RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya kecacatan pertama yang berlaku pada Bani Israil adalah apabila seorang lelaki melihat lelaki lain melakukan maksiat, dia akan berkata: Wahai si polan! Takutlah kepada Allah dan tinggalkan kerja maksiat yang engkau sedang lakukan itu kerana ia tidak harus bagi engkau untuk melakukannya.
“Apabila Bani Israel melakukan perbuatan seperti itu, maka Allah memperlagakan sesama hati mereka dan kemudian Allah melaknat mereka melalui lidah anbia-Nya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)
Allah melarang kita daripada bertolak ansur dan berkompromi dalam perbuatan maksiat kerana perkara itu adalah suatu dosa besar dan mengundang laknat daripada-Nya.
Segala kebaikan dan kesenangan yang diperoleh adalah rahmat daripada Allah SWT.
Oleh itu, sebagai hamba-Nya kita wajib bersyukur dengan melakukan ketaatan dan menjauhi sebarang perbuatan maksiat kerana melakukan maksiat adalah sifat hamba yang tidak tahu bersyukur.
Sesungguhnya apa juga yang kita peroleh yang berupa kebaikan segalanya adalah daripada Allah. Apa juga keburukan yang menimpa, maka itu adalah disebabkan diri kita sendiri disebabkan oleh dosa yang dilakukan.
Typo pada tajuk "N"
ReplyDeleteowh,,syukran :)
ReplyDelete