RSS Subscribe

Sunday 25 March 2012

Aku tahu kau pun...


 بسم الله الرحمن الرحيم

Aku tahu kau pun sedar,

bahawa kau telah banyak melakukan kezaliman dan kesalahan,
baik kepada diri kau, ataupun orang di sekeliling kau.

Aku tahu kau pun sedar,

bahawa kau harus berubah dari seorang yang melakukan maksiat sejak dulu,
kepada orang yang sentiasa beriman dan beramal soleh.

Aku tahu kau pun sedar,

Masa untuk kau bertaubat kepada Allah sudah tidak lama lagi,
kematian itu sendiri boleh tiba pada bila-bila masa.



Tetapi,

kau sering melengahkan taubat itu,

sering berasa putus asa dari melaksanakan taubat itu,
kerana berasa diri kau sangat berdosa,

seperti sudah tidak akan diterima Allah, seperti segala amalan kau akan menjadi sia-sia.

Wahai manusia yang ingin berubah, wahai manusia yang ingin bertaubat,

segerakanlah taubat kau, dan janganlah putus asa dari keampunan Allah.

Kerana inilah janji-janji yang telah Allah janjikan kepada kau:


Dari Anas r.a dia berkata: Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Allah Ta’ala berfirman:
“Wahai anak Adam, sesungguhnya Engkau berdoa kepada-Ku dan memohon kepada-Ku, maka akan aku ampuni engkau, Aku tidak peduli (berapapun banyaknya dan besarnya dosamu).

Wahai anak Adam seandainya dosa-dosamu (sebanyak) awan di langit kemudian engkau minta ampun kepada-Ku niscaya akan Aku ampuni engkau.

Wahai anak Adam sesungguhnya jika engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiku dengan tidak menyekutukan Aku sedikitpun maka akan Aku temui engkau dengan sepenuh itu pula ampunan”
Maka bermulalah sekarang. Bukan esok. Bukan lusa. Tapi sekarang. Mohonlah keampunan daripada Allah s.w.t

والله أعلم 

No comments:

Post a Comment