RSS Subscribe

Monday, 5 December 2011

Who LOVES You???


Tahu tak ALLAH sayang sangat kat KITA ^.^ Buktinya? Sabda Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah berfirman:
          
“Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku.
             Dan Aku bersamanya tatkala Dia mengingatiKu.
Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu.
Sekiranya dia mengingatiKu di khalayak ramai, maka Aku akan mengingatinya di depan khalayak ramai yang lebih mulia(para malaikat dan nabi-nabi).
Jika hambaKu mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika hambaKu mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika hambaKu mendekatiKu dalam keadaan berjalan, Aku akan mendekatiNya dalam keadaan berlari(cepat).” 

~Hadith Qudsi Riwayat Bukhari dan Muslim. Hadith nombor 59 dalam Kitab Al-Wafi karangan Imam An-Nawawi.


Nak bukti lagi?

1)  ALLAH melambatkan balasan buruk
Tpi jgan yakin sangat kita boleh hidup sampai tua, mgkin esok atau sekejap lagi ALLAH trik nyawa kita. 


    2)Malaikat hanya catit amalan kebaikan hanya dengan NIAT tetapi amalan keburukan dicatit hanya SETELAH DILAKUKAN

3)  ALLAH bagi pahala yang sangat besar untuk sesuatu amal kebaikan
contoh puasa Assyura hari ini,

Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, “Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang”. Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, “Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu”.     (Muslim)

4)  ALLAH sngat suka hamba-NYA yang MINTA kepada-NYA
Lagi kita minta, lagi dia suka.

5)Satu kebaikan ALLAH gandakan dengan 10x KEBAIKAN
  1 amalan baik=10 point,     1 amalan jahat= 1 point

6)ALLAH sentiasa menenangkan hamba-hambanya dengan ayat2-NYA


     Yang paling penting sekali....

            ALLAH MAHA PENERIMA TAUBAT

   
Haa, kan betul, ALLAH saaayang sgt kat kita :)
Sweet kan ALLAH?

Apa lagi kawan2…Sambutlah cinta dia!
Cinta yang kekal abadi. Tidak berbelah bagi, cinta-NYA pada kita

Tapi, sedarkah kita banyak kali sudah kita mengkhianati cinta dari Dia----->PENCIPTA KITA


1 comment: