- Tidak mengkafirkan orang islam
- Tidak mendahului makhluk berbanding Allah
- Mengingkari mereka yang mempersendakan ayat-ayat Allah dan tidak duduk bersama mereka.
- Mentauhidkan Allah pada Uluhiyah dan Rububiyah
- Tidak mensyirikkan Allah pada Asma’, Sifat dan Af’alNya
- Menguasai mazhab-mazhab islam yang membincangkan nasalah Asma’ dan Sifat disamping berpegang dengan mazhab Salaf.
- Tahu had sempadan muwalat (sokong) dan mu’adat (memusuhi)
- Sentiasa berkawan dengan orang-orang yang soleh sebagai qurbah dan qudwah
- Yakin bahawa penghapusan dosa hanya dengan taubat nasuha
- Yahin bahawa mati akan datang bila-bila masa
- Yakin bahawa masa depan adalah untuk islam
- Merasai kemanisan iman
- Merasai kemanisan ubudiah (tunduk kepada Allah)
- Merasai kewujudan Malaikat Hafazah
- Tidak menolak untuk melaungkan azan
- Ihsan dalam thaharah
- Bersemangat untuk solat berjemaah
- Bersemangat untuk berjemaah di masjid
- Ihsan dalam solat
- Qiyamulail minimum sekali seminggu
- Membayar zakat
- Berpuasa fardhu
- Berpuasa sunat
- Niat melaksanakan haji
- Komitmen dengan adab tilawah
- Khusyu’ dalam membaca Al-Quran
- Hafal satu juz Al-Quran
- Komitmen dengan wirid harian (ma’thurat: wirid-wird Rasululllah s.a.w yang ma’thur)
Wallahua’lam
3. Akhlak yg mantap
Muslim sejati mempunyai sifat-sifat yang sempurna. Pergaulan dijaga, percakapan sopan dan saling
memahami diantara kawan-kawan merupakan akhlak yang baik. Sekiranya kita mempunyai sifat-sifat muslim
sejati ini, ia memudahkan bagi kita untuk begaul dengan kawan-kawan lain. Kita haruslah bersopan-santun
ketika becakap dengan kawan-kawan terutama sekali ibu bapa kita semua.
4. Berpengetahuan Luas
Muslim yang benar harus berpengetahuan luas.Bukan sahaja tentang ilmu akhirat tetapi ilmu berkaitan dunia
juga seperti sains,undang-undang,politik,matematik dan lain lain lagi..Selain itu,perasaan ingin tahu ha-hal
isu semasa di dalam dan di luar negara perlu ada pada setiap muslim.
5.Memiliki tubuh badan yg sihat
Pepatah juga menyatakan bahawa ‘akal yang sihat adalah dari badan yang sihat’ adalah tepat ke arah melahirkan minda yang
sentiasa aktif untuk membuat sesuatu kebaikan sekali gus meningkatkan kualiti kerja yang akan membawa kepada
kecemerlangan dalam kehidupan seseorang Muslim.
Kekuatan fizikal, keseimbangan rohani dan ketajaman fikiran adalah wadah penting dalam melaksanakan tugas sebagai
khalifah Allah di muka bumi dengan baik dan sempurna seterusnya dapat meneruskan misi dan visi sebagai hamba Allah
dengan kualiti ibadah berkualiti dan sempurna dengan kesihatan yang baik.
6. Bermujahadah melawan hawa nafsu
Diantara cara-cara menundukkan nafsu adalah melalui puasa itu sendiri. Puasa juga mampu mengurangkan syahwat
Antara lain cara melawan hawa nafsu adalah:
- bertaubat : "Sebaik-baik orang yang membuat salah adalah orang yang bertaubat".
- tazkiyah : Inner-self purification. Membersihkan hati.
- muhasabah diri : merenung kembali dosa-dosa yang telah dilakukan.
- muraqobah : mengabdi diri kepada Allah contohnya dengan selalu meningati mati
7.Berdikari
Sebagai muslim kita tidak boleh mudah bergantung pada orang lain.Kita harus bijak mengawal perasaan dan diri kita.
Jika seorang muslim tidak pandai berdikari ia memberikan contoh yang buruk.Para kafirin akan memandang rendah
dengan kekuatan muslim.
8.Tersusun didalam urusan
Seseorang muslim sejati ialanah muslim yang tersusun urusannya. Urusan seharian yang tersusun
memudahkan urusan atau perkara yang hendak dilakukan. Sekiranya kita ketika di rumah memunyai waktu
lapang, kita digalakkan untuk membuat jadual harian sama ada waktu bersekolah ataupun bersukan. Jika kita
menetapkan jadual harian, pastinya kita akan rasa mudah utuk melakukan urusan-urusan lain.
9.Menepati masa
Muslim yang sejati ialah muslim yang sangat menjaga masanya. Islam menekankan bagi kita semua menjaga
waktu. Contohnya waktu-waktu solat. Sekiranya kita menjaga waktu solat maka kehidupan kita akan terurus.
Kita juga dinasihatkan supaya tidak melengah-lengahkan waktu-waktu solat kerana perbuatan itu tidak disukai
Allah. Oleh yang demikian, kita harus berusaha mengerjakan solat pada waktunya.
10.Bermanfaat utk orang lain
No comments:
Post a Comment