RSS Subscribe

Tuesday 16 November 2010

CIRI - CIRI SEORANG MUSLIM

1.SIHAT TUBUH BADAN

  1. Tidak mengkafirkan orang islam
  2. Tidak mendahului makhluk berbanding Allah
  3. Mengingkari mereka yang mempersendakan ayat-ayat Allah dan tidak duduk bersama mereka.
  4. Mentauhidkan Allah pada Uluhiyah dan Rububiyah
  5. Tidak mensyirikkan Allah pada Asma’, Sifat dan Af’alNya
  6. Menguasai mazhab-mazhab islam yang membincangkan nasalah Asma’ dan Sifat disamping berpegang dengan mazhab Salaf.
  7. Tahu had sempadan muwalat (sokong) dan mu’adat (memusuhi)
  8. Sentiasa berkawan dengan orang-orang yang soleh sebagai qurbah dan qudwah
  9. Yakin bahawa penghapusan dosa hanya dengan taubat nasuha
  10. Yahin bahawa mati akan datang bila-bila masa
  11. Yakin bahawa masa depan adalah untuk islam
  12. Merasai kemanisan iman
  13. Merasai kemanisan ubudiah (tunduk kepada Allah)
  14. Merasai kewujudan Malaikat Hafazah
2.SOHIHUL IBADAH

  1. Tidak menolak untuk melaungkan azan
  2. Ihsan dalam thaharah
  3. Bersemangat untuk solat berjemaah
  4. Bersemangat untuk berjemaah di masjid
  5. Ihsan dalam solat
  6. Qiyamulail minimum sekali seminggu
  7. Membayar zakat
  8. Berpuasa fardhu
  9. Berpuasa sunat
  10. Niat melaksanakan haji
  11. Komitmen dengan adab tilawah
  12. Khusyu’ dalam membaca Al-Quran
  13. Hafal satu juz Al-Quran
  14. Komitmen dengan wirid harian (ma’thurat: wirid-wird Rasululllah s.a.w yang ma’thur)

Wallahua’lam


3. Akhlak yg mantap

Muslim sejati mempunyai sifat-sifat yang sempurna. Pergaulan dijaga, percakapan sopan dan saling

memahami diantara kawan-kawan merupakan akhlak yang baik. Sekiranya kita mempunyai sifat-sifat muslim

sejati ini, ia memudahkan bagi kita untuk begaul dengan kawan-kawan lain. Kita haruslah bersopan-santun

ketika becakap dengan kawan-kawan terutama sekali ibu bapa kita semua.

4. Berpengetahuan Luas

Muslim yang benar harus berpengetahuan luas.Bukan sahaja tentang ilmu akhirat tetapi ilmu berkaitan dunia

juga seperti sains,undang-undang,politik,matematik dan lain lain lagi..Selain itu,perasaan ingin tahu ha-hal

isu semasa di dalam dan di luar negara perlu ada pada setiap muslim.

5.Memiliki tubuh badan yg sihat

Pepatah juga menyatakan bahawa ‘akal yang sihat adalah dari badan yang sihat’ adalah tepat ke arah melahirkan minda yang

sentiasa aktif untuk membuat sesuatu kebaikan sekali gus meningkatkan kualiti kerja yang akan membawa kepada

kecemerlangan dalam kehidupan seseorang Muslim.

Kekuatan fizikal, keseimbangan rohani dan ketajaman fikiran adalah wadah penting dalam melaksanakan tugas sebagai

khalifah Allah di muka bumi dengan baik dan sempurna seterusnya dapat meneruskan misi dan visi sebagai hamba Allah

dengan kualiti ibadah berkualiti dan sempurna dengan kesihatan yang baik.

6. Bermujahadah melawan hawa nafsu

Diantara cara-cara menundukkan nafsu adalah melalui puasa itu sendiri. Puasa juga mampu mengurangkan syahwat

Antara lain cara melawan hawa nafsu adalah:

- bertaubat : "Sebaik-baik orang yang membuat salah adalah orang yang bertaubat".

- tazkiyah : Inner-self purification. Membersihkan hati.

- muhasabah diri : merenung kembali dosa-dosa yang telah dilakukan.

- muraqobah : mengabdi diri kepada Allah contohnya dengan selalu meningati mati

7.Berdikari

Sebagai muslim kita tidak boleh mudah bergantung pada orang lain.Kita harus bijak mengawal perasaan dan diri kita.

Jika seorang muslim tidak pandai berdikari ia memberikan contoh yang buruk.Para kafirin akan memandang rendah

dengan kekuatan muslim.

8.Tersusun didalam urusan

Seseorang muslim sejati ialanah muslim yang tersusun urusannya. Urusan seharian yang tersusun

memudahkan urusan atau perkara yang hendak dilakukan. Sekiranya kita ketika di rumah memunyai waktu

lapang, kita digalakkan untuk membuat jadual harian sama ada waktu bersekolah ataupun bersukan. Jika kita

menetapkan jadual harian, pastinya kita akan rasa mudah utuk melakukan urusan-urusan lain.

9.Menepati masa

Muslim yang sejati ialah muslim yang sangat menjaga masanya. Islam menekankan bagi kita semua menjaga

waktu. Contohnya waktu-waktu solat. Sekiranya kita menjaga waktu solat maka kehidupan kita akan terurus.

Kita juga dinasihatkan supaya tidak melengah-lengahkan waktu-waktu solat kerana perbuatan itu tidak disukai

Allah. Oleh yang demikian, kita harus berusaha mengerjakan solat pada waktunya.


10.Bermanfaat utk orang lain


Sebagai mulim, kita harus mempunyai sifat-sifat yang baik, contohnya sifat amanah dan tidak menipu.

Sifat yang baik itu akan membawa manfaat kepada diri kita dan juga orang lain. Jika kita mempunyai sifat

tersebut, orang-orang akan mempercayai kita Mereka juga tidak akan ragu-ragu minta pertolongan dari kita

kerana mereka tahu bahawa kita adalah orang yang amanah. Dengan menolong orang lain, kita menunjukkan

bahawa kita bermanfaat kepada orang lain.

No comments:

Post a Comment