RSS Subscribe

Monday, 9 April 2012

Muslimah VS Facebook

With the name of Allah , the Most Gracious , the Most Merciful .



MUSLIMAH versus  FACEBOOK




Rasulullah S.A.W. , seorang insan agung yang pernah berpijak di muka bumi ini . 
Apa perasaan baginda apabila melihat kita sebagai umatnya ? 
Ditekankan lagi --> APABILA KITA BERFACEBOOK
Agak-agak kena puji atau kena tegur?
Jom kita check sama-sama ok! ^_^
  • Apa yang kita buat dengan FB kita. Bermanfaat untuk orang lain atau tak? Dedah aurat tak kat fesbuk? Kalau dah tutup aurat pun, still berbalas komen dengan mesra tak dengan lelaki? Chatting yang tak penting? Gambar tayang sesuka hati?


Dah check?
  • Kalau Nabi Muhammad s.a.w tengok bagaimana kita berfesbuk ni, agak-agak kena puji tak? Masa nak berfesbuk tu, apa rujukan kita? Siapa sasaran status kita?
Dah check?



Ikhtilat perlu dijaga, setiap masa, walaupun kita texting, walaupun kita main FB.
Bagaimana syaitan menghias maksiat, kaburkan pandangan kita. Yang buruk tu nampak macam baik ---> walaupun pada hakikatnya yang batil takkan boleh bercampur dengan yang hak.
"Ia (Iblis) berkata, "Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hambaMu yang terpilih di antara mereka." (Al-Hijr :39-40)


  • Contoh mudah. Kita couple ---> Couple Islamik


“Kita tak pernah jumpa pun ngan boyfie kita. Mesej-mesej je. Tu pun sebulan dua kali. Mesej yang elok-elok je la. Kejut tahajud, subuh, bagi nasihat dan tazkirah. Kita saling cinta kerana Allah. Apa tu orang kata, ukhuwwah fillah? Ha, ye la tu. Takdenya dosa. Kami tahu syariat sebab tu tak couple macam orang lain. Couple macam orang lain tu kan taqrabul zina. Kami ingat dosa lagi tau.”
  • Contoh dalam fesbuk. Kita post status Islamik, then ada la rijal mari bertandang,


“Bagusla enti ni. Post status yang bermanfaat untuk semua. Kalau enti masuk ustazah pilihan confirm menang ni.”
“Eh, takdela. Biasa-biasa je. Enta tu lagi hebat. Post hadith memanjang. Kalau masuk Imam Muda, mesti kalah semua orang."
Wahai saudara seangkatan segenderku! Sape yang buka ruang sebenarnya ni?
  • Seterusnya, post status CINTA.


Semua status dia tuh bertemakan cinta. Cinta islamik popular sekarang ni kat FB. Banyak page-page cinta islamik. Buka je fesbuk. Dekat home tu boleh dikatakan half or lebih yang post pasal cinta.
“Aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu. Kalau hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu.”
“Aku menunggumu kerana Allah."

Remaja, jangan layu sangat dengan falsafah cinta. 
Da’ie itu bukan membuang masanya dengan falsafah cinta sahaja. 
Bimbang mulut menutur nasihat cinta islamik, sedangkan hati sedang memujuk nafsu agar mendekati.
--->astaghfirullah

Wahai saudara seislam yang amat amat diambil berat. Bukan nak cakap benda ni salah. Baguslah cinta berlandaskan iman kan. Tapi perkara tu bukan menjadi prioriti kita sepanjang masa kan. Lebih-lebih lagi kalau kita ni bergelar pelajar. As the saying goes, first thing comes first. Kalau cinta itu melalaikan, kita perlu kuatkan dahulu cinta kita kepada Pencipta.
Berkaitan dengan gambar pula wahai saudara seislam yang amat amat dikasihi. Kalau boleh tak payah la nak upload gambar yg terang-terang. Muslimah, even awak tutup aurat dah perfect pun, jangan jadikan perkara tu sebagai lesen untuk upload gambar sesuka hati. Malu kan sebahagian daripada iman kawan-kawan...



Andai Rasulullah s.a.w melihat kita berfesbuk.. apakah reaksinya..
Kecewakah dia dengan kita? 

Allah, do protect us from anything that can take us away from You.


Entry ini hanya sekadar perkongsian untuk ukhti, yang saya sayang ikhlas kerana Allah ^_^

Nota kaki :
Salah itu adalah sesuatu perkara yang bila kita buat, kita akan rasa ragu-ragu. Jadi kalau kita rasa ragu-ragu dengan apa yang kita buat, maksudnya perkara yang kita buat tu salah lah kan? 
Jangan sedapkan hati, cari seribu satu alasan untuk menutup perkara yang salah tu. Sebab, yang salah tetap salah, yang benar tetap benar. ^__^

Credited to : Muharikah.com
(but somehow, it is edited. jzkk)

Saturday, 31 March 2012

FATWA APRIL FOOL



Pada 1 April setiap tahun, sebahagian masyarakat menyambut hari tersebut dengan mengadakan perbuatan menipu atau gurauan untuk mengenakan orang lain.  Mereka memanggil tarikh 1 April ini sebagai April Fool.
Kita sedia maklum bahawa April Fool bukanlah budaya kita, tetapi ia merupakan budaya yang dibawa masuk dari Barat.  Dan ISLAM juga sangat-sangat melarang ummatnya melakukan perbuatan menipu dengan sengaja, walau dalam bentuk apa sekalipun, samada dalam bentuk gurauan ataupun bukan.
Mari kita lihat beberapa pendapat `ulama muktabar berkaitan isu April Fool ini:

1)  Shaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi:

Beliau menyebutkan bahawa menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah.” [HR al-Bukhari dan Muslim]
Rasulullah sallAllahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu `alaihi wasallam bersabda:
“Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda:
“Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran.”  [HR Ahmad dan At-Thabrani].
Sebahagian hadis Nabi sallallahu `alaihi wasallam turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]
Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentuk pun. Sambutan ini (hari April Fool) adalah dilarang kerana empat sebab:
  1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
  2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
  3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
  4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

2)  Shaikh Atiyyah Saqr:

Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.
Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan dharurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “dharurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Dharurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.
Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].
Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi; ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan. [Islamonline.net]

3)  Shaikh Shalih Fauzan:

Di dalam laman islamqa.com fatwa nombor: 10834, beliau menyatakan bahawa:
Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari ini (hari April Fool), mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah sallAllahu `alaihi wassalam bersabda:
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”  
Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita akan mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.
Muslimin/muslimat sekalian,
Jika tanpa melihat fatwa dan pandangan ulama pun, kita sedia maklum bahawa amalan menipu melanggar etika seorang manusia yang bermoral.  Tiada satu pun manusia yang normal fikirannya yang suka atau rela dia ditipu.
Apatah lagi ditambah lagi dengan komen-komen para ulama yang disertakan hadith-hadith Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang melarang kita menipu, maka ternyatalah bahawa tradisi April Fool ini wajar dihentikan dan ditinggalkan oleh mereka yang selalu menyambutnya, walau untuk tujuan bergurau!  (Ketiga-tiga pendapat ulama di atas telah saya petik dari laman sebuah laman blog, terima kasih.)
Mudah-mudahan peringatan ini bisa membuka minda dan menyedarkan kita semua betapa ISLAM adalah agama yang sejahtera dan mensejahterakan.  Larangan ini bagi menjaga hak setiap jiwa manusia agar tidak teraniaya.

Thursday, 29 March 2012

Aku hairan dengan dunia ini

Lafaz Basmalah aku mulakan.Perlahan-lahan aku menggerakkan jari jemariku untuk menaip coretan ini.Aku hairan dengan dunia sekarang ini.Semakin lama aku hidup di atas muka bumi ini,semakin banyak persoalan timbul dalam pemikiranku.Satu hipotesis yang aku bentukkan.Aku bukanlah yang terbaik antara yang tebaik.Tetapi aku selalu ingin menjadikan ia seperti kata-kata hikmah ini, "Jika 1000 orang yang berjaya,kamu ada didalamnya,TETAPI jika seorang yang berjaya diharapkan kamulah orangnya." Macam mana motivasi ini?bisa menarik hatimu sahabat?Apa yang menghairankan aku dalam dunia ini? Jikalau pernyataan ini aku kongsikan dengan para sahabat,pasti pelbagai tafsiran yang bakal aku peroleh.Manusia mempunyai pelbagai tafsiran.Begitu dunia,wujud pelbagai tafsiran.

Monolog diriku, "Apa yang ingin aku sampaikan?Aku buntu sebenarnya.Aku buntu dengan diriku.Aku buntu dengan dunia ini." Kembali semula, "Jika 1000 orang yang berjaya,kamu ada didalamnya,TETAPI jika seorang yang berjaya diharapkan kamulah orangnya." Apa pendapat sahabat kekasihku tentang pernyataan ini?Sahabat tafsirkan,aku mendengar dari lubuk hatimu.Begitu rupanya.Terima kasih sahabat kerana berkongsi.Rupanya dengan satu 'statement' ini sahaja sahabat mampu 'elaborate' sungguh.

Sahaja aku mulakan perbicaraan begini.Apa yang menghairankan di dunia ini? Aku hairan dengan dunia sekarang ini.Dalam sepantas kilat sahaja dunia ini mampu diubah.Aku hairan dengan kewujudan laman sosial yang berkembang dengan pesatnya.Kalau dulu para sahabat sibuk dengan 'my space', 'friendster'.Kini 'facebook' dan 'twitter' mendahului.Sesuatu yang luar biasa jika sahabat tidak pernah 'sign up' ataupun 'sign in' atau mendengar tentang kewujudannya.

Sahabat,mari berfikir sejenak.Sibuknya aku dengan perkara ini.Sibuk aku mengalahkan orang yang bekerja.Sibuk aku mengalahkan ibu yang menjaga 10 orang anaknya.Sedangkan menjaga mahupun mendidik anak yang tiga itu sudah cukup melelahkan seorang ibu dek kerana dunia yang semakin dicorak oleh pihak yang dipuja mahupun di agung oleh para pemuda sekarang.Corakan barat,corakan yahudi yang di agung-agungkan,dipuja-puja tanpa aku dan sahabat sedari.YA.Benar aku selalu berkata-kata,sahabat selalu berkata-kata, "Kejamnya mereka buat saudara seislamku begitu!Zalimnya mereka membunuh anak yang tidak bersalah itu!!Aku benci mereka!! kesian saudara seislamku di sana..." Namun kata-kataku selalu tidak aku benarkan melalui perbuatanku.Aku leka dan alpa dengan dunia ini.Dunia hiburan jadi pilihanku.Hiburan tempat melepaskan kepenatanku.Hiburan tempat melepaskan perasaan 'stressku'.Mana perginya kata-kata simpati aku terhadap mereka,saudara seislamku??!!

Aktifnya aku bergiat mengeluarkan posting-posting untuk dikongsikan.Bagusnya aku nak 'mengshare' dengan sahabat-sahabat aku.Sampai masa berlaku sesuatu yang tidak aku suka,laju jari jemari meluahkan perasaanku melalui posting di FB.Segala-galanya kini di facebook.Segala perasaan boleh dikongsi di 'muka buku' ini.Sampaikan fitnah pun mampu tersebar.Hebat betul dunia sekarang ini.Yela,aku pandang 'site' negatif je.Cuba kau pandang 'site positif.Kau ni pun,jadilah orang yang positif.Tetapi sahabat kalau aku 'listkan' positif dan negatifnya,lagi banyak negatifnya sahabat.Aku tak tipu sahabat.

Jom sahabat bersama-sama dengan aku.Aku ingin berubah.Tegurlah aku sahabat supaya memanfaatkan perkara ini dengan sebaiknya.Tegur aku sahabat supaya menggunakan perkara ini betul-betul untuk kebaikan.Dulu,aku tak boleh melepaskan laptop aku.Mana tidaknya,dalam FB sahaja aku mampu buat pelbagai perkara.Banyak gambar-gambar yang menarik.Pandai sahabat-sahabat pose.Cantik.Smartnya.Tak cukup 4jam,kemudian,aku tertarik dengan statement-statement sahabat. Boleh jadi gosip hangat.Entah benar atau tidak statement itu,tapi aku peduli apa.

Tidak!! aku buntu dengan diri aku.Apa yang aku dah lakukan.Sampai masa,aku bosan dengan hidup aku sebegini.Aku bosan dengan kewujudan ini.Aku bosan melihat orang mensibukkan dirinya dengan ini.Apa yang perlu aku lakukan??

Akhirnya,alhamdulillah ketenangan aku peroleh.Aku tidak tipu.Tapi itulah sesuatu keseronokan yang tidak pernah aku rasai.Sahabat,aku ingin engkau rasai juga keseronokan yang aku peroleh kini.Sahabat,Ayuh sahabat, tidak ada sesuatu yang membosankan rupanya jikalau sahabat pergi mencariNya.Lagi sahabat mencariNya,lagi bertambah ketenangan sahabat.Hipotesis kedua.Ya Ilahi,berilah sahabatku ketenangan yang sama kau berikan kepadaku.Tak dapat aku gambarkan.Terima kasih ya Allah.Terima kasih sahabat sudi membaca coretanku ini.Moga suatu hari nanti kita akan berjumpa kelak di syurga idaman.


Tuesday, 27 March 2012

Sedarkah kamu wahai Muslimah?



Pernahkah kita sedar bahawa…
Kita selalu lupa untuk menjaga aurat dengan:

Sepupu- anak lelaki kepada bapa saudara atau ibu saudara.
Golongan ini merupakan golongan yang boleh kita kahwini dan mereka juga boleh menjadi wali kita jika wali yang lain sudah tiada [ayah, datuk, abang, adik lelaki (sudah bailgh), bapa saudara]. Rasulullah S.A.W. juga tidak menggalakkan berkahwin antara sepupu kerana salasilah keluarga tidak berkembang.

Suami kepada ibu saudara- misalnya ayah kita mempunyai seorang kakak (mak long). Mak long ni ada suami (pak long). Pak long ni kita kena jaga aurat seperti dengan lelaki bukan mahram kerana kita boleh berkahwin dengan dia walaupun kita tak nak.

Ipar-duai- misalnya kakak kita baru sahaja berkahwin. jika berhadapan dengan suami kakak kita, kita wajib menutup aurat seperti dengan lelaki bukan mahram. Golongan ini haram berkahwin dengan adik beradik serentak. Jika dia berkenan kepada kita, hendaklah dia bercerai dengan kakak kita sebelum menikahi kita.

Jiran tetangga- ramai antara kita yang tidak sedar apabila keluar sahaja daripada pintu rumah, kita terdedah kepada masyarakat yang tidak ada hubungan darah dengan kita. Misalnya, sewaktu menjemur kain, menyapu halaman rumah dan sebagainya. Kita selalu memandang enteng terhadap perkara ini.



Ramai antara kita memandang hal ini sebagai perkara remeh. Namun, disebabkan pengabaian aurat inilah menyebabkan maruah wanita ISLAM semakin luntur. Betapa ramai anak gadis zaman ini yang sudah hilang malunya. Marilah kita renungkan bersama dan berfikir mengapakah hal ini berlaku? 

Adakah disebabkan kurangnya kefahaman tentang Islam ataupun tahu tapi tak mahu amal? 

Renung-renungkanlah dan selamat beramal…!!! ^_^


Sunday, 25 March 2012

Aku tahu kau pun...


 بسم الله الرحمن الرحيم

Aku tahu kau pun sedar,

bahawa kau telah banyak melakukan kezaliman dan kesalahan,
baik kepada diri kau, ataupun orang di sekeliling kau.

Aku tahu kau pun sedar,

bahawa kau harus berubah dari seorang yang melakukan maksiat sejak dulu,
kepada orang yang sentiasa beriman dan beramal soleh.

Aku tahu kau pun sedar,

Masa untuk kau bertaubat kepada Allah sudah tidak lama lagi,
kematian itu sendiri boleh tiba pada bila-bila masa.



Tetapi,

kau sering melengahkan taubat itu,

sering berasa putus asa dari melaksanakan taubat itu,
kerana berasa diri kau sangat berdosa,

seperti sudah tidak akan diterima Allah, seperti segala amalan kau akan menjadi sia-sia.

Wahai manusia yang ingin berubah, wahai manusia yang ingin bertaubat,

segerakanlah taubat kau, dan janganlah putus asa dari keampunan Allah.

Kerana inilah janji-janji yang telah Allah janjikan kepada kau:


Dari Anas r.a dia berkata: Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Allah Ta’ala berfirman:
“Wahai anak Adam, sesungguhnya Engkau berdoa kepada-Ku dan memohon kepada-Ku, maka akan aku ampuni engkau, Aku tidak peduli (berapapun banyaknya dan besarnya dosamu).

Wahai anak Adam seandainya dosa-dosamu (sebanyak) awan di langit kemudian engkau minta ampun kepada-Ku niscaya akan Aku ampuni engkau.

Wahai anak Adam sesungguhnya jika engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiku dengan tidak menyekutukan Aku sedikitpun maka akan Aku temui engkau dengan sepenuh itu pula ampunan”
Maka bermulalah sekarang. Bukan esok. Bukan lusa. Tapi sekarang. Mohonlah keampunan daripada Allah s.w.t

والله أعلم 

Thursday, 15 March 2012

'Aurat lelaki

Bismillah 

'Aurat merupakan satu istilah yang digunakan dalam Islam yang melambangkan bahagian tubuh yang mesti ditutup dengan pakaian. 

Mendedahkan 'aurat adalah melanggar hukum syara' dan berdosa.

Aurat lelaki:
  • Bahagian badan di antara pusat hingga lutut yang mana perlu ditutup ketika di khalayak awam dan ketika solat tidak kira berjemaah atau bersendirian dengan pakaian yang sewajarnya.
  • Pakaian itu pula mestilah tidak jarang, nipis & ketat sehingga menampakkan kulit ( walaupun kalau hanya nampak warnanya sahaja ), saiz, & bentuk 'aurat.
Ramai di kalangan kita yang membuat silap sebab tidak tahu, tidak sedar, tidak faham atau salah faham yang mereka sebenarnya mendedahkan 'aurat walaupun memakai pakaian yang menutup pusat hingga lutut.

Kain pelikat, seluar baju melayu, tight, seluar slack, terkadang tidak menepati ciri pakaian yang menutup 'aurat. Bukan bermaksud tidak boleh memakai pakaian-pakaian tersebut. Pakailah, asalkan menutup 'aurat.

Kadang-kadang kita sudah pun menutup 'aurat tapi tanpa disedari kita sengaja mendedahkannya. Seperti kita sengaja menampakkan aurat dengan menarik pakaian kita dan membentukkan bahagian punggung/lutut.

Kes yang lain pula berkaitan dengan alat kelamin yang dibiarkan nampak bentuk/saiz dengan sengaja atau tidak.Jadi lebih berjaga-jagalah dalam menjaga 'aurat.


Wallahua'lam.












Friday, 9 March 2012

HIJAB - a symbol of true Islam!





Muslimah tidak dilihat dari jilbabnya yang anggun, 
tetapi dilihat dari kedewasaannya dalam bersikap.

Muslimah tidak sekadar dilihat dari tangannya yang selalu membawa al–Quran, 
tetapi juga dilihat dari hafalan dan pemahamannya tentang isi kandungannya.



Muslimah tidak dilihat dari tundukan matanya ketika interaksi, 

tetapi bagaimana dia mampu membentengi hati.


Muslimah tidak sekadar dilihat dari komitmennya dalam menjalankan kegiatan, 
tetapi dilihat dari keikhlasannya dalam bekerja.


Muslimah bukan juga sekadar dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang dia berikan,

tetapi dari keikhlasan dalam memberikan kebaikan itu.

Dan apa yang pasti! 
Muslimah bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya semata-mata, tetapi dilihat dari kecantikan hati yang ada di sebaliknya.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, 
tetapi dilihat dari sejauh mana dia menutupi bentuk tubuhnya.

Perubatan Sports' Day dah nak dekat!
Jangan lupa tutup aurat elok2 ye :)



Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian, tetapi dilihat dari sejauh mana dia berani mempertahankan kehormatannya.


Muslimah sejati tidak dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.

Muslimah tidak dilihat dari kefasihan berbahasa, 
tetapi dilihat dari bagaimana caranya dia berbicara. Lagi lagi dengan ajnabi!





Ustaz Nouman Ali Khan - A message for non-hijabi sisters. 
Just listen. Open your heart and mind :) 
InsyaAllah kheir.
A hijab is a weapon that keeps women against the gaze of men.


Muslimah bukan sahaja dilihat kasih sayangnya pada orang tua dan teman–teman, 

tetapi dilihat dari besarnya kekuatan cinta pada Ar-Rahman Ar-Rahiim.



Muslimah dilihat dari kedekatannya pada Robb di luar aktiviti solatnya...

juga dilihat seberapa banyak titisan air mata penyesalan yang jatuh ketika sujud. 
juga dilihat dari sejauhmana dia menghadapi ujian Allah dengan penuh rasa sabar dan syukur :)

Thursday, 1 March 2012

Hadis : Solat di Awal Waktu

Hadis-hadis umum berkenaan solat di awal waktu :

1. (الصلاة في أول الوقت : رضوان الله وفي آخره عفو الله (رواه الترمذي) 

Ertinya: " Solat di awal waktu ; perolehi keredhaan Allah, dan di akhirnya mendapat keampunan Allah" ( Riwayat At-Timidzi tetapi Albani mengatakan Mawdhu) 

2. (سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي)


Ertinya: " Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik,maka jawab Nabi : Solat di awal waktu"
( Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih)

3- Nabi SAW bersabda. Ertinya : "Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana kekuatan panas (matahari) adalah dari bahang neraka jahannam." 
( Hadith Shohih riwayat Al-Bukhari) 

4- Nabi SAW bersabda : Ertinya : "Kiranya tidak menjadi keberatan bagi umatku , nescaya akan ku arahkan mereka agar melewatkan solat isyak (jemaah) sehingga 1/3 atau ½ dari malam"  

5- Nabi SAW bersabda : Ertinya "Jangan kamu melewatkan solat kerana makanan dan juga lainnya" (Riwayat Abu Daud , Al-Albani menyatakannya Dhoif) 

6- Nabi SAW Bersabda : Ertinya : "Lewatkanlah solat fajar, kerana ia lebih agung ganjarannya" (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasaie, Abu Daud dan Ibn Majah. Tirmizi menyatakan ia Hadith Hasan Shohih , bagaimanapun Al-Haithami menyatakan dalam rawinya terdapat Abd Rahman Bin Zaid, ia adalah Dhoif)  

Pandangan para fuqaha mazhab seperti berikut :

Mazhab Hanafi :

Sebaik waktu adalah di awalnya, kecuali Subuh dan Asar, Hanafi berpandangan lebih afdhal ditunaikan subuh ketika hampir terang, bagi meramaikan jemaah di masjid. Merka berdalil dengan hadith yang keenam di atas. Bagaimanapun Majoriti Mazhab mengatakan Subuh ketika gelap (awal waktu) lebih afdhal. Adapun sebab afdhal melewatkan solat asar, krn bagi membolehkan solat sunat sebanyak mungkin sebelumnya. 


Mazhab Maliki : 

Se
baik-baik waktu adalah permulaannya samada jemaah atau bersendiri, zohor dan lainnya. Mereka berdalilkan kepada hadith yang pertama, kedua dan kelima tadi. Lalu semua jenis solat adalah afdhal diawalkan kecuali jika menunggu jemaah sampai. 



Mazhab Hanbali :



Afdhal waktu adalah di awalnya kecuali Isyak dan Zohor. Melewatkan Isyak hingga ke 1/3 malam adalah afdhal kiranya tidak menyukarkan makmum. Ia berdasarkan hadith ke empat di atas. Adapun waktu Zohor berdalilkan hadith ketiga. 


*Mazhab Syafie : 

Disunatkan menyegerakan solat semuanya kecuali Zohor, disunatkan menunggu sedikit redup dan kurang panasnya. Pandangan ini berdasarkan hadith ketiga di atas. 

Kesimpulan : 
                                                                                                                        
Umumnya, solat di awal waktu lebih afdhal ketika tiada maslahat-maslahat lain yang ingin dicapai seperti meramaikan jemaah bagi waktu subuh, memperbanyakkan solat sunat sebelum asar, membolehkan Qiamullail bagi Isyak dan menyejukkan bahang bagi Zohor. Tanpa alasan dan maslahat tadi maka, semua solat adalah afdhal di awalnya. 

Sumber : Zaharudin.net

Jabatan Keselamatan Sosial Islam (JAKSI)
Perubatan Cawangan Iskandariah
Sesi 2012