RSS Subscribe

Sunday 15 May 2011

Surat untuk Kau, Wahai Wanita


بسم الله الرحمن الرحيم

Kau pernah lihat bagaimana orang Mesir memandang wanita Malaysia?



Terjemahan dari bahasa Arab:

"Orang Malaysia, terutama nya akhwat memang cantik"
- Pemandu teksi

Pernahkah kau terfikir bagaimana pemandu teksi melihat diri kau?


"Tolong ajarkan aku, macamana nak cakap 'Kau sungguh cantik' dalam bahasa Malaysia?"
- Penjual roti di Ibrahimiyyah

Pernahkah kau terfikir bagaimana penjual roti ini
memandang diri kau ?


"Wanita Malaysia mudah untuk didekati tak?"
- Seorang pelajar Arab di Kuliyyah Tibb


Hinggakan ada suatu ketika, seorang pelajar (ikhwah) Malaysia berada di Ibrahimiyyah menceritakan; 


Dia sedang bersembang dengan rakannya yang berwarganegara Mesir,
Tiba-tiba ada seorang pelajar (akhawat) Malaysia yang melintasi di hadapan mereka,

"Mata kawan Arab aku tu, tak berkelip, dia tenung je akhawat tu atas bawah, sampai la dia hilang dari pandangan"
- Izzat (bukan nama sebenar)


Bolehkah kau bayangkan sekiranya kau berjalan bersendirian di malam hari,
Melintasi sekumpulan remaja yang sibuk menghisap shisha,
Mahupun warga tua yang sedang seronok menikmati syai,

Bolehkah kau bayangkan bagaimana mereka akan memandang diri kau?


Pernahkan kau terfikir bagaimana mereka memandang diri kau?




Bolehkah pula kau bayangkan sekiranya mereka mengikuti kau pulang ke rumah secara senyap-senyap?

Ataupun mereka meragut barang-barang kau yang berharga ?

Jadi para wanita sekalian; ingin saya ingatkan sekali lagi,
Janganlah terlalu sombong untuk meminta pertolongan musyrif.



Kalian tidak pernah akan menjadi beban buat kami, para musyrif.
Bahkan kami akan sentiasa bersenang hati untuk membantu kalian,
Kerana kami yakin dan pasti dengan janji Allah yang akan membalas akan setiap kebajikan yang kami lakukan.


Sebelum saya akhiri surat ini, terimalah;

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: 



"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi) 



Yang benar,
Musyrif Ikhlas.

nota: Diadaptasi dari kisah benar yang berlaku di Iskandariah

والله أعلم

5 comments:

  1. nak tanya. macam mana kalau musyrif tu jalan nun jauh di depan dan kami yang akhawat di belakang jalan ibarat tiada musyrif.
    sebab tu kadang-kadang rasa macam x menggunakan khidmat musyrif pun

    ReplyDelete
  2. Kepada Aku:

    Kami telah menetapkan garis panduan buat musyrif supaya berjalan sekurang-kurangnya 1 meter di hadapan mahupun 1 meter di belakan akhawat yang ditemani.

    Hal ini supaya kita dapat elakkan daripada timbulnya fitnah dan perbuatan yang mampu merosakkan kredibiliti seseorang musyrif.

    Jadi sekiranya anda mendapati musyrif tersebut terlalu jauh, boleh lah memanggil dia untuk berada rapat sedikit iaitu, dalam lingkungan 1 meter di hadapan mahupun di belakang anda.

    Kerana sesungguhnya musyrif juga manusia biasa, sering terlupa, dan sering terleka.

    Moga terjawab soalan.

    ReplyDelete
  3. masya2llah tabarakallahu3laikum mushrif2 sekalian
    moga thabat atas jalanNya.

    ReplyDelete