بسم الله الرحمن الرحيم
Selalu terdetik dalam hati kita,
"Eleh, derma tu sebab nak tunjuk dia banyak duit lah tu"
Tetapi kita sendiri terlupa, bahawa kita masih belum pernah menderma.
Apakah yang selalu kita fikirkan sekiranya kita ternampak ada orang yang memasukkan duit ke dalam tabung ini? |
Selalu terdetik dalam hati kita,
"Eleh, pakai tudung labuh tu sebab nak tunjuk dia sekolah agama lah tu"
Tetapi kita sendiri terlupa, bahawa aurat kita sendiri masih belum terjaga.
Apakah yang selalu kita fikirkan apabila kita ternampak orang yang bertudung labuh sebegini? |
Selalu terdetik dalam hati kita,
"Eleh, dia pergi masjid tiap hari tu sebab nak tunjuk dia alim lah tu"
Tetapi kita sendiri terlupa, bahawa solat kita sendiri pun masih belum sempurna 5 waktunya.
Apakah yang akan kita fikirkan sekiranya kita ternampak mereka berjemaah di masjid? |
Selalu terdetik dalam hati kita,
"Eleh, dia tak nak cakap dengan lelaki sebab nak bajet mahal lah tu"
Tetapi kita sendiri terlupa, bahawa Allah murka dengan perbuatan kita yang bertepuk tampar dengan orang yang boleh berkahwin dengan kita.
Apakah yang akan kita fikirkan apabila kita ternampak mereka tidak mengamalkan pergaulan bebas? |
Selalu terdetik dalam hati kita,
"Dia share benda benda agama kat facebook ni sebab nak dapat banyak like lah tu"
Tetapi kita sendiri terlupa, bahawa Rasulullah s.a.w berpesan,
"Sampaikanlah dariku walau satu ayat".
Apakah yang terdetik dalam hati kita sekiranya kita ternampak ada orang yang share benda begini di facebook? |
Sampai bila kita mahu terus berburuk sangka dengan orang?
Sampai bila pula kita mahu terus 'terlupa' ?
"Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong. Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, keaiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran, jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian, janganlah membelakangkan (saudaramu seagama). Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara". H/R al-Bukhari.
p.s: Moga Allah ampuni kita, termasuk sekali diri penulis ini yang tidak terlepas dari berburuk sangka.
والله أعلم
No comments:
Post a Comment