RSS Subscribe

Thursday 29 March 2012

Aku hairan dengan dunia ini

Lafaz Basmalah aku mulakan.Perlahan-lahan aku menggerakkan jari jemariku untuk menaip coretan ini.Aku hairan dengan dunia sekarang ini.Semakin lama aku hidup di atas muka bumi ini,semakin banyak persoalan timbul dalam pemikiranku.Satu hipotesis yang aku bentukkan.Aku bukanlah yang terbaik antara yang tebaik.Tetapi aku selalu ingin menjadikan ia seperti kata-kata hikmah ini, "Jika 1000 orang yang berjaya,kamu ada didalamnya,TETAPI jika seorang yang berjaya diharapkan kamulah orangnya." Macam mana motivasi ini?bisa menarik hatimu sahabat?Apa yang menghairankan aku dalam dunia ini? Jikalau pernyataan ini aku kongsikan dengan para sahabat,pasti pelbagai tafsiran yang bakal aku peroleh.Manusia mempunyai pelbagai tafsiran.Begitu dunia,wujud pelbagai tafsiran.

Monolog diriku, "Apa yang ingin aku sampaikan?Aku buntu sebenarnya.Aku buntu dengan diriku.Aku buntu dengan dunia ini." Kembali semula, "Jika 1000 orang yang berjaya,kamu ada didalamnya,TETAPI jika seorang yang berjaya diharapkan kamulah orangnya." Apa pendapat sahabat kekasihku tentang pernyataan ini?Sahabat tafsirkan,aku mendengar dari lubuk hatimu.Begitu rupanya.Terima kasih sahabat kerana berkongsi.Rupanya dengan satu 'statement' ini sahaja sahabat mampu 'elaborate' sungguh.

Sahaja aku mulakan perbicaraan begini.Apa yang menghairankan di dunia ini? Aku hairan dengan dunia sekarang ini.Dalam sepantas kilat sahaja dunia ini mampu diubah.Aku hairan dengan kewujudan laman sosial yang berkembang dengan pesatnya.Kalau dulu para sahabat sibuk dengan 'my space', 'friendster'.Kini 'facebook' dan 'twitter' mendahului.Sesuatu yang luar biasa jika sahabat tidak pernah 'sign up' ataupun 'sign in' atau mendengar tentang kewujudannya.

Sahabat,mari berfikir sejenak.Sibuknya aku dengan perkara ini.Sibuk aku mengalahkan orang yang bekerja.Sibuk aku mengalahkan ibu yang menjaga 10 orang anaknya.Sedangkan menjaga mahupun mendidik anak yang tiga itu sudah cukup melelahkan seorang ibu dek kerana dunia yang semakin dicorak oleh pihak yang dipuja mahupun di agung oleh para pemuda sekarang.Corakan barat,corakan yahudi yang di agung-agungkan,dipuja-puja tanpa aku dan sahabat sedari.YA.Benar aku selalu berkata-kata,sahabat selalu berkata-kata, "Kejamnya mereka buat saudara seislamku begitu!Zalimnya mereka membunuh anak yang tidak bersalah itu!!Aku benci mereka!! kesian saudara seislamku di sana..." Namun kata-kataku selalu tidak aku benarkan melalui perbuatanku.Aku leka dan alpa dengan dunia ini.Dunia hiburan jadi pilihanku.Hiburan tempat melepaskan kepenatanku.Hiburan tempat melepaskan perasaan 'stressku'.Mana perginya kata-kata simpati aku terhadap mereka,saudara seislamku??!!

Aktifnya aku bergiat mengeluarkan posting-posting untuk dikongsikan.Bagusnya aku nak 'mengshare' dengan sahabat-sahabat aku.Sampai masa berlaku sesuatu yang tidak aku suka,laju jari jemari meluahkan perasaanku melalui posting di FB.Segala-galanya kini di facebook.Segala perasaan boleh dikongsi di 'muka buku' ini.Sampaikan fitnah pun mampu tersebar.Hebat betul dunia sekarang ini.Yela,aku pandang 'site' negatif je.Cuba kau pandang 'site positif.Kau ni pun,jadilah orang yang positif.Tetapi sahabat kalau aku 'listkan' positif dan negatifnya,lagi banyak negatifnya sahabat.Aku tak tipu sahabat.

Jom sahabat bersama-sama dengan aku.Aku ingin berubah.Tegurlah aku sahabat supaya memanfaatkan perkara ini dengan sebaiknya.Tegur aku sahabat supaya menggunakan perkara ini betul-betul untuk kebaikan.Dulu,aku tak boleh melepaskan laptop aku.Mana tidaknya,dalam FB sahaja aku mampu buat pelbagai perkara.Banyak gambar-gambar yang menarik.Pandai sahabat-sahabat pose.Cantik.Smartnya.Tak cukup 4jam,kemudian,aku tertarik dengan statement-statement sahabat. Boleh jadi gosip hangat.Entah benar atau tidak statement itu,tapi aku peduli apa.

Tidak!! aku buntu dengan diri aku.Apa yang aku dah lakukan.Sampai masa,aku bosan dengan hidup aku sebegini.Aku bosan dengan kewujudan ini.Aku bosan melihat orang mensibukkan dirinya dengan ini.Apa yang perlu aku lakukan??

Akhirnya,alhamdulillah ketenangan aku peroleh.Aku tidak tipu.Tapi itulah sesuatu keseronokan yang tidak pernah aku rasai.Sahabat,aku ingin engkau rasai juga keseronokan yang aku peroleh kini.Sahabat,Ayuh sahabat, tidak ada sesuatu yang membosankan rupanya jikalau sahabat pergi mencariNya.Lagi sahabat mencariNya,lagi bertambah ketenangan sahabat.Hipotesis kedua.Ya Ilahi,berilah sahabatku ketenangan yang sama kau berikan kepadaku.Tak dapat aku gambarkan.Terima kasih ya Allah.Terima kasih sahabat sudi membaca coretanku ini.Moga suatu hari nanti kita akan berjumpa kelak di syurga idaman.


No comments:

Post a Comment