RSS Subscribe

Thursday 19 May 2011

Kamu, maafkanlah aku ya?


بسم الله الرحمن الرحيم


Kamu, ingat tak hari tu?

Hari di mana aku mula-mula mengenali kamu,
Ya, aku cuma kenal kamu di Facebook.
Apabila kamu bertanya, aku menjawab, "Sebab kamu kan kawan kuliah saya, saya tak ada niat lain pun."


Ingatkah kamu ketika aku add kamu di Facebook?

Tapi, kamu ingat tak apa yang aku buat dengan akaun Facebook kamu?
Ya, aku selalu post di wall kamu dan bertanya khabar.
Ya, aku selalu post di wall kamu dan berbuat kosong denganmu.
Aku menganggap kamu lebih dari kawan kuliah ku.

Maafkan aku, aku telah menipu diri kamu.




Kamu, ingat tak hari tu?

Hari di mana aku meminta nombor telefon kamu,

Ya, aku cuma meminta nombor telefon kamu melalui chatbox di Facebook.
Apabila kamu bertanya, aku menjawab, "Sebab nanti mudah kalau ada apa-apa yang penting."


Ingatkah kamu ketika kita berbual dan bergelak ketawa?


Tapi, kamu ingat tak apa yang aku buat dengan nombor telefon kamu?

Ya, aku selalu menghantar SMS kepada kamu dan bertanya apa yang sedang kamu lakukan.
Ya, aku selalu menelefon kamu dan berbual dengan kamu untuk mendapat sedikit keseronokan.
Aku tidak pernah menelefon kamu atas dasar perkara yang penting.

Maafkan aku, aku telah menipu diri kamu.




Kamu, ingat tak hari tu?


Hari di mana aku meminta ID skype kamu,
Ya, aku meminta ID skype kamu hanya melalui telefon,
Apabila kamu bertanya, aku menjawab, "Senang sikit la nanti kita nak bincang pasal assignment."


Ingatkah kamu ketika aku membuat panggilan video di Skype?


Tapi, kamu ingat tak apa yang aku buat dengan ID Skype kamu?

Ya, aku selalu chat dengan kamu melalui Skype sehingga lewat malam.
Ya, aku selalu membuat panggilan video kepada kamu untuk melihat wajahmu.
Aku hanya berbincang mengenai assignment sebulan sekali, selebihnya hanya berbual kosong.


Maafkan aku, aku telah menipu diri kamu.




Kamu, aku yang bersalah,
Aku telah menipu dirimu,

Aku telah mengutamakan kamu, bukannya Allah,
Dan aku telah pun menghampiri zina ketika bersama kamu,

Kerana seperti firman Allah s.w.t Yang Maha Menciptakan;


"dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan keji dan sesuatu jalan yang buruk”(Surah al-isra’ : 32)

Izinkan aku berhenti daripada berhubung denganmu,
Sekiranya sudah sampai masanya, 
Izinkan aku untuk melamar kamu untuk menjadi pasangan hidupku yang sah di sisi agama,


Aku ingin menjadi penyarung cincin di jarimu.



Kerana seperti sabda Rasulullah s.a.w:
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah).

Semoga Allah redha dengan keputusan aku ini, 
Kamu, maafkanlah aku ya?



والله أعلم



5 comments: