaan pada bulan Ramadan.Puasa adalah dorongan terbaik bagi orang kaya untuk menimbulkan perasaan kasih sayang terhadap orang miskin.
AKHIR KATA,
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN.SAMA-SAMA LAH KITA MENJALANI IBADAH INI DENGAN KETAQWAAN DAN PENGHAYATAN.

drp:JAKSI PCI.

No comments:

Post a Comment