RSS Subscribe

Tuesday 30 November 2010

DIRIKAN TIANG AGAMA ISLAM



Solat merupakan tiang agama islam.Cuba bayangkan sebuah rumah memerlukan 5 tiang,jika salah satu tiang pecah atau jatuh,maka tidak akan sempurna rumah itu.

TIANG AGAMA ISLAM:

I-ISYA'

S-SUBUH

L-LUHUR(ZUHUR~sila lihat kamus dewan maksud luhur~)

A-ASAR

M-MAGRIB

Allah telah menggariskan wajib ke atas setiap muslim memnuanaikan solat.Allah berfirman:

“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah. Dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kikir. Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat, yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya, dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bahagian tertentu bagi orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mahu meminta-minta), dan orang-orang yang mempercayai hari pembalasan, dan orang-orang yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba mereka, maka sesunggunya mereka dalam hal ini tidak tercela. Barangsiapa mencari disebalik itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya. Dan orang-orang yang memberikan kesaksiannya. Dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka itu(kekal) di syurga lagi dimuliakan.”

[surah Al-Makrij:19-35

Allah tidak akan pernah menyusahkan hambanya.Tetapi kita sahaja yang mencari pelbagai alasan untuk tidak menunaikan solat dan melewat-lewatkan solat.Kenapa kita sanggup menghadap komputer berejam-jam,tetapi berasa malas untuk menghadap Allah yang tidak sampai 10 minit sahaja.

Hukum meninggalkan solat:

Solat wajiblah menjadi tujuan utama hidup kita.Hukum meninggalkan solat amat dasyat,dan ia merupakan soalan hangat yang ditanya oleh mungkar dan nangkir ketika kita di kubur.

Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud:

Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.

Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:

Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.

Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.

Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.

(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).


Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.

Namun, sekiranya seseorang itu meninggalkan solat atas sebab malas, tetapi dia tahu dia wajib solat, maka terdapat tiga pendapat ulama tentang hukumnya, iaitu:

1.Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi dia menjadi fasik. Maka wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan solat. Sekiranya dia enggan bertaubat maka dijalankan ke atasnya hukuman hudud, iaitu dibunuh dengan pedang.


2.Orang itu menjadi kafir. Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap kewajipannya tadi.

Ini adalah pendapat satu jemaah daripada para salaf yang diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan Imam Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin Rahawaih.


3.Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, sebaliknya ditakzirkan dengan dipenjarakan sehingga dia mengerjakan solat.

Ini pula adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafi’e.

Wallahualam...

No comments:

Post a Comment