RSS Subscribe

Thursday 4 November 2010

CARA BERPAKAIAN MENURUT ISLAM


1. Berpakaianlah dengan pakaian berincikan seorang islam, janganlah
sekali-kali kita mamakai pakaian yang menyerupai orang kafir.


2. Janganlah memanjangkan sangat pakaian kita hingga di bawah kedua buku lali dan jangan berlagak ketika berjalan. Kemaskan misai dan janggut, agar kelihatan cantik bergaya. Jika kita memakai pakaian baru, bersedekahlah untuk kebaikan orang ramai.


3. Hindarilah diri kita daripada memakai pakaian yang melambangkan kemasyuhran yang terlalu mahal harganya serta yang paling teruk bentuknya.


4. Elakkan diri kita daripada menyerupai wanita bagi lelaki dan isteri kita daripada menyerupai lelaki. Janganlah kita memakai pakaian yang diperbuat daripada sutera dan emas, kerana kedua-dua pemakaian itu adalah haram bagi kaum lelaki muslim.


5. Hendaklah memakai serban, kopiah dan apa sahaja yang menutup kepala lelaki, kerana ia lebih sesuai untuk lelaki muslim yang baik.

No comments:

Post a Comment